ads1

Sabtu, 28 April 2018

(Video) Lepas Sembelih, Lelaki 'Tenang' Berjalan Sambil Bawa Kepala Isteri Sebelum Dibuang Ke Dalam Tong Sampah


Seorang lelaki dirakam dengan tenang berjalan di sebuah lorong kecil sambil memegang kepala isterinya yang dipenggal. Mengejutkan, namun itulah yang berlaku.

Suspek bernama Zhang, 31, dikatakan membunuh pasangannya semasa pertikaian keluarga sebelum memotong kepalanya dan membuangnya di dalam sebuah tong sampah.

Kejadian itu berlaku di kampung Kangle di daerah Haizhu, Guangzhou, Selatan China.

Rakaman kamera pengawasan menunjukkan Zhang berjalan keluar dari pintu masuk bangunan dan seakan memegang kepala isterinya yang terputus itu menggunakan tangan kiri.


Menurut sumber, seorang jiran iaitu Encik Wang, memberitahu wartawan bahawa dia melihat seorang lelaki berjalan dipenuhi dengan darah.

'Lelaki itu kira-kira 5.6 kaki tinggi dan mempunyai darah di seluruh pakaian dan kasutnya,' kata Wang.

Kepala mangsa kemudian ditemui oleh pekerja sanitasi yang segera menghubungi polis. Zhang segera ditahan atas tuduhan pembunuhan.
Polis Guangzhou mengeluarkan kenyataan yang mengesahkan Zhang telah membunuh isterinya yang berusia 28 tahun, bernama Xia.

Dalam satu kenyataan polis, pasangan itu berasal dari wilayah Hebei Utara, China.


Pegawai polis menutup kawasan berhampiran flat ketika mereka menjalankan siasatan. Insiden itu masih menjalani siasatan lanjut.



Sumber : Daily Mail

Tiada ulasan:

Catat Ulasan