ads1

Isnin, 14 Mei 2018

17 Perkara Tentang Korea Selatan Yang Bakal Buat Ramai Geleng Kepala

Korea Selatan merupakan sebuah negara yang kaya dengan budaya serta adat yang sangat indah. Beberapa tahun kebelakangan ini, banyak perkara tentang Korea mempengaruhi kehidupan masyarakat di Malaysia.
Jadi, budaya meminati dan mengidolakan artis Kpop, menonton drama Korea serta hinggalah ke makanan sekali pun sudah menjadi sebuah perkara yang normal di negara ini.
Tetapi, adakah anda benar-benar sudah tahu mengenai Korea? Jom lihat 17 fakta mengenai Korea Selatan.
1. Pembedahan Plastik Sangat Popular
Menurut beberapa buah kajian, pembedahan plastik merupakan perkara yang sangat normal di Korea Selatan. Boleh dikatakan, seorang daripada lima orang wanita di sana telah menjalani pembedahan plastik.
Lebih menarik lagi, pembedahan plastik ini juga dijadikan sebagai hadiah daripada ibu bapa sendiri untuk anak-anak mereka yang berjaya dalam pelajaran. Kebiasaannya, hadiah pembedahan ini terdiri daripada memutihkan kulit, menghilangkan tanda lahir dan juga pembedahan mengubah bentuk mata.
Jangan terkejut, lelaki juga turut melakukan pembedahan plastik ini!

2. Penjagaan Gigi Yang Rapi

Untuk pengetahuan korang, penjagaan gigi di Korea adalah sangat penting. Boleh dikatakan hampir setiap orang di Korea Selatan akan menyertakan satu berus gigi di dalam beg mereka. Selepas makan, mereka wajib memberus gigi dan disebabkan itu, di tandas awam mereka menyediakan berus gigi percuma bagi mereka yang terlupa membawanya.

3. Kadar Rabun Mata Tinggi

Orang Korea Selatan memang tidak boleh dipisahkan dengan kaca mata kerana ada di antara mereka yang dilahirkan terus rabun! Selain daripada itu, faktor rabun ini juga dipengaruhi daripada tabiat belajar mereka yang sangat luar biasa dan melihat skrin tablet/telefon yang lama. Namun, tabiat itulah menjadi penyumbang kepada kejayaan mereka.

4. Daging Anjing Bukan Makanan Ruji

Ada yang mengatakan bahawa daging anjing di Korea Selatan pernah dimakan hampir setiap orang di sana. Namun, dakwaan ini adalah palsu dan tidak benar. Hanya segelintir sahaja yang memakannya. Golongan muda dan beberapa gerakan anti daging anjing ini telah menolak sekeras-kerasnya orang yang memakan daging anjing. Bagi mereka, anjing boleh diibaratkan sama seperti sahabat baik.

5. Gila Makan

Semua orang suka makan. Tapi tahukah ke mana sahaja anda pergi di Korea Selatan, anda tidak akan kelaparan kerana di sepanjang jalan anda akan bertemu dengan kedai makan dan bar. Malahan jika anda terserempak dengan orang Korea di sana, mereka akan bertanya samada “Sudah makan” atau hanya khabar anda. Makanan wajib dan kegemaran mereka sudah semestinya Kimchi!

6. Bermesra Sesama Jantina Itu Normal

Bermesra atau bersentuhan secara berlebihan dengan sesama jantina terutamanya lelaki di mana-mana negara Asia adalah di anggap sangat tidak normal dan boleh mendatangkan cemuhan orang. Tetapi tidak di Korea!

7. Dilarang Menulis Nama Menggunakan Dakwat Merah

Menulis nama menggunakan dakwat merah dianggap bakal menyebabkan seseorang ditimpa masalah dalam masa terdekat. Bahkan ada yang percaya ia akan menyebabkan kematian!

8. Gesture Body Mempunyai Makna

Bagi kita, dengan berjabat tangan sebagai tanda hormat ketika berjumpa dengan seseorang adalah sudah memadai. Tetapi, awas! Di Korea, tidak cukup dengan itu. Mereka akan memerhati gerak tubuh anda sebaik sahaja bertemu. Ia akan menentukan samada anda suka atau pun tidak pertemuan itu. Mungkin mereka menilai lebih lagi.
Bill Gates pernah ke Korea Selatan suatu ketika dahulu dan ketika bertemu dengan presiden republik itu, beliau cuma berjabat sebelah tangan manakala tangan sebelahnya lagi diletakkan di dalam poket. Bagi mereka, tindakan itu bermaksud pihak satu lagi tidak berminat untuk berjumpa atau berinteraksi.

9. Fesyen Rock Mini Trend Hit Malar Segar

Fesyen ini sangat popular dan tidak pernah pudar daripada trend orang Korea Selatan terutamanya golongan wanita.

10. No Cosmetic, Not South Korea

Penjagaan kulit muka dan rambut amat dititik beratkan oleh wanita di Korea. Bersolek itu adalah rutin dan wajib bagi mereka sebelum keluar daripada rumah. Disebabkan malas dan tidak berbaloi untuk ke salun, mereka memilih untuk membeli banyak jenama kosmetik.

11. Suka “Minum”

Minuman keras dianggap sebagai simbolik mengeratkan persahabatan. Orang Korea Selatan memang handal dalam bab minuman keras. Tanyalah jenis minuman apa dan tricks untuk meminumnya, sudah psati mereka tahu. Malah, mereka boleh mabuk tanpa mengganggu orang lain di sekitar mereka.
Minuman yang palig popular di sana adalah Soju. Ia merupakan sejenis minuman yang seakan Vodka berasal daripada gandum atau kentang dan disajikan di dalam botol hijau.

12. Gadget Is Life

Tidak kiralah siapa pun di Korea, gajet merupakan suatu kemestian! Daripada telefon hinggalah ke komputer.
Internet? Tiada masalah kerana capaian internet di Korea sangat laju dan wifi percuma berada di mana-mana sahaja.

13. Cybersport Adalah Permainan Rasmi Korea

Cybersport ini merupakan permainan yang sangat popular sehinggakan ia di rasmi oleh Korea Selatan. Permainan ini juga mampu mengubah hidup seseorang dengan menjadikan mereka bintang terkenal.

14. Korea Selatan Hanya Menggunakan Internet Explorer

Bukan sesetengah, bukan segelintir namun semua orang menggunakan Internet Explorer di Korea Selatan! Lebih menarik lagi, kesemua laman web di Korea Selatan memang dioptimasikan untuk Internet Explorer sahaja. Jika ingin menggunakan pelayar yang lain, boleh lupakan! Ianya tidak berhasil.
Selain daripada itu, pengganti Google di Korea Selatan adalah www.naver.com.

15. Sangat Tekun Belajar

Belajar sampai larut malam adalah sesuatu yang normal. Serta pelajar-pelajar di Korea Selatan akan menghabiskan masa hujung minggu mereka dengan menghadiri beberapa kursus demi menuntut ilmu. Menurut kajian, seorang guru di Korea Selatan boleh menjana pendapatan sebulan hampir RM10,000!

16. Latihan Kententeran Itu Wajib!

Bagi peminat tegar Kpop, mereka mungkin sudah mengetahui bahawa latihan ketenteraan adalah wajib bagi setiap orang sehingga berumur 28 tahun. Mereka perlu menjalani latihan ini selama 21 bulan dan perlu menunjukkan prestasi yang baik sepanjang berada di dalam lathan.

17. Simbolik Bendera

Warna putih melambangkan warna nasional Korea Selatan kerana ia menunjukkan kedamaian dan kemurnian. Bulatan seakan Yin dan Yang pula bermaksud keseimbangan alam semesta. Warna biru di dalamnya bermaksud kosmik negatif, manakala merah adalah lawannya iaitu kosmik positif. Trigram pula adalah maksud harmoni dan prinsip pergerakan negara. Ia juga mewakili elemen-elemen klasik seperti api, air, angin dan bumi.
Sumber:www.taiko.fun

Tiada ulasan:

Catat Ulasan