Apabila kelakuan Camden Davis yang berusia 12 tahun tiba-tiba telah berubah secara drastik, ibunya Milissa Davis merasakan seperti ada perkara yang tidak kena sedang berlaku kepada anak lelakinya.
Dengan berasa tidak pasti, Milissa telah terpanggil untuk menyiasat perkara ini dengan lebih lanjut. Milissa telah membuat keputusan untuk menghantar anaknya ini ke sekolah tempatnya belajar di Baton Rouge, Lousiana bersama mikrofon tersembunyi yang diletak di dalam beg sekolah Camden.
Milissa langsung tidak bersedia untuk menerima kenyataan dengan apa yang akan didedahkan setelah dia memeriksa dan mendengar sendiri tentang perkara mengejutkan dalam rakaman audio yang telah dirakam menerusi mikrofon tersembunyi itu.
Kredit foto: WBRZ Channel 2 / Facebook
Apabila Camden Davis mulai kencing malam di katilnya dan menunjukkan kelakuan yang agresif di rumah, ibunya Milissa Davis mula berasa bimbang. Milissa mengesyaki Camden yang menghidap penyakit Autisma yang amat teruk, mungkin telah dilayan secara tidak adil di sekolah. Milissa tidak dapat mendengar aduan secara lisan daripada Camden disebabkan anak lelakinya ini mempunyai masalah percakapan.
Apabila Milissa pergi ke sekolah Camden untuk mendapatkan penjelasan tentang apa yang telah berlaku kepada anaknya, pihak sekolah tidak memberikan kerjasama yang diharapkan. Jadi, ibu ini telah membuat keputusan dengan satu rancangan yang boleh dikatakan agak bijaksana.
Milissa telah membuat keputusan untuk memasukkan satu mikrofon kecil yang tersembunyi di dalam beg sekolah Camden yang disambung pada alat audio di rumah supaya dia dapat mendengar setiap butiran tentang apa yang telah berlaku kepada Camden di sekolah. Dalam erti kata lain, Milissa telah mengintip kegiatan guru dan pelajar yang berkomunikasi dengan Camden. Dan segala pertanyaan dalam hatinya telah terjawab dan apa yang didengarinya amat mengejutkan.
Kredit foto: WBRZ Channel 2 / Facebook
Daripada rakaman audio, Milissa dapat mendengar anak lelakinya telah diejek dan dimalukan oleh dua orang guru yang mengajarnya di sekolah tersebut.
Dalam rakaman tersebut seorang guru telah memarahi Camden dengan berkata, “Kamu hanya menulis perkataan. Apa yang susah sangat dengannya?” Dalam satu lagi rakaman, kedengaran seorang guru sedang mengajuk cara Camden sedang bercakap untuk menjawab pertanyaan guru tersebut. Guru ini seperti tiada pengetahuan melayani dan mengajar pelajar dengan keperluan istimewa.
Dan dalam satu lagi rakaman audio, kedengaran suara dua orang guru yang sedang berbual memperkatakan keadaan Camden, dengan berkata budak lelaki ini tidak akan dapat bertahan ‘walau seminit’ di sekolah awam.
Kredit foto: WBRZ Channel 2 / Facebook
Selepas mengulang kembali rakaman audio itu, Milissa berasa dirinya seakan tidak mempercayai dengan apa yang telah didengarinya itu sebenarnya adalah hakikat dan kenyataan yang dihadapi oleh anak lelakinya setiap hari semasa berada di sekolah.
Menurut Milissa, “Saya seperti mahu menangis, menjerit dan terus melakukan apa yang perlu kerana perbuatan mereka amat buruk. Saya menghantar anak lelaki saya ke sekolah tersebut setiap hari, dan perkara ini pernah berlaku sebelumnya tetapi saya tidak mengetahui mengenainya.”
Ibu ini telah memuat naik pendedahan sikap guru tidak beretika ini di media sosial dan ia dengan segera menjadi tular. Kemudian rakaman audio itu telah menjadi tajuk berita di televisyen. Akibatnya dua orang guru yang terlibat dalam rakaman audio tersebut telah dipecat. Menurut WBRZ Channel 2, pihak sekolah telah membuat permohonan maaf kepada Camden dan ahli keluarga Davis.
Kredit foto: WBRZ Channel 2 / Facebook
Kini Camden telah ditempatkan di sekolah yang baru oleh ibunya. Milissa berkata keadaan Camden kini bertambah baik walaupun dia masih bersedih dengan apa yang berlaku.
Milissa menyatakan rasa terima kasih kepada semua yang telah mengambil berat dan memberikan sokongan kepada keluarganya yang membesarkan anak autisma.
Melissa berkata, “Terima kasih kepada warga Baton Rouge yang membantu. Ramai yang melihat kanak-kanak dengan keadaan seperti ini perlu dilindungi, dan saya bertindak kerana mahu melindungi anak saya kerana tahu sesuatu yang salah sedang berlaku.”
Tugas seorang guru ialah menyokong dan membantu para pelajarnya, lebih-lebih lagi apabila mereka menjadi guru di sekolah yang mengajar kanak-kanak dengan keperluan istimewa. Tindakan melepaskan perasaan kurang sabar seperti membuli dan mengejek tidak sepatutnya datang daripada seseorang yang digelar guru. Amat wajar sekali dua orang guru yang tidak bertanggungjawab ini dipecat.
Lihat video di bawah:
Sumber: Newsner
Kredit:Era Baru
Tiada ulasan:
Catat Ulasan