ads1

Isnin, 14 Mei 2018

Gadis 19 Tahun Disisih Keluarga Dan Dijatuhi Hukuman Mati Kerana Membunuh Suami Yang Didakwa Telah Morogolnya


Seorang gadis dijatuhi hukuman mati oleh mahkamah di Sudan selepas menikam dan membunuh suami yang dikahwini secara paksa selepas mendakwa suaminya telah melakukan jenayah rogol terhadapnya dengan bantuan sepupu lelaki tersebut.

Noura Hussein, 19, berhadapan dengan hukuman itu setelah keluarga mertuanya enggan menerima bayaran pampasan sebagai hukuman.

Gadis tersebut telah dipaksa berkahwin dengan suaminya, Abdulrahman Hammad pada usia 16 tahun sahaja.


Menurut peguamnya, Ahmed Sebair, Noura pada Mei telah melarikan diri daripada rumah Abdulrahman dan tindakan tersebut telah menimbulkan kemarahan suaminya.

Noura kemudian berkata, Abdulrahman bertindak merogolnya dengan bantuan sepupu lelaki suaminya berusia 19 tahun.

Pada keesokkanya, ketika pasangan suami isteri itu bersendirian, Abdulrahman sekali lagi bertindak merogol gadis itu. Bagaimanapun, Noura berjaya mendapatkan pisau yang sering digunakan Abdulrahman untuk mengugutnya sebelum ini. Dalam cubaan Noura untuk mempertahankan diri, dia didakwa telah menikam Abdulrahman hingga maut.



Kejadian tersebut berlaku tahun lalu pada 3 Mei, sejak itu Noura telah meringkup di dalam penjara.

Menurut undang-undang Sudan, had umur yang dibenarkan untuk berkahwin adalah pada usia 10 tahun. Selain itu, kes rogol antara pasangan suami isteri tidak dianggap sebagai jenayah.

Ketika kes tersebut disebut di mahkamah, ratusan aktivis berkumpul di perkarangan Mahkamah Jenayah di Omdurman, Sudan bagi memberi sokongan kepada Noura.


Malah di media sosial, kempen #JusticeForNoura menjadi trending dengan pengguna sosial di seluruh dunia menyatakan sokongan terhadapnya.

Saksi yang hadir ke mahkamah untuk memberi keterangan turut mendedahkan bahawa Noura disishkan poleh keluarga berhubung isu tersebut. Gadis malang itu kini perlu berhadapan dengan hukuman mati bersendirian tanpa sokongan keluarga.

Menurut keputusan mahkamah, Noura didapati bersalah kerana membunuh dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada Khamis. Peguma bela mempunyai masa selama 15 hari untuk membuat rayuan.

''Menurut undang-undang Sudan, keluarga mangsa bunuh boleh menuntut ganti rugi ataupun meminta hukuman mati dikenakan ke atas pesalah. Keluarga Abdulrahman memilih Noura dikenakan hukuman mati,'' ujar aktivis Pergerakan Belia Afrika, Badr Eldin Salah.

Peguam yang mewakili Noura dalam satu kenyatan memberitahu mereka akan membuat rayuan terhadap hukuman yang dikenakan namun memerlukan sokongan antarabangsa daripada Kesatuan Afrika, Kesatuan Eropah dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

PBB menyenaraikan Sudan di tangga 165 daripada 188 negara dalam Indeks Ketaksamaan Jantina. Indeks tersebut mengukur bagaimana wanita dilayan berbanding lelaki dalam beberapa aspek antaranya akses kepada rawatan kesihatan, pendidikan, penglibatan dalam politik dan peluang pekerjaan.



Pergerakkan Wanita PBB mendedahkan bahawa keganasan terhadap wanita dan remaja perempuan di Sudan dianggap sebagai perkara biasa. Malah, Sudan juga enggan menandatangani Konvensyen Penghapusan Dikriminasi Terhadap Wanita dan salah satu negara yang mempunyai polisi lemah dalam melindungi kaum hawa.



Sumber : Dailymail
Kredit:siakap keli

Tiada ulasan:

Catat Ulasan