Pastinya anda semua sudah tahu kejadian mengerikan yang terjadi pada kapal Titanic, bahkan karamnya kapal itu terkenalnya sampai dijadikan filem romantik.
Namun, kapal ini tenggelam pada pelayaran pertama yang mengorbankan ribuan jiwa. Tapi tahukah anda rahsia dibalik tragedi nahas ini?
Banyak sekali misteri dan versi tentang bagaimana kapal yang disebut tidak mungkin boleh tenggelam itu akhirnya tenggelam didasar laut.
Salah satu dari korban yang selamat membocorkan rahsia yang mencengangkan ini:
Lebih dari 100 tahun kemudian, seorang lelaki membuat filem dokumentasi yang berjudul “The Six”. Filem ini mengungkapkan rahsia kotor tentang kapal tersebut.
Seratus tahun yang lalu, ada 8 orang berbangsa china didalam kapal Titanic. 6 di antaranya selamat dari bencana tersebut.
Walaupun 6 orang ini selamat, namun bukannya senang tapi mereka hidup dalam ketakutan kerana menerima ancaman dan fitnah.
Pada tanggal 10 April 1912, Titanic berlayar dari South Hampton, Inggris ke New York. Ketika itu, kapal ini dikenal sebagai “keajaiban industri di dunia”.
Banyak orang kaya yang bangga kerana boleh naik ke kapal mewah itu kerana tiketnya sangat berharga dan mahal.
Banyak orang yang bertanya-tanya, adakah 6 orang yang selamat itu orang yang penting? Kalau tidak mengapa mereka boleh mendapatkan tiket? Mereka bukan orang besar ataupun orang penting.
6 orang tersebut berada di kapal untuk bekerja. Saat itu ekonomi meleset sehingga banyak perusahaan yang suka merekrut pekerja asing kerana dapat di bayar gaji dengan sangat rendah.
Mereka berada dikapal ini hanya untuk mencari sumber kewangan untuk pembiayaan keluarganya, tapi siapa sangka mereka bertemu dengan salah satu bencana terbesar dalam sejarah.
Pada tanggal 14 April 1912, 11:40 malam, kapal Titanic berlanggar dengan bongkah ais. Hanya dalam 2 jam 40 minit, kapal yang dikenal sebagai “kapal yang tidak akan tenggelam” ini, membunuh lebih dari 1500 orang.
Setelah Titanic tenggelam, banyak orang Eropah dan Amerika yang meninggal di laut. Orang Inggeris pula merasa panik kerana yang membina kapal itu adalah mereka.
Orang-orang yang bertanggung jawab untuk berlayar juga mereka. Bagaimanapun juga tanggungjawab pasti akan jatuh ke tangan mereka.
Banyak warga Amerika Serikat yang terbunuh sehingga Amerika sangat marah.
Alasan kapal besar tenggelam dilaporkan bahawa kru Inggeris mabuk atau kelalaian petugas kepada media Amerika.
Untuk membantah, Inggeris mulai membanggakan apa yang disebut “semangat kesatria”. Seperti ketika bencana terjadi.
Lelaki inggeris mendahulukan wanita dan anak-anak untuk naik ke kapal penyelamat, sedangkan mereka hanya menunggu kematian menjemput mereka.
Media “New York Times” tidak menerima alasan dari Inggeris tersebut, mereka bahkan membongkar bahawa pejabat-pejabat Inggeris berebut untuk naik ke kapal penyelamat.
Awak-awak kapal harus menembak mereka baru mereka menurut kata dan mengalah memberi peluang pada wanita dan anak-anak.
Suatu hari, media Amerika dan Inggeris tidak lagi saling menyalahkan. Mengapa? Kedua negara saling ingin menjaga hubungan dan lebih bagus untuk perdagangan masa depannya.
Tetapi, jika mereka sepihak, harus ada yang perlu disalahkan, benar atau tak?
Jadi inilah mengapa enam orang tersebut menjadi kambing hitam. Mereka selamat namun saat itu mereka telah menjadi sasaran.
Dari keenam lelaki itu, ada lima orang yang melarikan diri dari Titanic dengan sebuah kapal yang rosak. Keadaan kapal yang bocor membuat mereka mengira tidak dapat membantu.
Mereka semua lompat ke laut yang sejuk. Untungnya, ada kapal penyelamat yang lain datang lalu mereka pun diselamatkan.
Seorang dari mereka pula hanya terapung dengan kayu dan pada akhirnya juga ada kapal lain yang menolong. Oleh kerana itulah, 6 orang ini terselamat.
Di satu sisi mungkin memang masih belum waktu ajal mereka, di sisi lain mungkin kerana tidak putus harapan untuk bertahan hidup.
Namun, media Amerika malah memfitnah mereka. Pada saat itu, mereka menerima banyak kecaman sehingga mereka tidak berani bersuara.
Juga tidak ada orang lain yang berani membela mereka. Saat itu, tidak ada yang peduli dengan orang miskin, apalagi keadilan.
Sumber : Tribun Travel
Hanya dengan cara begini, keenam lelaki tersebut di sebut “orang jahat” oleh Amerika dan Inggeris. Sampai 100 tahun kemudian, seorang lelaki Inggeris membuat filem dokumentasi dan membela mereka.
Sekarang sudah tahun 2018, 6 orang ini sudah lama meninggal, tapi bagaimanapun juga kita harus membela kebenaran dan keadilan. Semua orang harus tahu apa yang sebenarnya terjadi. Jom KONGSI cerita ini kepada yang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan