ads1

Isnin, 7 Mei 2018

'Rimas' Dimarah Bapa Kerana Malas, Budak Lelaki Ini Ambil Keputusan Untuk Tidur Di Atas Belebas Tingkap


Seorang kanak-kanak lelaki melakukan tindakan drastik apabila tidur di atas belebas tingkap rumahnya yang terletak di aras lima selepas dimarahi ayahnya kerana malas.

Kanak-kanak itu sememangnya gemar tidur sehingga dimarahi oleh ayahnya sebelum mengambil keputusan untuk tidur di luar demi mengelakkan dari dimarah.

Tindakan kanak-kanak 12 tahun itu dirakam penduduk kawasan berkenaan di Jiangkou, wilayah Guizhou di selatan China itu dan memaklumkan pasukan keselamatan.

Dengan hanya memakai baju tidur berwarna kuning, kanak-kanak itu berbaring santai sambil mendakap dadanya di atas belebas yang muat dengan saiz tubuhnya. 

Beberapa minit kemudian jentera bomba tiba untuk membawa dia turun.

Menggunakan kren, seorang anggota bomba kemudiannya mendukung budak itu sebelum dibawa kren ke bawah.

Sumber- South China Morning Post
Kredit:siakapkeli

Tiada ulasan:

Catat Ulasan