ads1

Rabu, 16 Mei 2018

Sekumpulan banduan melepaskan diri dari penjara, bukan untuk bebaskan diri. Tetapi untuk menyelamatkan nyawa seseorang!

Selepas menonton rakaman litar tertutup ini, persepsi kita terhadap tahanan jenayah mungkin akan berubah. Melihatkan sekumpulan tahanan melepaskan diri dari sel penjara dan bertindak untuk menyelamatkan nyawa seorang warden penjara.
Hampir setiap hari, jenayah pasti akan berlaku di suatu tempat diseluruh dunia seperti jenayah rompak ataupun jenayah bunuh. Membuatkan setiap tahanan ataupun banduan dilabelkan sebagai orang yang tidak baik.
Walau bagaimanapun, sekumpulan banduan di Texas menyatakan bahawa seorang warden di luar sel menghadapi masalah kesihatan. Mereka sekumpulan hanya mampu melihat warden tersebut sedang bergelut dengan nyawanya. Perkara terakhir yang mereka cuba buat adalah melepaskan diri dari sel tersebut untuk menyelamatkan nyawanya.
Tahanan tersebut menyedari sesuatu yang tidak kena, apabila melihat Gary Grimm tidak sedarkan diri di tempat duduknya. Mereka tahu bahawa mereka terpaksa bertindak dengan pantas.
Kredit:Era Baru

Tiada ulasan:

Catat Ulasan