ads1

Jumaat, 11 Mei 2018

“Selamat malam,” sebelum dia tidur, dia mahu menidurkan kucingnya dahulu, telatah si kecil ini pasti buat anda tersenyum…..

Masa tidur adalah masa yang paling sukar untuk ibu bapa. Mana tidaknya mereka perlu menidurkan anak kecil mereka dahulu. Bagi anak kecil yang mudah tidur memang tiada masalah tetapi bagaimana pula dengan mereka yang sememangnya sukar tidur malam. Pasti waktu tidur adalah waktu yang sangat ‘meriah’ bagi mereka. Ketika itulah mereka mahu bermain, memanjat atau mungkin mengajak ibu bapa bergurau dengan mereka.
Sebelum tidur dia akan memastikan kucingnya turut tidur. Dia siap menyediakan selimut buat kucingnya dan selimut itu diletakkan di atas badan kucing tersebut. Namun, kucing tersebut nampaknya tidak juga mahu tidur. Si kecil itu pula tidak berputus asa dan terus mengambil selimut dan menutup tubuh kucingnya.
Bukan itu sahaja, dia juga siap mendodoikan kucing tersebut supaya dapat tidur bersamanya. Anda yang melihat aksi ini pasti akan tersenyum melihat mereka, sangat comel!
Kredit:Era Baru

Tiada ulasan:

Catat Ulasan