Saya pelajar tahun akhir di UIA GOMBAK yang telah bernikah ketika saya tahun dua di UIA. Perkahwinan kami mendapat restu kedua orang tua kami dan bernikah secara sederhana.Suami bekerja sebagai seorang guru di sekolah rendah.oleh kerana dia baru mula bekerja,pihak saya tidak meminta apa apa hantaran ,duit hantaran tiada.barang hantaran juga tiada.Dia hanya memberi sebentuk cincin belah rontan.
Kami bernikah di masjid dan hanya menjamu makan sanak saudara terdekat sahaja,perkahwinan kami biasa biasa kerana saya betul cintakan suami saya dan saya berharap perkahwinan mendapat berkat.Tapi panas tidak selamanya panas,hubungan kami diuji.Selama kami berkahwin tidak pernah sekali dia memberi nafkah kepada saya, duit belanja dapur mahupun pakaian sehelai tidak pernah diberi.Malahan duit ptptn saya gunakan untuk membeli barangan dapur.Sedih Tuhan sahaja yang tahu.Dahla dapat kawen free,tanggungjawab nafkah yang akan dipersoalkan di akhirat tidak pernah dia jalankan.
Saya pernah meminta,tetapi duit gaji habis bayar kereta katanya..saya sedih,saya layan suami dengan baik,jaga kehendak nafsu dia,layan dia dengan baik tapi dia langsung tak jalankan tanggungjawab .Sampaila satu ketika..kami bergaduh kerana saya terjumpa whatsapp suami dengan perempuan lain bersayang sayang.
Allah..luluh hati dan jantung saya,Walhal ketika itu saya sedang sarat mengandung anak pertama kami.Pada ketika itu dibulan puasa.Dan pertengkaran demi pertengkaran akhirnya dia telah lafazkan cerai kepada saya..Dunia gelap saya terduduk.Suami cakap dia dah jatuh cinta dengan perempuan itu dan ingin berkahwin dengan perempuan itu secepatnya..Barulah saya tahu kemana duit gaji dia habis selama ni..Air mata saya dah kering..
Kepada siapa saya harus luahkan..Saya begitu tertekan dari segi emosi dan perasaan saya..Allahuakbar..sampai hati suami kau buat aku begini..kau seksa jiwa dan perasaan aku..Kau tidak pernah beri nafkah kepada aku dan akhirnya kau tinggalkan aku ..
Buat pembaca yang sudi berkongsi rasa dengan saya..ambillah iktibar dari kisah saya..mungkin saya ada silap,mungkin saya kurang berdoa kepada Allah.Nasihat saya untuk lelaki di luar sana,,dunia ini sementara ,Akhirat disana kita dipersoalkan,jadilah suami yang budiman dan bertanggungjawab, Whats goes around comes around.Dunia ini seperti roda..Jikalau harini kau pernah sakitkan hati orang suatu ari Allah balas perkara yang sama,kifarah sentiasa menanti.
Buat kaum wanita yang saya kasihi..pilihlah bakal suamimu dengan istikharah,jangan tersalah memilih.TAK SEMESTINTA TIADA HANTARAN TIADA MAJLIS KAHWIN PERKAHWINAN AKAN BAHAGIA ..TAK SEMESTINYA ORANG YANG HANTARAN TINGGI PERKAHWINAN TIDAK KEKAL.
Nak kahwin suami perlu ada effort usaha tanggungjawab, perlu tahu apa itu nafkah,Si isteri harus menjaga maruah dan harga diri, Mungkin ramai ketika ini menunjuk nunjuk di laman sosial bahawa perkahwinan merekalah yang paling murah tiada hantaran,hanya habis beratus sahaja..Jangan takbur sahabat.Hidup kita belom diuji lagi,perkahwinan kamu belom diuji,Akhir sekali doakan saya kuat untuk menempuh hari hari terakhir di UIA bersama bakal anak saya..Semoga berbahagia suamiku.
Sumber : sister nurul
kredit:makcikbawang.club
Tiada ulasan:
Catat Ulasan