Sejarah yang pernah berlaku sebelum ini kadang-kala menyembunyikan fakta-fakta yang pelik dan menyeramkan. Insiden yang mengerikan ini bukan sahaja berlaku kepada individu ternama tetapi juga masyarakat awam seperti anda.
Di bawah ini merupakan lima sejarah yang pernah wujud di dunia. Mengapa ia dibangkitkan semula adalah kerana terdapat beberapa perkara yang terungkai bakal membuatkan anda berasa seram sejuk secara tiba-tiba.
#1 Abraham Lincoln dan John F. Kennedy
Kredit: Alexander Gardner / Wikipedia
Terdapat begitu banyak persamaan tersembunyi di antara kedua-dua bekas Presiden Amerika Syarikat ini. Antaranya:
Kedua-duanya mati dibunuh oleh pembunuh upahan sewaktu memegang jawatan sebagai presiden
Lincoln dipilih menjadi ahli Kongres pada tahun 1846 manakala Kennedy pada tahun 1946
Lincoln dilantik menjadi presiden pada tahun 1860 manakala Kennedy pula pada tahun 1960
Kedua-duanya ditembak pada hari Jumaat oleh individu yang dilahirkan dengan jarak umur 100 tahun. John Wilkes Booth dilahirkan pada tahun 1839 telah membunuh Lincoln di dalam sebuah teater sebelum lari bersembunyi di dalam gudang. Lee Harvey Oswald pula dilahirkan pada 1939 telah membunuh Kennedy dari tingkap sebuah gudang dan bersembunyi di dalam teater
Kedua-dua pembunuh ini kemudiannya mati dibunuh sebelum kes mereka dibawa ke pihak pengadilan

Kredit: White House Press Office / Wikipedia
#2 Pasangan kembar Jim
Selepas dilahirkan pada tahun 1940, pasangan kembar Jim Springer dan Jim Lewis telah dipisahkan dan dijaga oleh keluarga angkat masing-masing. Sejak itu, mereka tidak lagi bertemu sehinggalah 39 tahun kemudian.
Kredit: Iflmylife
Selain memiliki ketinggian, berat badan dan tahap IQ yang sama, kembar ini turut mempunyai pelbagai persamaan yang jauh lebih pelik:
Kedua-duanya pernah mengahwini wanita bernama Linda tetapi perkahwinan tersebut tidak bertahan lama.
Mereka kemudian berkahwin dengan dua wanita berlainan bernama Betty dan masing-masing dikurniakan seorang anak lelaki. Seorang bernama James Alan dan seorang lagi James Allan
Mereka kemudian berkahwin dengan dua wanita berlainan bernama Betty dan masing-masing dikurniakan seorang anak lelaki. Seorang bernama James Alan dan seorang lagi James Allan
Menurut artikel oleh National Geographic mengenai kembar tersebut, mereka juga dikatakan pernah bekerja sebagai pegawai penguatkuasa serta gemar bertukang dan menderita sakit kepala yang teruk
Kredit: Iflmylife
#3 Kejadian Titanic berlaku seperti cerita di dalam buku ‘The Wreck of the Titan’
14 tahun sebelum berlakunya insiden kapal Titanic tenggelam iaitu pada tahun 1898, seorang pengarang bernama Morgan Robertson telah menghasilkan sebuah buku bertajuk The Wreck of the Titan.
Kredit: Phactual
Menariknya, segala kejadian yang menimpa Titanic pada tahun 1912 seolah-olah jelmaan daripada buku tersebut.
Antara persamaan yang menghantui adalah:
Kedua-dua kapal karam selepas melanggar bongkah ais di utara Atlantik pada waktu tengah malam bulan April
Kedua-dua kapal merupakan buatan British dengan kepanjangan sebanyak 800 kaki
Tiada sampan lebih
Boleh memuatkan seramai 3,000 penumpang pada satu masa
Kedua-duanya diyakini sebagai ‘tidak akan tenggelam’
#4 Kisah dua wanita yang mati dibunuh dengan pelbagai persamaan

Kisah ini melibatkan dua orang wanita yang berasal dari perkampungan Erdington, kira-kira lima batu dari Birmingham, England.
Kredit: Phactual
Barbara Forest dan Mary Ashford masing-masing berusia 20 tahun dan berkongsi tarikh lahir yang sama
Mereka telah dirogol sebelum dijerut sehingga mati
Mayat mereka ditemui lebih kurang 274 meter antara satu sama lain pada hari yang sama
Sebelum itu, kedua-duanya dikatakan keluar bersama rakan untuk berhibur. Kemudian, mereka telah dibunuh pada malam yang sama oleh seorang lelaki bernama Thornton
Tetapi pembunuh bukanlah individu yang sama. Kejadian pembunuhan ini berlaku pada 27 Mei 1817 dan 157 tahun kemudiannya iaitu pada 27 Mei 1974. Menyeramkan bukan?

#5 MH17 dan MH370
Pesawat MH17 telah terhempas di Ukraine pada Julai tahun 2014. Namun salah satu kebetulan yang dikemukakan oleh wartawan New York Times, C.J. Chievers adalah, “Menghantui: Malaysia Airlines Boeing 777, Reg 9M-MRD, memulakan penerbangan pertamanya pada 17-7-1997. 17 tahun kemudian, pesawat ini mengakhiri perkhidmatannya di dalam satu tragedi yang buruk”.
Kredit: SlipTalk
Anda perasan tak berapa banyak nombor 7 dan 17 dikaitkan di dalam peristiwa ini? Selain itu, wujud juga kisah mengenai seorang pelumba basikal dari Belanda yang bernama Maarten De Jonge.
Maarten merupakan ahli kumpulan pelumba basikal Terengganu. Pada bulan Mac tahun 2014, Maarten sepatutnya menaiki pesawat MH370 yang sama hilang dan sehingga kini belum ditemui itu. Walau bagaimanapun, berlaku satu kematian yang menyebabkan Maarten tidak menaiki pesawat tersebut.
Begitu juga dengan kes MH17. Maarten telah membuat penukaran penerbangan pada saat akhir setelah mendapati terdapat satu lagi penerbangan yang menawarkan harga rendah.
Hal ini menyebabkan Maarten menukarkan jadual penerbangannya kepada waktu lain sekali gus berjaya mengelakkan kematian sebanyak dua kali.
Pelik tetapi ianya benar-benar berlaku.
Kesemua lima sejarah ini pernah berlaku tetapi penjelasan lanjut mengenainya masih menjadi persoalan. Anda hanya perlu menerimanya sebagai kebetulan yang ‘sedikit’ pelik atau anda akan jadi gila jika terlalu memikirkannya.
Terdapat pelbagai lagi peristiwa kebetulan menakutkan yang pernah berlaku. Untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut, anda cari ‘creepy coincidence’ di enjin carian Google dan berseronoklah membacanya!
kredit:cerkosong.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan