ads1

Khamis, 28 Jun 2018

Ayahnya Lari Setelah Melihat Wajahnya Buat Pertama Kali, 21 Tahun Kemudian Dia Mencuri Perhatian Semua Orang


Dari belakang dia nampak seperti perempuan normal yang berskirt pendek, bertumit tinggi, berambut panjang mengurai dan bertubuh kurus. Namun sejurus dia berpusing, masing-masing ketakutan.
Semuanya bermula pada 21 tahun lalu apabila Irina Nezhentseva mendapati kedutan-kedutan pada bayinya, Katya yang baru lahir. Lebih parah, kedutan itu bertambah bukan hari demi hari tetapi jam demi jam.
Doktor mengesahkan bahawa Katya menghidap progeria dan hanya mampu bertahan tidak lebih dari setahun. Suami Irina lari meninggalkan Irina dan anaknya kerana takutkan keadaan bayi tersebut.
Irina memutuskan untuk mengorbankan kehidupannya dan memberikan Katya zaman kanak-kanak yang terbaik dan menjaga Katya seperti tiap-tiap hari adalah hari terakhirnya.

Namun, Katya terus membesar dengan sihat berbeza dengan apa yang doktor perkatakan. Seiring dengan pembesarannya, Katya sering diejek oleh rakan-rakanya dengan memanggilnya nenek dan setiap kali diejek, dia akan menangis.
“Nenek, kenapa nenek pakai skirt pendek?”
“Nenek, kenapa menyamar sebagai budak kecil.”
Namum, setelah Katya sedar dan menerima hakikat bahawa dia berbeza dari yang lain dia berkata, “Saya kerap bertanyakan diri saya sendiri, apa yang saya lakukan sehingga saya jadi begini. Tetapi saya tidak menemui jawapan.”
“Kemudian saya fikir, saya tidak mungkin mampu memenangi hati orang dengan wajah saya tetapi saya mampu menawan mereka dengan ilmu pengetahuan, kepandaian, karisma dan kebaikan saya. Saya pasti yang jiwa seseorang itu adalah yang paling penting.”
Dan itulah apa yang Katya lakukan. Orang sekelilingnya juga sudah mula menerimanya malah Katya menjadi kesukaan orang di sekolah dan sesiapa yang cuba membuli Katya pasti akan berhadapan dengan rakan-rakannya.
“Kini saya mampu terima dan belajar untuk mencintai diri saya sendiri. Bayangkan, hanya terdapat 20 sahaja yang seperti saya di dunia ini! Sangat menarik kan!”
Kegembiraan Katya menghairankan sesiapa yang bertemu dengannya dan dia terus membesar menjadi seorang yang lebih yakin. Matlamat hidupnya? Sudah tentu untuk menjadi gembira.
Kebiasaannya gadis sebaya Katya tidak yakin untuk keluar tanpa mengenakan solekan, tetapi tidak pada Katya. Bukan kawan-kawan Katya sahaja yang terpesona dengan karisma dan kecantikkan dalaman Katya, malah…
Denis yang kini bergelar suaminya jugak terpikat dengan keperibadiannya. Pertemuan yang sungguh tidak dijangka apabila Denis tersalah menghubungi Katya. Mereka bersembang melalui telefon, bersetuju untuk bertemu dan percintaan mereka bermula.
Apabila pasangan ini memutuskan untuk berkahwin, Katya adalah pengantin yang paling bahagia yang anda jumpa!
Tidak lama kemudian, pasangan ini dikejutkan dengan berita gembira. Katya mengandungkan anak mereka yang pertama! Ramai yang mengkritik mereka supaya mempertimbangkan keputusan untuk memiliki anak namun Denis dan Katya lebih tahu apa yang mereka mahukan.
9 bulan kemudian, mereka menimang seorang anak lelaki yang sihat dan comel!
“Saya sangat bahagia. Hanya keyakinan dalam diri yang membantu saya untuk mendepangi segala kesukaran yang dialami. Dan sekarang, saya dan suami dianugerahkan seorang bayi lelaki yang comel – apa lagi yang lebih sempurna?” kata Katya.
Kisah Katya menginspirasikan kita di mana meski doktor pakar sudah mengesahkan perkara yang negatif, tiada siapa boleh menghalang hak seseorang untuk memilih jalan bahagia dan terus gembira.
kredit:cerkosong.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan