Disengat oleh obor-obor bukan sesuatu yang perlu diambil ringan kerana ia boleh membawa maut! Baru-baru ini, seorang pelancong Sweden yang menikmati percutiannya di Pulau Langkawi meninggal dunia selepas disengat oleh obor-obor. Kejadian tragis ini berlaku berhampiran pantai Tanjung Rhu pada 27 Jun.
Kredit: Beach-on-map
Menurut NST, Sohrabi Saeed yang berumur 60 tahun sedang berenang berhampiran pantai tersebut pada pukul 3.15 petang apabila dia diserang oleh obor-obor beracun. Beberapa minit kemudian, komplikasi kesihatan berlaku dan dia kelihatan tidak sedarkan diri.
Orang ramai cuba melakukan bantuan pernafasan (CPR) ke atasnya tetapi mereka gagal untuk memulihkannya.
Kredit: Harian Metro
“Anggota polis di Balai Polis Ayer Hangat yang menerima laporan itu telah bergegas ke tempat kejadian untuk membuat siasatan awal sebelum menghantar mayat ke Hospital Langkawi untuk dibedah siasat,” katanya Ketua Polis Daerah Langkawi.
Spesies obor-obor masih belum dikenal pasti dan mayat telah dihantar ke Hospital Langkawi untuk dibedah siasat.
Jika anda disengat oleh obor-obor, inilah yang perlu anda lakukan:
- Keluar dari air dengan segera
- Bilas kawasan yang disengat dengan cuka selama 30 saat
- Keluarkan tentakel dengan sepasang pinset
- Rendam kawasan yang terjejas dalam air panas (40 °C – 45 °C)
- Segera menuju ke jabatan kecemasan jika disengat lebih daripada separuh lengan atau kaki, atau jika anda memaparkan sebarang reaksi alergi
Tonton video disini:
kredit:Era Baru
Tiada ulasan:
Catat Ulasan