ads1

Selasa, 3 Julai 2018

Doktor Telah Mengesahkan Kematian Seorang Budak Di Brazil, Namun Sesuatu Mengejutkan Berlaku Apabila Budak Itu Bangun Sambil Duduk Meminta Air Dan Kembali Baring Tidak Bernyawa!


Seorang budak lelaki berusia 2 tahun bangkit duduk di dalam kerandanya dan meminta air sebelum kembali baring tidak bernyawa. Kejadian yang berlaku di Brazil itu berlaku sekitar tahun 2012 dan mendapat liputan meluas media tempatan.
Dalam kejadian yang sukar untuk dipercayai itu, doktor mengesahkan bahawa Kelvin Santos berhenti bernafas semasa sedang menerima rawatan bagi penyakit radang paru-paru atau pneumonia yang dihidapinya. Dia menerima rawatan di sebuah hospital di Belem, bahagian utara Brazil.
Dia disahkan meninggal dunia pada hari Jumaat jam 7.40 petang dan jasadnya telah diserahkan kepada keluarganya di dalam beg plastik.
Dengan perasaan hiba dan hancur luluh, keluarga kanak-kanak itu membawa jasadnya pulang dan saudara mara mula berkumpul dan berkabung sepanjang malam bersama dengan mayat Kelvin diletakkan di dalam keranda yang dibuka penutupnya.
Tetapi, sejam sebelum upacara pengebumiannya dijalankan keesokan harinya, budak lelaki itu tiba-tiba bangun dan duduk di dalam kerandanya sambil berkata, “Ayah, saya nak air boleh?”
Menurut Antonio Santos yang juga bapa kepada budak lelaki itu, “Semua orang mula menjerit, kami tidak mempercayai penglihatan sendiri. Kemudiannya kami berasakan yang keajaiban sedang berlaku dan anak lelaki kami hidup semula.”
“Tetapi selepas itu Kelvin baring semula, sama kedudukannya seperti sebelum dia terjaga. Kami kejutkan dia tetapi tidak berjaya. Dia kembali tidak bernyawa.”
Dengan tergesa-gesa, Encik Santos membawa jasad anaknya itu ke hospital Aberlardo Santos di Belem.
Doktor terus membuat pemeriksaan tetapi mengesahkan yang budak lelaki itu tidak menunjukkan sebarang tanda yang dia masih hidup.
“Mereka meyakinkan saya yang anak saya sememangnya sudah meninggal dunia tetapi mereka tidak memberi apa-apa penjelasan mengenai kejadian yang telah kami lihat dan dengar,” katanya.
Keluarga Santos memutuskan untuk menangguhkan upacara pengebumian selama sejam dengan harapan jasad si kecil kembali terjaga. Namun harapan mereka tidak kesampaian.
Mayat Kelvin Santos dikebumikan pada sebelah petang di tanah perkuburan setempat.
Encik Santos telah membuat laporan polis kerana yakin yang anaknya telah menjadi mangsa akibat kecuaian pemeriksaan perubatan. Menurut Encik Santos, “15 minit selepas menjalani resusitasi (prosedur pengepaman jantung), mereka datang berjumpa saya dan memberitahu yang anak saya telah mati, sekaligus menyerahkan mayatnya kepada saya.
Mungkin mereka tidak membuat pemeriksaan secukupnya. Orang mati tidak kembali hidup dan bercakap semata-mata.
Saya bertekad untuk mencari kebenaran. Namun siasatan polis kemudiannya mendapati yang budak lelaki itu berada dalam keadaan sangat kritikal semasa dimasukkan ke hospital.
Dia disahkan meninggal dunia kerana mengalami kegagalan pernafasan jantung (cardiac-respiratory).
Sumber: Era Baru

Tiada ulasan:

Catat Ulasan