ads1

Rabu, 4 Julai 2018

LELAKI MENJUMPAI KUCING LIAR DI HUTAN DAN MEMELIHARANYA SEHINGGA MELAHIRKAN SEDOZEN ANAK YANG COMEL DAN ISTIMEWA. APABILA AHLI VETERINAR MEMBERITAHU SPESIESNYA, IA AMAT MENGEJUTKAN…



Seorang lelaki telah membawa pulang dan memelihara seekor kucing comel yang dijumpainya di dalam hutan. Kucing betina ini menyerupai seperti kucing biasa yang lain cuma ia mempunyai tompok-tompok yang cantik di bulunya seperti harimau bintang. Tanpa memikirkan apa-apa, lelaki ini terus memelihara kucing tersebut di rumah.
Kemudian, kucing ini telah bunting dan melahirkan dua belas ekor anak kucing yang sangat comel dan istimewa. Kucing-kucing ini kesemuanya sangat cantik, yang menyerupai ibunya. Pemilik kucing ini mula merasa sangsi dan ingin tahu akan spesiesnya yang berupa lain dari yang lain.
Lalu lelaki ini telah berjumpa dengan ahli veterinar untuk rujukan serta mengetahui spesies kucing ini. Ahli veterinar ini telah berkata, “Semua kucing ini bukan spesies kucing biasa, ini adalah Kucing Bengal!”.
Sehingga kini, bapa anak-anak kucing ini kekal misteri, mungkin ia dari baka Kucing Bengal juga…
Kucing Bengal adalah spesies kucing unik dan jarang didapati serta berharga mahal di pasaran. Bagi sesetengah negara, permit diperlukan jika ada pemilik ingin menjadikan kucing Bengal sebagai haiwan peliharaan.
Menurut Wikipedia, kucing Bengal atau nama saintifik ‘Prionailurus bengalensis’ ialah kucing liar yang hidup di dalam habitat asalnya di Asia Selatan, Asia Tenggara dan Asia Timur. Sejak tahun 2002, kucing Bengal telah disenaraikan dalam Spesies Kurang Terancam, Senarai Merah IUCN. Bermakna, spesies kucing Bengal membiak baka dengan banyak, akan tetapi habitatnya semakin berkurangan dan terancam akibat pemburuan haram kerana harganya yang mahal di pasaran.
kredit:Era Baru

Tiada ulasan:

Catat Ulasan