Rawatan ikan terapi atau lebih dikenali sebagai terapi spa ikan adalah rawatan yang dilakukan pada kaki dimana anda akan meletakkan kaki di dalam kolam yang berisi ikan. Ratusan ikan-ikan kecil itu akan menggigit dan menghilangkan sel-sel kulit mati.
Terbaru, seorang lelaki telah berkunjung ke sebuah spa ikan tetapi akhirnya membunuh semua ikan yang berada di dalam kolam itu. Lebih mengejutkan, ikan-ikan tersebut mati disebabkan kaki dia yang sangat berbau busuk.
Kejadian lucu ini berlaku di Beijing, China dimana lelaki ini telah bekerja di sebuah syarikat IT selama 10 tahun. Namun kerana terlalu sibuk dengan kehidupan seharian, dia tidak mempunyai masa untuk dirinya sendiri.
Wong, 35 tahun yang masih membujang telah diperkenalkan oleh seorang wanita oleh ibu-bapanya. Jadi pada malam Tahun Baru yang lalu, dia dan wanita itu telah meluangkan masa bersama-sama.
Wanita itu telah mengajak dia untuk melakukan rawatan spa ikan namun Wong terus mencari alasan untuk tidak pergi ke sana tetapi akhirnya berjaya dipujuk oleh wanita tersebut.
Apabila selesai rawatan, pemilik spa terkejut melihat semua ikan sudah terapung mati di dalam kolam. Yakin bahawa Wong sengaja meracuni ikan-ikan spanya, pemilik spa menuntut dia untuk membayar balik kerugian itu. Lalu kedua-dua pihak bertengkar sebelum Wong mendedahkan punca sebenar kematian ikan-ikan itu.
Wong menjelaskan bahawa disebabkan rutin hariannya yang terlalu sibuk, dia tidak membasuh kaki dengan bersih selama 10 tahun dan bau busuk kakinya penyebab utama kejadian itu berlaku.
Sibuk-sibuk juga, kebersihan jangan lupa jaga. Nasib baik lah wanita itu masih setia dengan si Wong ni. Kalau korang sanggup ke nak teruskan hubungan dengan orang macam ini?
Kejadian yang amat memilukan ini telah berlaku di negara Singapura apabila seorang wanita yang berusia 41 tahun telah menuntut keadilan untuk dirinya sendiri atas kejadian yang berlaku pada tanggal 8 Februari 2015 kerana dirinya telah dirogol oleh seorang lelaki yang bekerja di sebuah tempat pembinaan di Macritchie Reservior Park.
Menurut wanita berkenaan, kejadian itu berllaku ketika dia sedang berjalan pada siang hari sebelum ia didatangi oleh seorang lelaki warganegara Bangladesh yang dikenali dengan nama sebagai Pramanik Liton pada ketika itu berusia 24 tahun dengan mengajak wanita berkenaan melakukan hubungan badan dengannya.
Sejurus sahaja mendengar penjelasan dari lelaki itu, wanita berkenaan terkejut dan dengan segera menolak permintaan suspek berkenaan. Dalam keadaan yang marah kerana perminytaannya ditolak, suspek dengan segera telah mengeluarkan sebilah pisau serta mengugut mangsa sebelum dipercayai diculik serta mengheret mangsa ke dalam hutan yang berdekatan.
Suspek juga didapati telah merogol mangsa sebanyak dua kali sebelum memaksa wanita berkenaan melakukan seks songsang dan kemudian telah melepaskan wanita berkenaan selepas itu. Kejadian yang memalukan itu berlaku pada pukul 1.43 petang sehingga pukul 3.35 petang pada tanggal 8 Februari 2015 tahun lalu.
Setelah suspek puas melakukan perkara jijik berkenaan , suspek telah membuat keputusan untuk membuang sebilah pisau yang digunakan untuk mengugut mangsa telah dibuang ditempat kejadian dan terus meninggalkan mangsa terkapai-kapai. Pengesan Gurkha juga berjaya menemui bahan bukti berkenaan dan mengesahkan terdapat cap jari suspek pada sebilah pisau berkenaan.
Selepas sahaja kejadian itu berlaku, mangsa juga dalam keadaan trauma dan ketakutan telah menghubungi suaminya dengan segera (pada kejadian itu merupakan teman lelaki mangsa) yang sedang berada di sebuah cafe yang berada berdekatan di kawasan taman berkenaan. Tanpa berlengah lagi, teman lelaki mangsa juga telah mengajak mangsa ke balai polis berdekatan untuk membut laporan tentang kejadian buruk yang telah berlaku pada mangsa.
Setelah dua hari laporan dilakukan, pihak polis juga telah berjaya memberkas suspek yang pada ketika itu berada di tempat kerjanya.
Semasa kes tersebut dibicarakan, terdapat satu kejadian yang amat mengejutkan telah terbongkar. Suspek bukan sahaja merogol dan mengunakan kekerasan terhadap mangsa, malah suspek juga turut melakukan perbuatan yang tidak seharusnya dilakukan apabila selepas merogol mangsa, suspek dikatakan mengorek kemaluan mangsa dengan mengunakan jarinya untuk mengeluarkan air maninya di dalam kemaluan mangsa kerana tidak mahu wanita itu mengandung dari perbuatan kejinya itu.
Suspek juga turut memberikan duit kepada mangsa berjumlah S$50 iaitu (RM155) bagi menyuruh mangsa mendapatkan ubat-ubatan bagi mengelak dari hamil.
Kes perbicaraan itu juga telah berlangsung selama tiga hari dengan mewakili Hakim Choo Han Teck dan telah menjatuhkan hukuman penjara selama 17 tahun kepada suspek serta 24 sebatan untuk dua pertuduhan iaitu serangan seksual dengan merogol mangsa secara paksaan tanpa kerelaan mangsa dan menyerang.
Kepada wanita-wanita diluar sana, anda seharusnya selalu berwaspada dengan persekitaran di luar sana. Kita tidak dapat menjangka apa yang akan berlaku kepada kita di luar sana. Zaman sekarang sudah ramai yang telalu mengukut nafsu tanpa memikirkan kesannya. Jenayah sudah pasti berada di mana-mana. Sentiasalah berhati-hati jika berjalan sendirian.
Semasa masih kanak-kanak, rasanya ada di kalangan kita yang mempunyai ibu bapa bekerja dan telah diasuh serta dijaga oleh datuk dan nenek di kampung. Oleh kerana tidak mampu mengupah pengasuh mungkin ibu bapa terpaksa menghantar anak-anak mereka dijaga oleh orang tua. Ada pula cucu yang dijaga nenek atau datuk sehingga mereka meningkat dewasa tanpa mendapat kasih sayang ibu dan bapa. Datuk dan neneklah yang menjadi ibu bapa mereka sehingga dewasa.
Namun begitu, apabila cucu ini sudah dewasa, dan nenek atau datuk pula sudah tua dan uzur, bagaimana balasan cucu yang telah dijaga mereka semenjak kecil ini?
Seorang gadis Filipina bernama Jen Ampler telah memuat naik gambar diri sendiri bersama neneknya yang berusia 98 tahun di Facebook.
Jen telah meluahkan perasaannya yang berasa bimbang akan kesihatan neneknya di media sosial, dan tidak pula menyangka fotonya itu mendapat perhatian ramai netizen di Filipina dan menjadi tular.
Jen yang telah dibesarkan dan diasuh oleh neneknya sejak dilahirkan kini sudah dewasa serta menjadi gadis yang cantik. Neneknya pula menjadi semakin uzur dan tua dengan usianya yang menjangkau 98 tahun. Dengan usia sebegini, nenek Jen sudah tidak berdaya untuk melakukan apa-apa secara sendiri, bahkan dengan makan,minum dan mandinya perlu dibantu oleh Jen.
Kini tiba pula masa Jen untuk menjaga dan melihat kebajikan neneknya, yang pada masa dahulu telah menjaganya sejak kecil.
Jen berkata dalam nada yang sedih dan air matanya yang berlinang, “Saya tidak sanggup melihat keadaan nenek yang sudah tidak berdaya pada masa saya membantunya menyuapkan makanan dan memandikannya. Air mata saya turun dengan sendiri apabila teringat bagaimana semasa saya masih kecil, neneklah yang telah memelihara saya dan menyuapkan makanan ke mulut saya!”
Hati Jen menjadi sebak apabila mendengar neneknya berkata dia sudah tidak berdaya lagi untuk berjalan apabila Jen menyuruhnya menggerakkan badan dengan berdiri dan berjalan.
Jen memberi galakan dan semangat kepada neneknya sambil berkata, “Bangun nenek, sekejap sahaja. Nenek boleh.”
Dengan nada yang sedih Jen berkata,”Sekarang nenek sudah tua, saya wajib untuk menjaga nenek.”
Kini nenek Jen sudah tidak berdaya untuk berjalan lagi dan tidak mampu untuk menjaga dirinya sendiri juga. Oleh itu, Jen tidak malu dan segan untuk menjadi tangan dan kaki neneknya dengan memapahnya sambil berjalan perlahan-lahan, dan menjaga semua kebajikan neneknya sebaik yang mungkin.
Walaupun Jen seorang gadis yang masih muda dan cantik serta boleh sahaja menikmati zaman mudanya dan berpeleseran sesuka hatinya, namun Jen tidak mahu berbuat begitu dengan tidak mempedulikan nenek yang telah membesarkannya.
Jen menjaga neneknya dengan hati yang tulus dan ikhlas. Kasih sayang yang ditunjukkan kepada neneknya amat menyentuh hati puluhan ribu netizen di media sosial.
Apabila telah dewasa, semasa kita menjadi semakin sibuk dengan pelajaran dan pekerjaan, kita akan meninggalkan kampung halaman dan berhijrah ke bandar untuk memulakan kehidupan sendiri. Dan secara tidak langsung, kita juga semakin menjauhi orang-orang tua yang paling dekat dan akrab dengan kita pada suatu masa dahulu.
Namun, apa yang paling orang tua rindukan ialah orang yang pernah dijaga dan dibelainya semasa mereka masih tidak berdaya dan tidak berkeupayaan di waktu kecil. Kita wajib mengingati jasa orang tua yang telah menjaga kita semasa kita kecil, remaja dan meningkat dewasa sehingga menjadi insan yang sempurna.
Dengan peredaran masa, lambat laun mereka beransur menjadi tua dan semakin tidak berdaya. Dan menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga mereka dengan kemampuan kita yang tidak seberapa berbanding pengorbanan orang tua yang sangat besar semasa membesarkan kita.
Jadi bagi sesiapa yang masih memiliki orang tua seperti ibu bapa, datuk dan nenek, luangkan masa bersama mereka dan temani mereka semasa mereka masih sihat dan hidup di dunia ini.
Masih ingat lagi kisah kembar siam luar biasa yang pernah menggemparkan dunia suatu ketika dahulu? Semasa kelahiran doktor memberitahu ibu bapa mereka bahawa mereka tidak akan hidup lebih daripada beberapa jam sahaja.
Kini siapa menjangka, mereka berjaya membuat kemajuan besar dalam kehidupan sekarang di usia 27 tahun. Seluruh kehidupan mereka sejak bayi mereka berjuang untuk mengatasi banyak cabaran, melalui zaman kanak-kanak dan tahun-tahun remaja yang sukar hingga berjaya menamatkan pengajian.
Kedua-dua kembar ini mengambil keputusan untuk melangkah ke fasa seterusnya dalam hidup dengan merancang mengajar di Mound View Elementary School. Nampak sukar, namun kedua-duanya membuktikan mereka mampu bertoleransi antara satu sama lain dan bekerja bersama sebagai dua individu, tetapi dalam satu badan. Melihat kembali kisah hidup mereka, Abigail dan Brittany Hensel adalah kembar siam dengan keadaan perubatan yang disebut parapagus dicephalic. Mereka disatukan bersama dengan berkongsi satu badan. Kedua gadis ini pertama kali menarik perhatian media arus perdana pada tahun 1996 ketika mereka muncul di The Oprah Winfrey Show, dan dipaparkan di sampul majalah Life.
Selepas itu, mereka menjalani kehidupan yang tenang dengan keluarga mereka di Minnesota. Mereka tersingkir dari perhatian media, kehidupan mereka dihabiskan dengan keluarga, hubungan, dan urusan peribadi mereka sendiri. Mereka kemudian bersetuju untuk muncul dalam dokumentari untuk TLC apabila berusia 16 tahun.
Syarikat penyiaran juga memberi mereka rancangan sendiri yang dikenali sebagai “Abby dan Brittany,” yang dimulakan pada 28 Ogos 2012.
Apa yang menariknya, pada hari ulang tahun mereka yang ke-16, Abigail dan Brittany berjaya melepasi ujian memandu dengan kerja keras berpasukan.
Ibu mereka, Patty, mengakui bahawa memandu mungkin menjadi masalah bagi gadis-gadis ini. Ujarnya, “Saya tidak tahu apa yang akan berlaku jika mereka melebihi had kelajuan. Adakah mereka masing-masing dikenakan saman atau hanya Abby kerana kakinya berada pada pemecut?” Itu adalah soalan yang adil. Dengan dua tulang belakang, dua hati, dua oesophagi, dua perut, tiga buah pinggang, dua buah hempedu, empat paru-paru, satu hati, satu tulang rusuk, sistem peredaran darah yang sama, dan sistem saraf yang sebahagiannya berkongsi, kembar ini sememangnya agak luar biasa.
Walau bagaimanapun, dari pinggang ke bawah, semua organ, termasuk organ usus, pundi kencing, dan organ pembiakan, dikongsi bersama. Doktor terkejut dengan keupayaan mereka untuk menyelaras dengan satu sama lain untuk bermain piano sebagai satu, di mana Abigail akan memainkan kunci treble tangan kanan, dan Brittany kekunci bass kiri. Kembar ini juga suka mengambil bahagian dalam sukan seperti bowling, bola tampar, berbasikal, softball, dan berenang.
Hanya satu set kembar dalam setiap 40,000 dilahirkan dalam beberapa cara, tetapi hanya 1 peratus daripada mereka yang hidup melebihi satu tahun. Kedua-dua mereka ini adalah kembar yang sangat luar biasa.
Gadis-gadis Hensel adalah bentuk kembar yang paling jarang, hasil daripada satu telur yang disenyawakan tetapi gagal untuk dipisahkan dengan sempurna dalam rahim. Pada usia yang muda, mereka menjalani pembedahan untuk mengeluarkan lengan yang tidak berjaya dibentuk dari dada mereka. Mereka menjalani pembedahan seterusnya pada usia 12 tahun untuk membetulkan skoliosis (lengkungan tulang belakang), dan sekali lagi untuk meningkatkan pengembangan rongga dada untuk mengelakkan kesukaran bernafas pada masa depan.
Kembar ini mempamerkan koordinasi yang menakjubkan, masing-masing menggunakan satu tangan untuk melaksanakan tugas, termasuk bersukan dan bermain piano. Abigail dan Britney telah bersedia untuk mengajar di sekolah rendah, dengan hasrat untuk mengajar subjek Matematik. Walaupun mereka mempunyai dua lesen pengajaran, terdapat satu isu sejauh mana gaji mereka dipertimbangkan.
“Jelas sekali kami faham bahawa kami akan mendapat satu gaji kerana kami melakukan pekerjaan seorang,” kata Abby, dalam laporan BBC .
“Mungkin dengan sedikit pengalaman yang ada, kami ingin berunding mengeni hal ini, memandangkan kami mempunyai dua ijazah dan kerana kami dapat memberi dua perspektif yang berbeza atau mengajar dalam dua cara yang berbeza. Seorang boleh mengajar dan seorang lagi boleh memantau dan menjawab soalan, “kata Brittany. “Jadi dalam erti kata itu, kami boleh melakukan lebih daripada satu orang dalam satu pekerjaan,” katanya. “Mereka adalah dua kanak-kanak perempuan yang berbeza, tetapi mereka dapat bekerjasama untuk melakukan fungsi asas yang saya lakukan setiap hari,” kata Hohncke, kawan saudara perempuan mereka.
Apa yang paling menyentuh mengenai Abigail dan Brittany adalah keupayaan mereka untuk bersaing, walaupun mereka mempunyai keperibadian berbeza. Kembar ini juga jarang membantah, walaupun Abigail selalu ingin menjadi yang bertanggungjawab dan menurut ibu mereka lagi, mereka mahu “memerintah seluruh rumah.” Ketika Brittany sakit dengan radang paru-paru dan tidak dapat mengmbil ubatnya, Abigail bersikap sukarela untuk mengambilnya dengan harapan menjadikan kembarnya lebih baik.
Hanya sekali si kembar bercakap tentang pemisahan iaitu pada masa kanak-kanak ketika Abigail menjadi bosan dan gelisah selepas Brittany jatuh sakit dengan radang paru-paru dan terkurung di tempat tidur.
Brittany tidak pernah mahu dipisahkan dari kakak kembarnya, dan menangis dengan kuat apabila subjek itu dibesarkan. Abigail meyakinkannya bahawa segala-galanya baik-baik saja dan mereka tidak akan berpisah.
Walaupun mereka positif dan mengabdikan kebahagiaan antara satu sama lain, pasti akan ada cabaran untuk gadis-gadis ini berhadapan dengan kehidupan. Orang yang berkebolehan dan sempurna boleh mengambil pelajaran dan belajar daripada kedua gadis yang mengagumkan ini. Cara hidup mereka yang perlu berkongsi dan bekerjasama untuk tujuan yang sama, serta saling bertolak ansur antara satu sama lain. Ia adalah sesuatu yang benar-benar unik dan sikap mereka perlu dicontohi.
Biodata Intan Najuwa Atau Hanan Khaira dalam drama Kekasih Paksa Rela, Intan Najuwa binti Abdul Wahid atau dikenali sebagai Intan Najuwa (lahir 18 Ogos 1997) merupakan seorang pelakon Malaysia. Beliau dikenali menerusi watak lakonannya sebagai Abby dalam drama Hantu Punya Bos, sebagai Sharina dalam Khabar Dari Casablanca dan terbaru heroin drama kekasih paksa rela yang bakal bergandingan bersama Hero Remy Ishak serta Ain Edruce
Biodata Ringkas Intan Najuwa Nama Penuh: Intan Najuwa Binti Abdul Wahid Nama Pentas: Intan Najuwa Tarikh lahir: 18/08/1997 Umur: 20 Tahun (2017) Keluarga: Anak ke-2 dari 3 adik beradik Asal: Johor Bahru, Johor Kerjaya: Pelakon Agama: Islam Bangsa: Melayu Warganegara: Malaysia Drama/Filem: Hantu Punya Bos!, Khabar Dari Casablanca Warna Kegemaran: Pink Aktif Sejak: 2015 – kini Instagram: @intannajuwa Twitter: @intannajuwa Trivia Menarik Tentang Intan Najuwa Dahulunya beliau merupakan seorang penulis blogger sebelum menjadi artis. Mempunyai wajah yang cute dan comel persis Wawa Zainal Bakat lakonannya dicungkil oleh pengarah David Teo dan menjadi antara bakat baru di bawah MIG Metrowealth.
Jika anda mengenali Erica Garza, pasti anda tidak tahu apa yang beliau lalui. Ianya pasti sukar untuk mempercayai yang ibu berusia 35 tahun pernah mengalami ketagihan filem dewasa suatu ketika dahulu.
Di dalam buku beliau bertajuk “Getting Off”, Erica dengan berani berkongsi kepayahan beliau apabila mengalami ketagihan menonton filem dewasa. Ianya bermula seawal beliau berusia 12 tahun yang berakhir ketika beliau berumur 30 tahun. Menurut beliau, ianya berlaku ketika sedang membesar di Los Angeles dan perlu memakai pendakap belakang (back brace) disebabkan oleh penyakit scoliosis. Beliau juga sering dibuli pada ketika itu.
Ianya diikuti dengan percubaan untuk menonton filem yang lebih hardcore menerusi internet. Apabila beliau berumur 15 tahun, pita rakaman seks Pamela Anderson dan Tommy Lee telah keluar ke orang awam dan beliau telah menontonnya.
“Apa yang saya dapat adalah gabungan di antara perasaan malu dengan diri dan juga keseronokan dari segi seksual” Beliau mengaku.
Beliau mengaku bahawa suka dengan idea orang menganggap beliau sebagai ‘cool’ sebab dia suka filem dewasa.
“Saya berasa lega apabila seakan-akan ada suatu dinding di antara saya dengan kekasih, dan kita tidak perlu terlalu emosional ketika melakukan hubungan seks“
Namun kekasih-kekasih lama sering meninggalkan beliau. Beliau sering berasa kecewa, tidak berguna dan dipergunakan.
Dalam suatu pengalaman lain, beliau berkongsi bagaimana beliau menonton video dewasa selepas melakukan hubungan seks dengan kekasih bernama Clay.
“Kadang-kadang menonton kip video pasukan sorak mengadakan hubungan seks dengan bapa tiri di atas meja makan sambil ibunya sedang mandi di tingkat atas. Keadaan ini membuatkan dia berasa sungguh sengsara melihat bagaimana lelaki seperti Clay ini mengunakan dirinya demi seks.”
“Ketagihan saya sangat perit dan memalukan,’ beliau tambah. “Fikiran saya sangat menakutkan dan memalukan. Saya sebenarnya sakit dan memalukan. Tetapi tiada apa yang menghentikan saya dari cuba atasi ketagihan tersebut.”
Akhirnya. beliau berjaya mengatasi ketagihan, disebabkan oleh suaminya ini.
Erica mulai sedar ketagihannya adalah bukan suatu yang boleh diambil remeh dan membuatkan beliau mengambil keputusan untuk ke Bali, Indonesia. Di sana, beliau bertemu dengan seorang pereka aplikasi, yang bernama Willow Neilson.
Neilson berbincang mengenai ketagihan Erica secara terbuka dan membantu mengenalpasti punca yang menyebabkannya.
Akhirnya, beliau mula menyertai yoga dan terapi. Kini, beliau hanya menonton sekali sekala.
Dalam kenyataannya, Erica mengatakan:
“Sebagai ibu bapa yang cuba bersusah payah untuk menjaga anak, menukar lampin, dan menyusukan anak, kami menonton filem dewasa kadang-kadang apabila waktu kami bermanja.”
“Namun demikian, saya turut berasa bersalah”
“Tapi pada masa yang sama, kami berasa gembira apabila anak kami tidur lena.”
“Dalam kesibukan menggalas tugas ibu bapa ini, saya nampak masa depan di antara saya, suami dan anak-anak.”
Buku beliau yang bertajuk “Getting Off” yang menunjukkan dengan mendalam bagaimana beliau berlawan masalah ketagihan.
Maka dengan itu, mengatasi ketagihan seks ini boleh, menurut Erica, terutama apabila kamu mendapatkan bantuan dan sokongan yang diperlukan.
Apa pandangan anda tentang cerita ini? Tinggalkan pandangan anda di dalam ruangan komen?
Gambar Sekadar Hiasan “Abg saya cuma nak jadi satu satunya perempuan yang awak igt ” Kata-kata isterinya
Saat Berkenalan Saya igt lagi masa mula mula kita kenal dulu . Saya baru habiskan master , tgh usung sijil ke hulu ke hilir mintak kerja. Dan masa tu saya tgh frust dgn ex saya.. awak ada bantu saya dari saya belajar sampai saya habiskan master saya.
Saya perasan awak tk pernah merungut walau saya susah. Tak pernah tarik muka even saya bawak awk pergi makan warung warung dan kdg kdg awk yg tlg bayarkan itu ini .
Alam Perkahwinan Selama kita kahwin 3 tahun, sekalipun saya tak pernah layan awak sebagai isteri . Saya igt lagi, betapa sbrnya awak sebelum kita kwin dlu berapa banyak kali saya lukakan hati awk . Kantoi ada perempuan lain sana sini. Tapi awak still sabar.
Suami Ego Insaf Pada Hari Isteri Pergi Untuk Selamanya
Sejujurnya dlu masa kita kwin, saya kwin dgn awak sbb saya rsa kesian. Saya rsa awk mmg perempuan yg bersungguh sungguh dgn saya. Saya terluka stiap kali igt semula tntng kita. Cincin tunang dan kwin kita awk sendiri beli. Saya teringat betapa eksitednya awak kita nk kwin . Awk sibuk pilih baju, pilih hantaran yg awk suka . Tpi saya sepatah tak tunjuk minat. Saya thu awak terasa hati tpi entah mgkin sbb saya ego. Saya biarkan . Saya igt lagi 2 hari sblum kita kwin awak tanya btul ke awak pilihan saya . Saya cuma mampu seen je ws awk sbb saya tkde jawapan untuk soalan tu. Even saya acuh tak acuh, saya tk bersungguh dan tak stabil awk ttp nk berkahwin dgn saya.
3 tahun kita kawin kita msih belum ada anak. Saya nampak kadang kadang bila awk scroll ig, scroll fb kawan kawan awk yg bhgia dgn life diorang suami dan anak diorang . Awak jdi sedih . Sedih bkn sbb awk takde anak. Tapi sedih sbb saya gagal kan? Gagal jadi suami yg baik untuk awak. Saya thu awk kecewa sbb saya selalu abaikan awk, saya tk pernah tunjuk minat untuk ada anak, saya tk pernah cuba fhm awk. Maafkan saya sebab saya tipu perasaan saya sndiri masa kita kwin dlu . Saya tk cintakan awk tpi saya tk mampu undur diri .
Walaupun 3 tahun dh berlalu tapi hati saya masih belum terbuka untuk terima awk sepenuhnya . Dan saya diuji bila ex saya muncul semula dlm life saya . Lagi sekali saya abaikan . Dan tak lama lepas tu mungkin tuhan nak tunjuk pada awk betapa tak gunanya saya sbgai suami. Awk terbaca smua ws saya dgn dia. Ya saya tahu awk terluka . Dan banyak banyak hari yg saya lukakan awk . Haritu awak paling terluka . Awk tunjuk ws tu dkt saya. Air mata awk mengalir, masa tu saya btul btul tk thu nk buat apa. Saya dgr awk tersedu sedu menahan tangis dalam bilik kita. Egonya saya . Saya tk cuba pujuk awk lgsung.
Isteri Mengandung Setelah 3 TahunSaya hilangkan diri berhari hari dgn alasan outstation . Dan saya terima sms dari awk . Awk nak saya balik . Awk janji awk akan lupa apa awk baca dan awk janji yg awk akan buat takkn pernah terjadi hal ni . Sms kedua masuk , ringkas “saya dh prgnnt, abg baliklah. Saya masak makanan fav abg”
Saya balik dan cuba untuk sayangkan awk memandangkan awk pun dh mengandung. Lagi sekali saya lukakan awk. Saya tk pernah teman awk bila awk jmpa doktor, saya tk pernah bangun bila awk muntah muntah, saya pura pura tidur bila awk cramp dan saya tk pernah tanya awk mengidam atau sakit apa apa.
Entah mungkin awk tahu siapa saya dan kenal siapa saya. Awk diamkan. Tk pernah awk merungut sepanjang 9 bulan awk mengandung. Awk ttp bangun pagi masakkn saya, siapkan pakaian dan jaga makan minum saya. Saya pernah tinggikan suara pada awk sbb awk demam dan mungkin betul awk tak larat masa tu. Saya marah dan mntk awk jgn mengada ngada. Sdgkn tu kali pertama awk mgdung awk mengadu sakit dan mntk saya bawakkn awk pergi hospital. Sedangkan selama ni kalau awk demam sakit atau apa awk berselubung tahan sakit smpai tertidur . Hari baru saya sedar betapa kejamnya saya.
Saya Suami Ego Disebabkan saya ego saya tk pernah cuba cari peluang untuk adakan masa dgn awak. Alasannya sbb saya sibuk. Bila awk sms atau ws cerita itu ini . Saya seen. Last status awk update di wc “Jgn benci sesuatu perkara, kelak perkara yg kau benci akan jdi perkara paling kau rindu”
Awak Pergi SelamanyaSaya tk sangka tu moment terakhir awk. Awk hembuskan nafas terkahir pada hari ahad 3 MEI 2015 . Saya tk thu kesakitan apa yg awk tnggung masa nak lahirkan anak kita. Maafkan saya even masa awk lahirkan anak kita saya ttp takde disisi awak . Saya terfikir kesakitan dan ketakutan apa yg awk lalui masa tu sendirian . Sdgkn org lain ada suami di sisi. Maafkan saya sbb saya tk pernah tunjuk kasih sayang pada awk dan anak kita . Saya tk pernah ambil tahu psl awk dan anak kita .
Saya Jatuh Cinta Lepas Awak Pergi SelamanyaHari awk tinggalkan saya, saya mula sedar yg saya jatuh cinta pada awk dan saya mula sayangkan anak kita . Saya cuma sempat bisikkn pada awk terima kasih sbb lahirkan anak kita . Tapi saya nampak awk dh tak bergerak, dah tkde lagi wife yg senyum , pegang dan cium tgn saya . Tuhan je tahu betapa saya menyesal masa tu . Saya kucup dahi awak lama lama dan masa tu saya mula berharap agar saya dpt cium lagi awk mcm mana saya cium awk hritu . Dan skrng saya fhm rsa bila kita mencintai org yg tkkn ada utk kita.
Nota Untuk Pembaca
Jadilah suami isteri yang saling membantu, memahami, menyayangi dan paling penting bagi orang islam jaga solat. InsyaAllah segala urusan dapat dipermudahkan. Kongsi jika bermanfaat.
Macam mana boleh ada smartphone masa 400 tahun lepas?
Sehingga kini, saintis masih cuba mengkaji sebarang kemungkinan mesin masa dicipta, walaupun kita tahu ia amat mustahil.
Sebuah lukisan yang dilukis pada tahun 1937 oleh pelukis Itali, Umberto Romano, menunjukkan keadaan sekitar 400 tahun lalu, telah menimbulkan tanda tanya. Ini adalah kerana, pada lukisan tersebut, terpapar lukisan seorang lelaki sedang memegang telefon pintar.
Walaupun ia adalah keadaan sekitar 400 tahun lalu, kemunculan objek tersebut menimbulkan debat sehinggakan ada yang menganggap ia adalah bukti mesin masa benar wujud.
Namun, menurut sejarawan Amerika, Daniel Crown, menganggap objek tersebut adalah hanya cermin yang menjadi simbol kemewahan masyarakat masa itu.
Selain itu, terdapat lukisan gua yang penuh misteri…Ikuti Pesan Dari Zaman Batu yang Masih Menjadi Misteri..
Lukisan atau simbol-simbol yang terdapat di dinding-dinding gua sepertinya adalah asal-usul bahasa tertulis. Pertama kali ditemukan di Perancis dan kemudian ditemukan di berbagai belahan dunia. Kira-kira pesan apa yang bisa kita tangkap dari lukisan atau simbol-simbol ini. Seorang pengunjung melihat pada dinding-dinding Aula Besar Bulls, gua Lascaux II, Dordogne, Perancis, yang memiliki lukisan-lukisan prasejarah yang indah, sampai sekarang. Hanya baru-baru ini saja para peneliti sudah mulai melihat, setengah lingkaran aneh squiggles, garis dan zigzag yang mengelilingi mereka. Ini mungkin sebuah kunci untuk memahami bentuk-bentuk awal komunikasi manusia. Lukisan batu ini di Chobe Taman Nasional, Botswana, menggambarkan sebuah eland, gajah dan kijang atau gemsbok. Namun, simbol-simbol yang mengelilingi mereka yang mungkin memegang kunci untuk memahami komunikasi manusia awal.
Garis zigzag tidak muncul sampai 20.000 tahun yang lalu dan 13.000 tahun yang lalu telah menghilang. Bentuk mengular berbentuk sama ada dari 30.000 tahun yang lalu, tetapi juga menghilang dari sekitar 13.000 tahun yang lalu. Simbol serupa telah ditemukan di Australia, Afrika Tengah, Eropa, dan Selatan dan Amerika Utara. Tangan ini dicat di dinding gua di Rio Pinturas, Argentina. Bentuk tangan yang diciptakan dengan menekan seluruh atau sebagian dari tangan terhadap permukaan, menggunakan cat atau tanah liat.
Meskipun terlihat jelas, simbol ini sangat mengherankan dan langka, ditemukan hanya kurang dari 7 persen dari situs Perancis. Pertama kali ditemukan di Chauvet, dan tampaknya telah menyebar ke berbagai daerah hingga 13.000 tahun yang lalu sampai akhirnya tidak digunakan lagi. Simbol ini juga terdapat di Australia dan Burma. Simbol Tangan mendominasi mural di sebuah gua asli Australia, menunjukkan seberapa jauh penyebaran simbol tersebut. Terdapat juga simbol spiral di bagian atas atap. Simbol spiral ditemukan di hanya dua situs Perancis, yang mengejutkan para peneliti karena ternyata motif umum dalam budaya ini.
Meskipun langka di Perancis, fitur simbol spiral terdapat pula dalam seni batuan di seluruh dunia, termasuk China, Afrika, Eropa dan Amerika Selatan. Lukisan-lukisan ini ditemukan di gua Lascaux II. Simbol berbentuk titik seperti yang jelas terlihat tapi begitu juga yang berbentuk segi empat (di sebelah kiri jangka titik). Simbol berbentuk segi empat ditemukan di 20 persen situs dan telah dihubungkan dengan situs di Afrika Selatan, India dan Selatan dan Amerika Utara. Simbol-simbol ini ditemukan di gua-gua di Rio Pinturas, Argentina. Lingkaran terkonsentrasi di kiri bawah dianggap sebagai contoh-contoh awal dari synecdoche (menggunakan bagian dari sesuatu untuk mewakili keseluruhan), dan cara yang mewakili ide-ide simbolis daripada realistis. Lingkaran serupa di tempat lain telah digunakan untuk mewakili mata di lukisan kuda dan banteng. Titik dan garis adalah beberapa simbol yang paling sering ditemukan. Titik-titik dalam berbagai ukuran muncul di 42 persen dari situs Perancis, termasuk yang satu ini di Chauvet. Garis-garis ditemukan di lebih dari 70 persen situs dan muncul dari 30.000 tahun yang lalu sampai 10.000 tahun yang lalu.
Bagaimana dengan di indonesia?
Ternyata tidak kalah banyak juga lukisan atau simbol-simbol yang ditemukan di Indonesia. Penemuan lukisan gua di Sulawesi Selatan untuk pertama kalianya dilakukan oleh C.H.M. Heeren-Palm pada tahun 1950 di Leang PattaE. Di gua ini juga ditemukan cap-cap tangan dengan latar belakang cat merah. Barangkali ini merupakan cap tangan kiri perempuan. Ada pun cap-cap tangan tangan ini dibuat dengan cara merentangkan jari-jari tangan itu di dinding gua kemudian ditaburi dengan cat merah.
Di gua tersebut juga ditemukan lukisan seekor babi rusa yang sedang melompat dengan panah di bagian jantungnya. Barangkali lukisan semacam ini dimaksudkan sebagai suatu harapan agar mereka berhasil berburu di dalam hutan. Babi rusa tadi digambarkan dengan garis-garis horizontal bewarna merah Lukisan Anoa pada dinding Gua Sumpangbita, Pangkep, Sulawesi Selatan. Di Maluku, penemu lukisan dinding gua adalah J. Roder pada tahun 1937, walaupun mungkin masyarakat sekitar sudah mengenal sebelum Roder menemukannya. Roder menemuan lukisan gua sebanyak 100 buah di Pulau Seram, pada dinding karang di atas Sungai Tala. Lukisan yang ditemukan berupa gambar-gambar rusa, burung, manusia, perahu, lambang matahari, dan mata. Selain ditemukan di Pulau Seram, di Maluku lukisan cadas juga ditemukan di Kepulauan Kei, pada tebing batu karang dengan ketinggian 5-10 meter dari atas permukaan laut. Lukisan-lukisan yang ditemukan di Kepulauan Kei pada umumnya hanya berupa garis lurus saja, tetapi ada yang diberi warna pada bagian dalamnya, khususnya untuk gambar manusia.
Kecuali manusia dengan berbagai adegan (menari, berperang, memegang perisai, dan jongkok dengan kedua tangan terangkat), ada pula pola topeng, burung, perahu, matahari, dan bentuk geometrik.
Gaya lukisan yang ditemukan mirip dengan lukisan yang ditemukan di Pulau Seram, Papua Barat, dan Timor, bahkan lukisan di Australia bagian selatan.
Orang yang dianggap mencatat lukisan prasejarah pertama kali di Papua adalah Johannes Keyts (seorang pedagang) dalam perjalanan dari Banda ke pantai Nuw Guinea pada tahun 1678. Ia melewati sebuah tebing karang di tepi teluk Speelman yang dipenuhi oleh tengkorak, sebuah patung manusia, dan berbagai lukisan pada dinding gua tersebut dengan warna merah
Terdapat di gua dan ceruk di Sulawesi Tenggra terdapat di Mentanduro, La Kabori, Kolumbo, Toko, dan wa Bose, sedangkan ceruk-ceruknya adalah La Sabo, Tangga Ara, La Nasrofa, dan Ida Malangi. Semua peninggalan ini terdapat di sekitar kawasan perladangan Liabalano, Kampung Mabolu, Desa Bolo, Kecamatan Kotobu.
Seni cadas yang paling menarik adalah Gua Tamrin dan Gua Ham karena begitu banyak gambar di dalamnya. Gua Tamrin terletak di dekat sungai Marang, memiliki sejumlah lukisan penari bertopeng yang menutupi seluruh bagian kepalanya. Lukisan tersebut mirip dengan tarian adat yang masih berlangsung pada beberapa suku di Papua.
Sementara itu, di Gua Ham ditemukan pola cap seperti penari, tapir, rusa dan tumbuh-tumbuhan. Chazine berpendapat bahwa pola cap tangan yang di jumpai di dalam gua tersebut merupakan yang paling banyak di dunia.
Lukisan dan simbol-simbol yang terdapat di gua-gua tersebut adalah peninggalan sejarah yang sangat berharga. Sampai-sampai lukisan yang terdapat di gua Lascaux, dibuatkan replikanya sehingga yang asli tetap terjaga.