ads1

Rabu, 4 April 2018

Mak Mati² Tak Suka Isteri Aku Si Gadis Pejual Kek Batik Dan Aku Tak Sangka Mak Sanggup Buat Macam Tu. Ini Yang Berlaku Pada Isteriku.

Mak Mati² Tak Suka Isteri Aku Si Gadis Pejual Kek Batik Dan Aku Tak Sangka Mak Sanggup Buat Macam Tu. Ini Yang Berlaku Pada Isteriku.
Gambar Hiasan
Aku ketika itu berumur 24 tahun dan sedang bekerja di suatu syarikat konsultansi alam sekitar beribu pejabat di Kuala Lumpur. Aku masih bujang waktu ini dan masih belum menemui cinta hati. Tugas aku yang selalu berurusan dengan ‘Client’ menyebabkan aku selalu travel ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Sejujurnya aku tak kisah kerja seperti ini bahkan aku suka kerana aku masih belum berkeluarga dan aku sangat suka tengok tempat dan budaya masyarakat tempat lain.
Dipendekkan cerita, suatu hari aku ditugaskan untuk ‘out-station’ ke Sarawak oleh Manager aku. Kali ini aku keseorangan tidak seperti biasa yang selalu aku dapat partner untuk ke luar semenanjung.
Mungkin Abu (partner) aku ada ‘job’ di tempat lain, jadi aku tak kisah sangat nak ke sana seorang diri kerana aku sukakan cabaran. Tiga minggu aku harus ‘stay’ kat sana untuk selesaikan projek ‘Environmental Impact Assessment’ di sebuah projek perumahan baru di Kuching.
Aku tanpa berlengah book flight Air Asia dan check website untuk book hotel penginapan yang terdekat dengan tempat projek aku dan book kereta sewa. Sesampainya aku di Kuching International Aiport, aku mengambil teksi untuk ke Hotel penginapan aku di Bandar Raya Kuching. Hotel yang aku book ni hotel bajet sahaja. Tak ada bintang-bintang pun tapi agak selesa lah kerana dikelilingi dengan kedai makan, dan hiruk-pikuk bandar Kuching.
Aku teruskan kerja aku disana seperti biasa, pagi keluar ke ‘site’ dan petangnya aku pulang ke hotel untuk berehat. Malamnya pula aku akan keluar melepak seorang diri di medan selera berdekatan. Dua-tiga hari aku disana keadaan masih okay, tiada gangguan, tapi aku merasakan kesunyian sedikit melanda. Tiada teman berborak di malam hari. Ikut hati nak saja aku cari kawan baru dekat Sarawak ni. Boleh ajak melepak di mamak ke malam-malam. Tapi entah, aku tak tahu nak mulakan macam mana.haha
Tiba malam sabtu suatu hari tu aku tak kerja, jam 8.00 malam aku lepak dekat medan selera malam tu sambil layan movie dekat screen kedai tu. Aku disapa oleh seorang gadis yang mempelawa aku membeli kek batik Sarawak yang diusungnya dalam beg plastic. Awalnya aku mahu sahaja menolak kerana aku tak minat sangat makan kek. Tapi aku mendongak ke arah mukanya untuk menolak dengan cara baik. Saat itu mata aku terpana, sebab aku lihat gadis tu sangat cantik ,comel. Entah macam mana aku nak describe. Muka seakan-akan Chinese mix Melayu. Tak jadi aku menolak, terus aku tanya harga Kek Batik tersebut dan berbual-bual dengan dia.
Daripada perbualan itu, aku dapat tahu yang dia berbangsa Iban, nama Irene bukan Muslim dan berumur awal 20-an. Aku jadi ceria selepas berbual dengan wanita tersebut, aku tanpa sedar menghulurkan wang untuk membeli tiga kek batik Sarawak daripadanya. Dia kemudian beredar dari tempat duduk aku dan hilang dari pandangan. Aku melirik dari jauh. Senyuman di bibir aku belum lekang ibarat kerang busuk kata orang. Hilang rasa sunyi dalam hati aku.
Hari itu aku balik ke hotel, tak tidur lena aku mengingatkan wajah gadis tersebut. Lama aku tak rasa perasaan macam ni sejak dari zaman Universiti last aku bercinta yang tak kekal lama. Keesokan harinya pagi-pagi lagi aku bersiap sehensem yang boleh keluar ke medan selera itu untuk bersarapan sambal menunggu gadis itu datang kembali. Tapi hampa, aku tak nampak batang hidung pun. Aku pulang ke hotel kerana aku fikir dia akan menjual waktu malam sahaja. Jadi malam ni aku harus ke medan selera itu lagi.
Malam pun tiba, sangkaanku tepat, aku berjumpa dengan dia. Dia tersenyum melihat aku dan memulakan bicara:
Irene: Hai abang Daus.
Aku: Tak payah nak abang-abang la. Panggil je Daus. Eh kamu memang menjual malam-malam saja ke?
Irene: Ye abang..eh Daus.. siang saya tolong mak saya buat kek untuk tempahan.Malam je saya sempat keluar jual sikit-sikit cari duit poket. (Sambil menarik kerusi dan duduk di depan aku)
Aku: Eh awak tinggal kat mana? (Muka dah start blushing)
Irene: Saya duduk kat belakang sana. Apartment situ (Sambil menunjuk kearah belakang). Abang baru pindah sini ke? Anak isteri mana?
Aku: Saya datang sekejap saja sini ada kerja. Tinggal kat KL. Saya belum kahwin la.hahahah (Ketawa bahagia)
Selepas perbualan itu aku meminta nombor telefon Irene dengan alasan aku nak promote kek batik dia kat kawan-kawan aku kerana aku memuji kek dia sedap (Padahal belum rasa lagi). Begitulah rutin kami, hampir setiap malam kami duduk berbual di medan selera itu. Aku juga ada menghantar mesej kat Irene, tetapi jarang dia reply, mungkin kuat bekerja cari duit.
Selepas hampir tiga minggu aku di Sarawak, ya aku sudah ada kawan. Tapi aku rasa Irene ni bukan setakat kawan, aku rasa dia jodoh aku. Entah kenapa, atau aku syoq sendiri waktu tu. Hari-hari aku membayangkan kehidupan yang bahagia dengan dia.
Biasalah lelaki, mesti gatal! Hehe. Tiba hari terakhir aku kat Kuching, esok pagi aku dah nak bertolak ke Kuala Lumpur. Malam tu aku minta nak jumpa Irene kat tempat biasa:
Aku: Sampai juga kamu.. Dah lama saya tunggu ni.hehe
Irene: Sorry abang Daus, mak saya tak ada, saya kena jaga adik-adik kejap tadi.
Aku: Ayah awak taka da ka? (Dengan niat mengorek perihal keluarga)
Irene: Ayah saya dah bercerai dengan mak. Ayah masuk Islam dan kahwin dengan perempuan Melayu.
Aku: Ooo.. jadinya awak duduk dengan mak awak la ni?
Irene: Ye.. tapi kadang-kadang saya pergi juga rumah ayah saya. Sebab saya suka dengar ayah saya mengaji.. Abang Daus pandai mengaji?
Aku: Err..Boleh la juga, tapi tak tahu la sedap ke tak..nak dengar ke? hehe. Awak tak berminat dengan Islam ke?
Irene: Saya ada jugak belajar, tapi masih belum masuk. Nantilah tunggu bersedia, mungkin saya nak kahwin lelaki Islam kot. (Bagi hint la tu)
Aku: Ye ke? Saya kan ada.haha. bergurau..Esok saya dah nak balik KL.. Awak sedih tak?
Irene: Nak sedih kenapa? Balik elok-elok ye. Ada masa mesej la saya. Tapi sorry ya saya kadang-kadang sibuk buat kek. Pukul 12 call lah ye..
Belum sempat aku berkata apa-apa Irene bangun dari kerusi kemudian senyum kecil dan berlalu meninggalkan aku. Aku membalas senyuman dan berharap dia toleh kebelakang melihat aku buat kali terakhir. Dalam hati aku, aku ‘bet’ sendirian, kalau dia berpaling, maka dia jodoh aku. Tak sampai 5 saat, Irene berpaling dan melihat aku. Aku melambai-lambai tangan kegirangan. Yes, aku dah dapat jawapan!
Keeseokannya aku pulang ke Kuala Lumpur dengan hati yang berduka. Nak saja aku kelentong boss cakap kerja belum siap. Tapi apakan daya. Aku ada tugas lain di ofis dengan ‘deadline’ yang dah makin hampir. Tapi aku ingat pesan Irene yang pukul 12 aku boleh call dia.
Tiap-tiap malam aku tak akan putus untuk berborak dengan Irene melalui telefon hingga ke lewat pagi sampai mata aku eyebag besar lintah gunung tak cukup tidur ke ofis. Dipendekkan cerita, Irene pun meluahkan perasaan rindu dan cintanya pada aku melalui telefon. Itulah perempuan, depan mata taknak cakap! At least bagi lah hint ke apa.haha
Dipendekkan cerita aku berniat untuk memperisterikan Irene setelah lebih kurang setahun aku mengenalinya . Dan aku menceritakan segala perihal Irene dan niat aku kat mak aku. Untuk pengetahuan korang mak aku ni jenis yang garang, dan selalu kami anak beranak nak kena ikut cakap dia.
Jadinya, mak aku marah aku dan menolak menempis niat aku dengan alasan, Irene bukan Islam, dan dia bukan Melayu dan orang Sarawak tak boleh percaya. Hari itu perasaan aku sangat marah kerana Mak aku bersikap racist dan tak open minded. Taknak kah dia menambah umat Nabi Muhammad?
Mak aku nekad untuk tidak membenarkan perkahwinan aku dengan dia. Tapi ayah aku ok saja. Ada juga ayah aku menegur sikap mak aku.Tapi dia tidak mempedulikannya kerana prinsip dia ‘No is No!’.
Aku pun nekad hendak memberontak walaupun aku tahu berdosa melawan cakap ibu bapa. Tapi niat aku baik, aku nak membina masjid dan aku cintakan Irene. Kebetulan pula ketika itu Boss aku arahkan aku ke Sarawak lagi untuk menyelesaikan projek-projek lain yang belum siap. Aku dengan gembiranya menerima tugasan tersebut.
Sebelum aku ke sana, aku dah cakap kat Irene siap-siap. Aku tipu dia cakap yang mak aku setuju, tapi dia tak boleh datang Sarawak kerana tak sihat. Jadi aku minta Irene belajar mengucap dua kalimah Syahadah, dan memberitahu orang tuanya yang kami akan berkahwin tapi secara ‘simple-simple’ sahaja dan majlisnya kemudian hari. Aku nekad. Aku membeli cincin untuk prepare sebagai mas kahwin sebelum aku berangkat ke sana.
Tibanya di airport Kuching, alangkah terkejutnya aku bila aku ternampak kelibat orang yang aku kenal. Berpakaian cantik, ayu bertudung, tak selekeh seperti selalu. Ya ini Irene! Dia tersenyum dan melambai-lambai kepada aku. Aku bergegas ke arahnya. Senyuman terukir dibibir aku, terasa seperti mahu memeluk dia yang berada didepan mata aku ini kerana selalu hanya dapat mendengar suara melalui telefon. Dia menghulur tangan untuk bersalam.
Aku: Tak boleh Irene…haram.hehe
Irene: Oh ya lupa.maaf abang. Rindunya (Sambil menatap wajah aku)
Aku: Saya pun rindu awak juga. (Blushing)
Kami duduk di sebuah kerusi didalam airport sambil berbual-bual melepaskan rindu..:
Aku: Cantik awak bertudung harini? Bila start pakai?
Irene: Baru cuba pakai ni. Ayah yang belikan. Abang saya nak cakap sesuatu la. Tapi jangan marah ok.
Aku: Apa yang awak nak cakap?
Irene: Mak saya tak suka la saya kahwin lelaki Islam.. Tapi ayah saya ok. Dia setuju sangat. Saya dah cerita semua pasal awal kat ayah saya. Ayah saya suka awak. Dia suruh datang jumpa dia.
Aku: Hmm dah mak awak tak suka saya, nak buat macam mana. Saya nekad nak memperisterikan awak. Nanti kita jumpa ayah awak ok. Lagi satu saya pun nak minta maaf, sebenarnya mak saya pun tak setuju saya nak kahwin ni. Maaf saya tipu
Irene: Takapala saya faham. Siapalah saya. Saya bukan Islam
Aku: Bukan macam tu..hmmm..tak ada apalah.. Ni tengok ni (Aku hulurkan cincin yang aku beli)
Aku lihat senyuman di bibirnya terukir, matanya menitiskan air yang jernih. Mungkin tidak dapat menahan rasa seronok dan bahagia. Keesokan harinya aku dan Irene pergi melawat ayahnya yang tinggal tidak jauh dari Kuching. Kami menerangkan niat kami kepada ayahnya dan ayahnya tanpa membantah setuju. Selepas itu aku bercadang untuk berjumpa dengan ibu Irene pula. Tiba di rumah ibu Irene, aku tidak dilayan oleh ibunya yang sibuk membakar kek. Irene memberi isyarat untuk aku pulang sahaja ke Hotel.
Keesokan harinya Irene mahu berjumpa aku, aku nampak matanya lebam seperti ditumbuk. Selepas disoal berkali-kali baru dia bercerita yang mak dia menumbuk mukanya dan menghalau dia keluar selepas dia berkali-kali memujuk mak dia untuk membenarkan dia berkahwin dengan aku. Aku jadi marah mendengar ceritanya dan ambik keputusan untuk berkahwin secepat yang mungkin. Kemudian aku menghantar Irene ke rumah ayahnya untuk dia tinggal disana.
Beberapa hari selepas itu, mujur ayahnya ada kenalan di Pejabat Agama, mungkin kerana kerap kali kesana sepanjang proses menukar agama, ayahnya menguruskan untuk Irene memeluk Islam. Alhamdulillah Irene kini sah beragama Allah. Sebelum tu dia tak ada agama. So minta semua pembaca jangan marah ya. Irene bukan convert. Dia memilih Islam. Sejurus selepas tu juga ayahnya sudah menguruskan urusan pernikahan kami dihadapan seorang kadhi di pejabat agama. Sebelum menikah aku menelefon mak dan ayah aku untuk memberitahu mereka. Ayahku sangat menyokong anaknya berkahwin manakala mak aku diam tanpa bicara. Aku redha.
Hari itu merupakan hari yang paling bahagia dalam hidupku. Sempat juga kami ber’honeymoon’ di hotel bajet yang aku sewa atas urusan kerja aku itu. Jangan risau aku dah inform boss aku. Walaupun diperli oleh boss dan rakan kerja, tapi akhirnya boss memberi aku masa bercuti seminggu lagi tambahan untuk aku honeymoon di Sarawak. Semuanya ditanggung Syarikat. Alhamdulilah. Allah murahkan rezki boss.hehe
Setelah selesai semua urusan kerja. Irene ikut aku pulang ke Kuala Lumpur. Di sana, memang aku dah ada sewa rumah apartment sendirian dan tinggal lah kami disana berdua memulakan hidup baru. Irene seorang Muallaf, dan akulah orang yang mengajarnya bersolat, baca Al-Quran walaupun tergagap-gagap. Tapi keletahnya buat aku rasa bahagia walaupun seperti mengajar kanak-kanak baca Iqra.haha.
Kehidupannya dengan aku sangat bahagia kerana aku curahkan segala kasih sayang aku kepadanya. Di Sarawak dulu kehidupan dia serba sederhana, sekolah pun smpai tingkatan tiga sahaja. Ya dia tidak pandai seperti isteri orang lain yang ada Master, Degree, tapi dia isteri yang taat dan pandai dalam membuat kerja rumah. Kasih sayang seorang lelaki pun dia tidak dapat kerana penceraian ayah dan maknya sejak dia kecil. Aku berjanji untuk menjaga dan membimbing dia sampai ke akhir hayat aku.
Dia juga tidak bekerja, jadi aku hadiahkan dia sebuah Oven baru sebagai hantaran perkahwinan kami kataku kepadanya. Dia terima dengan hati yang sangat gembira. Dia menjual Kek Batiknya ke jiran-jiran kami dan kadang-kadang aku menjualnya di pasar tani dengannya setiap hujung minggu. Alhamdulillah hasilnya mampu menampung kewangan kami.
Setelah dua-tiga bulan berkahwin, sekali pun mak aku tak pernah bertanyakan khabar aku. Panggilan juga tidak dijawab. Namun pada suatu hari sabtu, mak aku bertelefon aku dan bertanya khabar. Katanya mahu datang melawat aku dengan isteri di rumah aku. Katanya mahu datang bersama Mak Long aku. Aku dah tak sedap hati. Sebabnya aku tak suka Mak Long aku yang kuat ilmu mistiknya itu datang ke rumah aku.
Ketika itu aku dan Irene sedang berniaga di Pasar Tani berdekatan rumah kami. Aku bagitahu Irene yang mak nak datang tengok menantu dia. Tersengih dia masa tu, happy gamaknya bila nak jumpa mertua buat pertama kali. Terus Irene mengemas segala barang jualan kami dan tergesa-gesa mengajakku pulang kerana dia mahu memasak dan bersiap untuk mak mertuanya itu.
Jam 3.00 petang hari tu, mak aku dan maklong aku sampai dan menekan loceng rumah. Aku bangun dari sofa bergegas membuka pintu. Aku salam tangan mak aku dan peluk mak aku seraya meminta maaf kepadanya atas segala salah silap aku. Irene pun datang salam mak aku, tetapi mak aku taknak peluk dia dengan memberi alasan yang dia tak sihat takut berjangkit. Isteri aku tersipu-sipu malu kerana pelawaannya untuk memeluk mak aku ditolak dan mungkin sebab baru pertama kali berjumpa mak mertuanya.
Namun pada masa sama aku lihat mulut Maklong terkumat-kamit membacakan sesuatu. Mak aku duduk disofa sambil bersembang dengan aku dan berkias-kias marahkan aku kerana kahwin tanpa restunya. Aku selamba sahaja buat tak tahu sambil tukar topik pasal benda lain. Namun mak long, aku lihat dia mundar mandir dalam rumah aku, sekejap tengok ke bilik air, sekejap masuk dalam bilik. Aku dah tak sedap hati. Nak saja aku terajang dia, tapi nak buat macam mana kena hormat orang tua.
Mak Long: Besar juga ye apartment kau ni Daus eh..
Aku: Boleh la 1200 sqf mak long. Ingat macam teringin jugak nak beli lepas ni. Mak long kemana tu? Meh la duduk sembang sini.
Mak Long: Alaaa..ko nak beli apartment je Daus? Anak Mak Long semua beli landed. Naqib (anak maklong) sorang je beli condo. Mak Long tak suka sangat rumah takde tanah ni…
Mak: Hmm tulaa Daus ni.. Aku dah cakap kat dia aku tak suka duduk rumah sarang burung ni..aku gayat.. Tapi dia mana nak dengar cakap aku. Kahwin pun tak dengar cakap aku..
Aku: Bukan taknak beli rumah landed mak.. Kat KL ni semua mahal. Mana Daus mampu..
Mak: Sebab tu lah mak nak kau kahwin dengan anak orang senang..
Aku: Mak..dahdahla.. kenapa nak kena bercakap macam ni. Kang terasa Irene.
Mak: Huh..biarlah dia nak terasa…aku terasa kau tak peduli kan?
Setelah selesai menghidang mee kolok masakan Irene. Irene menjemput mak aku dan maklong untuk makan. Tapi mak aku memberi alasan yang dia berpuasa. MakLong pun berpuasa hari tu katanya. Aku tahu diorang tipu. Tak semena-mena mak aku mengajak Mak Long aku balik tanpa menjamah masakan Irene. Irene kelihatan suram dan sugul. Aku senyum kepadanya dan memberi isyarat tangan ‘Rilek’…
Setelah mak aku pulang, Irene berlari menuju ke bilik dan menangis dia teresak-esak di penjuru katil. Dia dengar segala perli memerli mak aku dan maklong aku terhadap dia ketika dia di dapur tadi. Aku memujuknya dengan membawanya ke IOI City mall haritu. Fuhh lega.. Perempuan dengan shopping tak dapat dipisahkan, tak kisahlah berbangsa apa, agama apa, ataupun keturunan apa. hahah.
Namun keesokan harinya, hari Ahad. Kami hanya duduk dirumah menghabiskan masa bersama-sama. Time tu badan Irene panas dan sering keluar masuk tandas, muntah. Mesti korang boleh syak kan apa yang berlaku. Setelah beli pregnancy test di 7Eleven, Alhamdulillah keluar dua line. Alangkah bahagianya hidup aku waktu itu tahu yang aku bakal menjadi seorang bapa.
Kehidupan kami selepas itu berlalu seperti biasa. Aku sibuk dengan kerja aku, Irene sibuk dengan bisnes dia yang dah semakin maju. Sampai sudah mampu beli Perodua Viva sendiri untuk menghantar kek dia ke customer. Maju juga kau ye wahai isteri. Masuk sahaja kandungan berusia 6 bulan, Irene sudah nampak baby bump dia. Dan dia juga sering mengadu kat aku yang dia mimpi bukan bukan.
Setelah aku berkali-kali tanya dia mimpi apa. Dia tidak mahu menceritakan kepada aku tapi akhirnya tewas juga. Dia mimpi ada orang belah perutnya dan mengambil anak kami. Pada awalnya Irene tak mahu endahkan mimpi tersebut, tetapi mimpi tersebut makin kerap mengganggu tidur malamnya. Aku menjadi semakin runsing dan aku tak tinggalkan bacaan Al-Quran setiap hari di rumah.
Pada suatu hari, Irene ada bleeding. Jadi aku membawanya ke hospital dan doctor menasihatkan dia untuk tidak bekerja berat dan kuat. Jadi dia terpaksa untuk menghentikan perniagaan keknya sementara. Sejak dari pendarahan itu, aku lihat dia makin lemah dan cengkung. Tubuhnya yang sebelum ini agak chubby kerana preggy semakin kurus. Dan aku juga perasan yang isteri aku kerap terjaga tengah malam dan menangis.
Selepas ditanya banyak kali, baru dia bercerita yang dia selalu mimpi mak long aku mengugut mahu membunuh bayi dalam kandungannya. Pada awalnya aku hanya nasihat yang mimpi ni mainan syaitan. Jangan percaya. Tetapi melihat keadaan isteri aku yang tak terurus dan sering demam bila tibanya malam, aku menjadi sedikit ‘protective mode’.
Minggu tu aku mengambil keputusan untuk cuti satu minggu bagi menemani isteri aku yang tak sihat di rumah. Aku juga nekad untuk membawa isteri aku berjumpa Ustaz untuk ‘scan’ apa yang tak kena dengan isteri aku.
Sedang aku bertolak untuk ke Bangi untuk berjumpa dengan Ustaz yang aku sudah buat appointment jam 3 petang, dengan tiba-tiba tayar meletup ditengah jalan. Nasib baik aku mampu mengawal keadaan dan menghentikan kereta dibahu jalan. Aku sudah tahu, confirm ada yang tak suka aku nak bawak isteri aku berubat.
Aku call ustaz, nama dia Ustaz Norman (Semoga Allah merahmatimu) aku cerita apa yang jadi. Dia cakap dia sudah tahu. Dia petuakan aku membaca Al-Fatihah, 3 Qul, Ayatul Kursi, Serta memainkan CD Al-Quran di radio dan sentiasa berzikir ‘Allahu’ sepanjang masa sebelum keluar dari kereta untuk tukar tayar spare.
Aku buat semua yang dipesannya. Alhamdulillah, tiada apa yang berlaku lagi, aku segera menukar tayar kereta sambil diperhatikan isteri aku yang sedang sarat mengandung dari dalam kereta. Sesekali aku jeling kat dia sambil mengenyit-ngeyit mata. Dia membalas dengan senyuman dan ketawa kecil. Kasihan aku tengok keadaan dia yang lemah waktu itu.
Sesampainya dirumah Ustaz di Bangi, dengan tiada sebarang amaran, tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya, guruh berdentum kuat dengan kilat menyambar pokok berhampiran kereta aku. Irene yang ketakutan terus memegang erat lenganku. Keadaan hujan lebat ini seakan tidak membenarkan kami masuk kedalam rumah Ustaz tersebut. Tetapi syukur selang beberapa minit, kereta yang diparking di dalam porch rumah ustaz keluar dari porch, dan aku ternampak Ustaz Norman melambai-lambai suruh aku masuk parking kereta didalam porch rumahnya.
Kami berdua masuk ke dalam rumahnya dan menunggu di sofa untuk sesi rawatan. Ustaz menyiapkan segala barangan untuk sesi rawatan. Selepas itu Irene dan aku diminta untuk ke ruang tamu kedua rumah ustaz. Di situ ada isterinya juga yang membantu untuk proses perubatan ni.
Ustaz: Suruh isteri kamu duduk di atas sejadah ni ye. Kaki menjulur ke depan. Lepas tu balut isteri kamu dengan kain sejadah yang dilipat ditepi tu.
Aku: OK ustaz.
Ustaz kemudian memakai serban dia dan duduk bersila di sebelah isteri aku. Ustaz kemudian membaca beberapa surah dan doa kemudian dia angkat tangannya dan menghala ke arah Irene seperti mahu scan badan Irene.
Ustaz: Ada benda ni kat isteri awak. Dia dah bersarang
Aku: Benda apa Ustaz? Dari mana dia datang? Boleh tolong buang tak ustaz?
Ustaz: Ada orang hantar sihir ni. Orang ni berdengki, marah kat isteri kamu. Dia nak isteri kamu mati.
Aku: Astaghfirullahalazim…Siapa Ustaz??!!Kenapa dia buat macam tu? Ya ALLAH..
Ustaz: Siapa tu tak penting.. Ustaz cuba berubat dulu ye isteri awak.
Terngiang-ngiang kat kepala aku siapa yang sanggup buat kat isteri aku macam tu. Dia bukan selalu keluar rumah. Berkawan pun tak ramai. Semua aku kenal. Senang cakap tak ada musuh lah.
Selepas ustaz membaca-baca surah-surah Al-Quran dia arahkan Isteri aku untuk kebilik tamu dengan diiringi isteri ustaz dan aku. Ustaz stay baca-baca diruang tamu. Irene disuruh tanggalkan bajunya. Isteri Ustaz mengetuk-ngetuk belakang Irene dengan daun bidara. Terkejut aku dan Irene bila nampak serbuk kaca, miang buluh penuh atas kain putih di depan Irene yang keluar dari tubuhnya. Selepas itu isteri ustaz menyuruh Irene minum air penawar untuk membuang bisa sihir.
Setelah itu, kami dibekalkan dengan air penawar dari ustaz dan juga garam kasar. Ustaz menyuruh aku menabur garam kasar di setiap penjuru rumah dan pintu rumah. Kalau ada masa dia akan melawat rumah kami kerana dia kata ada benda yang dia kena buang dalam rumah kami barulah semua gangguan hilang. Tetapi yang ada dalam badan Irene sudah hilang.
Ustaz berkata yang dia hanya membantu, yang menyembuh tetap Allah dan dia juga mengingatkan kami untuk tidak meninggalkan solat fardhu dan kalau boleh rajinkan bertahajjud dan mengaji. Irene rasa badannya ringan dan tidak sakit-sakit lagi selepas berubat dengan Ustaz tersebut.
Setelah berubat barulah Irene bercerita kepadaku yang sepanjang masa aku tidak ada dirumah, sama ada outstation atau kerja, dia sering diganggu oleh jin dan syaitan. Dia sering ternampak makhluk hitam berbulu dan besar dudul berlegar-legar diruang tamu ketika dia sibuk di dapur. Ada juga dia terlihat kelibat mak long terapung-rapung di luar tingkap rumah kemudian merenung dia tajam dan menghilang.
Dia berasa tertekan kerana sering diganggu siang dan malam, cumanya dia tidak mahu menceritakan kepadaku perkara ini kerana takut dia aku tuduh dia nak melaga-lagakan aku dengan mak dan maklong aku. Ada suatu masa tu akibat sering diganggu, dia sudah tidak berani untuk duduk dalam rumah.
Sengaja dia tunggu didalam kereta sampai aku balik dari kerja. Dan ada kalanya dia mendengar bisikan halus agar dia terjun sahaja dari rumah ini supaya hilang semua masalah gangguan dan sakit yang dia alami ini. Namun dia teringat pesan aku kat dia, “Orang yang bunuh diri tak masuk syurga sayang”. Akibat terngiang-ngiang nasihat dan kata-kata aku ini, dia banyak menyebut nama Allah. Dan membatalkan niat bodohnya itu.
Sejak mendengar cerita Irene, hatiku berasa luluh dan perit. Baru aku teringat yang Mak Long dan mak ada datang ke rumah kami dulu. Dan selepas kehadiran diorang, Irene diganggu macam-macam namun yang peliknya aku sekali pun tidak diganggu. Jelas sihir ini ditujukan hanya untuk isteriku.
Ya Allah sedihnya bila terfikir sanggup mak sendiri ingin merentap kebahagiaan anaknya. Tapi aku tak salahkan mak aku totally, sebab aku tahu siapa Mak Long. Aku tahu mak long memang dengki dengan anak-anak mak aku dan mak aku sendiri. Sebab itu dia menghasut mak aku agar menyihir isteri aku dengan bantuannya agar kehidupan keluarga kami porak-peranda.
Lantas aku mencapai telefon dan menelefon Mak aku:
Aku: Assalamualaikum mak… Sihat ke?
Mak: Haa Daus. Waalaikumsalam. Sihat. Ada apa ni?
Aku: Mak, Daus dah jumpa Ustaz.. hmmm..sampai hati mak dengan mak Long.
Mak: sampai hati apa? Kau kenapa ni Daus?
Aku: Mak… ustaz dah bagitahu Daus.. (Aku tipu,padahal ustaz tak bagitau siapa yang buat).
Mak: Dah tau lah ni ye? Padan muka. Aku kalau aku tak suka, aku tak suka! Aku nak dia mati! Tutt..tut..tut..
Panggilan aku dimatikan. Aku taktahu nak bagi reaksi macam mana. Mak aku sendiri mengaku dia sihirkan isteri aku, menantu dia. Mak aku dah termakan hasutan syaitan jin dan syaitan manusia (Mak Long). Aku sedih. Aku meraung sekuat-kuatnya. Air mata menitis tanpa aku sedari. Dengan tidak semena-mena, tangan aku direntap lembut oleh Irene yang sudah siap bertelekung, mengajak aku untuk bersolat Jemaah.
Aku pandang wajahnya yang pucat itu, aku meraung lagi, menangis mengenangkan nasib yang terpaksa ditanggung oleh isteri aku. Berkali-kali aku meminta maaf daripadanya kerana perlakuan orang tua ku. Kepala aku diusap lembut sedang aku meletakkan kepala di ribanya yang sarat mengandung.
Sejak dari hari itu aku sudah tidak menghubungi mak aku. Hanya ayahku sering aku jumpa di kedai makan dan mesej setiap hari. Aku tahu aku berdosa. Tetapi mengenangkan apa yang dibuatnya kepadaku. Aku lebih rela menjauhkan diri dari aku berasa benci kepada mak sendiri.
Masa sedang 9 bulan mengandung, Irene berasa terlalu rindukan mak dan ayahnya di Sarawak. Dia meminta kebenaran untuk bersalin dan berpantang di Sarawak. Aku bukan tak setuju. Cuma ketika itu dia sudah tidak boleh menaiki penerbangan kerana usia kandungan sudah 9 bulan ditambah keadaan kesihatannya yang sudah teruk. Irene hanya mampu terseyum lemah dan menangis perlahan.
Melihat mukanya yang pucat, aku rasa sangat sedih dengan keadaan itu dan berjanji dengan dia untuk bawa dia pulang ke Sarawak selepas dia bersalin nanti.
Selang beberapa hari, Irene dimasukkan ke ward Hospital kerana air ketuban sudah bocor dan dia ada bleeding yang banyak kat rumah. Aku jadi tak tentu arah memikirkan keadaan isteri aku. Dua minggu juga dia dimasukkan ke ward.
Dan dua minggu juga aku ulang alik dari tempat kerja ke hospital. Tak sempat untuk rehat di rumah. Balik di rumah pun sebelum subuh untuk mandi dan pakai baju kerja. Aku lebih rela stay di hospital kerana risaukan keadaan isteri aku yang sakit.
Ketika di hospital:
Irene: Bang, bukaan tak ada lagilah. Saya risau harini baby kurang bergerak.
Aku: Hello baby..letih kee (membisikkan di perut isteriku)
Irene: Bang, boleh tak bagitau doctor baby tak bergerak, saya tak sedap hati lah bang.
Aku: OK. Jap abang pergi jumpa nurse.
Setelah aku explain kat nurse, nurse pun memanggil doctor check isteri aku. Aku diminta keluar dari kubikel katil isteri aku untuk doctor check Irene. Usai memeriksa, doctor datang kearahku.
Doktor: Bayi awak lemah. Kena operate ASAP. Sebab tak ada bukaan langsung. Tapi 50-50 sebab isteri awak baru lepas pendarahan yang banyak. Hope you can understand
Ya Allah. Apa lagi dugaan yang aku dapat ni. Namun aku hanya berserah 100% kepada Allah. Aku menahan air mata dari keluar, aku masuk jumpa Irene.
Aku: Sayang..doktor nak kena operate..baby dah lemah..
Irene: Tahu abang, nurse dah bagitau. Nasib baik naluri Irene kuat kan abang..
Aku: Itulah. Kita serah semuanya kat Allah ye sayang
Irene: Ye abang. InsyaAllah tak da apa-apa Irene pecaya anak kita ni kuat macam mamanya.hehe
Aku hanya mampu tersenyum melihat wajah isteri aku yang pucat ketika itu. Di dalam fikiran aku risaukannya dan terngiang perkataan ’50-50’ yang doctor sebut tadi. Tiba-tiba telefon bimbit berbunyi.
Ustaz Norman: Assalamualaikum Daus, kamu kat mana?? (Ustaz agak cemas)
Aku: Waalaikumsalam Ustaz, ada di hospital, ada apa ustaz?
Ustaz Norman: Tak ada apa.. Isteri kamu macam mana??
Aku: Isteri saya nak kena operate dua jam lagi ustaz..bayinya dah lemah
Ustaz Norman: Astagfirullahhalazim.. Daus aku ada mimpi.. ada orang buat lagi isteri kau agar tak buka jalannya daus.. Aku dah cuba halang dari jauh daus. Tapi orang tu still menyerang lagi.. Kamu buka loudspeaker.. Letak handphone berdekatan isteri kau.
Aku: Ya Allah.. baik ustaz
Setelah Ustaz Norman membaca-baca ayat Al-Quran aku lihat cermin tingkap belakang katil isteri aku bergoyang-goyang dan seperti dilanggar sesuatu. Habis sahaja ustaz membaca doa, ustaz arahkan aku membaza beberapa potong ayat dari Surah Al-Baqarah, Tiga Qul, Ayatul Kursi serta beberapa ayat lain yang aku sudah lupa dan tiupkan di ubun-ubun kepala isteri aku.
Aku catat segala ayat yang aku kena baca tu, kemudian aku keluarkan Al-Quran dan baca kemudian aku tiupkan ke ubun-ubun isteri aku. Selepas saja aku buat macam tu. Terus bergolek-golek baby dalam perut Irene. Seperti terlepas dari ikatan. Terus happy dibuatnya Irene bermain-main dengan baby kami. Alhamdulillah.
Dua jam selepas itu, nurse datang untuk menyiapkan Irene sebelum dibedah. Dia ditolak masuk ke wad bedah. Aku hanya dibenarkan menunggu diluar pintu bilik. Dengan perasaan resah bercampur marah dek kerana memikirkan si syaitan manusia itu mahu menyakiti isteri ku lagi. Aku menelefon Ustaz Norman kembali.
Aku: Assalamualaikum Ustaz..boleh cakap sebentar?
Ustaz: Waalaikumsalam. Boleh daus. Kau dah buat ke apa yang aku suruh tadi?
Aku: Dah ustaz. Dah ok. Anak terus bergerak-gerak.Alhamdulillah. Tapi nak tanya, orang yang sama ke hantar Ustaz?
Ustaz: Alhamdulillah. Ye orang yang sama Daus. Tapi jangan risau ustaz dah halang dari jauh..
Aku: Ustaz, tak boleh ke hantar balik benda tu kat dia? Bagi dia kena balik apa yang dia hantar kat orang? (Tanyaku yang dikuasai perasaan marah).
Ustaz: Astaghfirullahalazim Daus.. Tak eloklah macam tu. Kamu berdoa lah agar orang yang buat ni insaf dan doalah agar Allah melindungi kamu dan keluarga kamu. Tak elok jahat dibalas jahat.
Aku: Hmmm.. minta maaf ustaz..Mungkin saya dikuasai Syaitan tadi.haha
Ustaz: Kalau ada apa-apa kamu call sahaja Ustaz ye. Assalamualaikum
Setelah beberapa lama aku menunggu di luar bilik bedah, aku dah inform ayah Irene yang Irene nak bersalin dan bagitahu ayah aku juga. Mak aku ada menelefon aku, tapi aku tak angkat sebab aku takut dia datang ke sini, macam-macam pula jadi nanti. Selang beberapa minit aku lihat beberapa orang nurse keluar dari bilik bedah dan seorang nurse datang kepadaku mengucapkan tahniah kepadaku kerana dapat baby girl.
Tapi anak aku belum boleh aku lawat sebab ada sedikit masalah pernafasan dan diletakkan di incubator (kalau tak silap la apa nama benda tu) untuk diberi bantuan pernafasan. Nurse tu kemudian mengarahkan aku masuk melawat isteri aku. Aku lihat nurse tu bercakap macam nak tak nak je dengan aku. Sombong kot. Tak apa aku biarkan…
Perasaan aku ketika itu Ya Allah syukurnya anak aku selamat dilahirkan. Aku tak sempat pun fikirkan keadaan isteri aku. Sedang aku menapak ke arah bilik bedah itu dan pakai baju ala-ala doctor dan mask tu, seorang doctor lelaki menarik aku ke tepi.
Doktor: Encik ni suami Puan Irene ke?
Aku: Ya saya.Kenapa doctor?
Doktor: Hmmm.. macam mana nak cakap eh.. Isteri awak bleeding banyak.. kita dah cuba stop bleeding dia semua. Tapi encik ingatlah ye. Ajal dan maut di tangan Allah. Saya harap Encik bersabar dan redha dengan ketentuan Ilahi.
Aku:….. A..a..a..Allah….
Terduduk aku dekat depan doctor tu. Doctor tu cuba papah aku. Dunia aku kelam masa itu. Aku mula faham apa maksud doctor tu. Aku jeling ke arah isteri aku yang paling aku cintai, lemah, senyap, ditutup dengan selimut. Aku tak pernah rasa macam tu. Seperti jantung aku direntap dengan kuat selaju-lajunya..
Aku tak bersuara, hanya air mata ,menitik-nitik turun membasahi pipi.
Aku melangkah perlahan-lahan kearah isteri aku..Aku rasa macam isteri aku hidup lagi. Ini semua lakonan..Semua teori gila aku keluar dalam fikiran aku menidakkan pemergian insan tercinta yang hilang sekelip mata dalam hidup aku. Baru tadi aku bersembang dengan dia.. Aku tak mampu membuka selimut yang menyelubungi isteri aku, Irene. Sebab dalam hati aku, masih kuat mengatakan isteri aku masih hidup dan dibawah selimut ni orang lain.
Tapi hampa, dugaan Allah yang Maha Besar ini aku rasa sangat kuat untuk hamba sekerdil aku ini. Separuh nyawaku pergi. Terbit kembali segala memori-memori aku dengan Irene. Pertama kali aku berjumpa dengan dia di medan selera, memori kami berhujan di pasar tani, memori kami shopping baju anak kami yang masih dalam perut. Sedih.. pedih.. namun aku lalui dengan penuh rasa redha.
Aku tahu Allah lebih sayangkan Irene.. Tiga tahun lebih usia perkenalan kami, dan dua tahun lebih usia perkahwinan kami. Tetapi ianya tidak tamat disini. Tunggu abang disyurga sayang.. Abang tahu sayang syahid, dan dijemput Allah dalam keadaan mulia. Dalam nikmat iman dan hidayah dariNya.
Jangan risau, abang akan jaga anak kita dengan elok semampu yang abang boleh lakukan. Tidak sekali abang akan duakan cinta abang kepada sayang kerana ‘KASIH KEPADAMU TAK BERBELAH BAGI’.
———————————————————————————————————————————–
Tamatlah kisah yang diceritakan Daus kepada aku dalam Whatsapp. Memang panjang lebar dia tulis, Cuma aku sampaikan dan susun cerita agar mudah difahami semua. Aku Danial, tak menokok tambah langsung cerita yang dia cerita kat aku. Dan aku mendapat kebenarannya untuk share kisahnya ini. Tak kisahla dimana dia kata. Untuk pengajaran..Sedihnya tuhan sahaja yang tahu. Ya Allah.
Aku dengar sekarang Daus dah berpindah dari KL dengan anaknya yang baru berusia tiga bulan (saat aku menulis cerita ini). Aku dengar dia pindah ke Sarawak, jauh dari Mak, jauh dari Mak Long nya. Dia juga dibantu oleh ayah Irene untuk menjaga anaknya.Dia juga ingin memulakan perniagaan sendiri disana..
Good luck aku ucapkan kat kau bro. Aku tau kau tabah. Sedih aku baca ayat last whatsapp kau kat aku.
“Dan, aku tak kuat Dan, aku nampak ja kuat.haha. Aku kesian kat anak aku, tak sempat jumpa mak dia”
“ Dan, aku nak namakan anak aku sempena nama isteri aku la, Nur Irene Dalishah”
“Sebab muka dia macam muka arwah, YA ALLAH RINDUNYAA… doakan aku Dan..my bro”
Sumber : Danial via Infopanas
Sesungguhya Allah lebih berkuasa dari sekalian makhluk
Sentiasalah berdoa agar keluarga kita terlindung dari ancaman sesama makhluk.
Ingatlah, cintai isteri anda, kerana dia adalah penemanmu di dunia, dan diakhirat. Wallahualam

10 Pengiklanan Yang Gagal, Namun Masih Mampu Membuat Kita Tersenyum

Bagi mereka yang bekerja di dalam bidang untuk menghasilkan produk bagi kegunaan ramai, salah satu benda yang penting bagi memikat hati bakal pengguna mahupun pembeli adalah design bagi mengiklankan produk itu sendiri.
Design iklan yang terpapar pada kotak-kotak produk adalah merupakan aspek penting kerana ia adalah merupakan impresi pertama bagi pengguna sebelum membuat pembelian.
Namun begitu, terdapat setengah pihak yang tidak perasan akan kesilapan yang berlaku ketika membuat design itu sendiri. Terdapat beberapa design yang gagal ini yang dapat mencuit hati, namun ada juga yang dapat menimbulkan kekeliruan dan menyebabkan kecelakaan.
Di bawah ini admin nak kongsi beberapa design pengiklanan yang boleh dikategorikan sebagai “gagal” dengan pembaca semua. Enjoy…

1. Sia-sia je orang bagi batang kayu nak pegang tu….
2. Tilam tu buat apa beli kalau nak baring atas rumput…
3. Ni ikhlas ke tak ikhlas nak bukak 24 jam ni…
4. Malas nak komen. Racist ke apa iklan ni..
5. Masa kat sekolah dulu, dalam seminggu ada berapa hari dia belajar korang rasa…
6. Korang rasa naik naik ke Turkish Airlines ni?? Nampak cam nak terhempas je…
7. Jangan salahkan orang lain ya kalau bau busuk masa bukak kotak tu…
8. Gelabah sekor-sekor nak carik jalan keluar masa kecemasan nanti…
9. Mesti ada yang tersalah masuk…
10. Nak cakap tak kreatif, nanti marah pulak…
Sumber : amazingnara

Lelaki Ini Mempelawa 3 Orang Budak Berkaki Ayam Makan Tengah Hari, Tiba-tiba Seorang Daripadanya Berhenti Makan Dan Buatkan Dia Menangis

Seperti biasa sepasang kekasih sedang menjamu selera di sebuah restoran makanan segera, sehingga mereka menyaksikan sesuatu yang sangat istimewa.
Apa yang disaksikan oleh pasangan ini adalah seorang lelaki yang telah mempelawa sekumpulan anak-anak muda jalanan untuk makan.
Tetapi, apa yang membuatkannya sedih ialah perbualan di antara lelaki dan salah seorang budak tersebut.
Patrisha Capillan bersama dengan teman lelakinya berada di sebuah restoran Jollibee di Filipina, dia telah ternampak tiga anak jalanan yang berkaki ayam di luar restoran itu.
Pada mulanya dia melihat seorang lelaki membeli begitu banyak makanan, mungkin lebih banyak daripada apa yang seseorang boleh makan.
Setelah memesan makanan itu, lelaki itu memanggil anak-anak jalanan, dan mereka duduk di atas meja untuk makan bersama.
Selepas menyaksikan tindakan mulia lelaki ini, Capillan memutuskan untuk merakamkan perbuatan mulia lelaki tersebut dan memuat naiknya ke Facebook, di mana ia telah dtonton lebih daripada 1.7 juta kali.
Dalam video itu, Capillan merakam lelaki itu makan bersama tiga anak itu. Dia berasa tersentuh ketika dia memerhatikan mereka.
Tetapi yang paling menyentuh adalah apabila salah seorang daripada kanak-kanak tersebut yang memakai pakaian warna hijau berhenti makan, dan lelaki itu bertanya mengapa.
Kanak-kanak itu menjawab bahawa dia mahu membawa makanan pulang kepada ibunya supaya ibunya juga dapat menikmati makanan itu. Perbualan mereka begitu menyentuh perasaan membuatkan Capillan menangis.
Apabila mendengar jawapan anak itu, lelaki tersebut telah pergi untuk memesan makanan lain untuk dinikmati oleh anak itu.
Walaupun Capillan memulakan rakaman selepas perkara ini berlaku, adegan dalam klip video pendek ini tetap sangat menarik.
Selepas video itu dimuat naik ke Facebook, ramai netizen telah memuji lelaki itu, dan juga mengucapkan terima kasih kepadanya kerana memberi inspirasi kepada mereka.
Beberapa orang netizen berkata: “Saya sangat berbangga dengan anda.” Netizens lain juga menyatakan penghargaan mereka dengan berkata, “Tuhan memberkati, dan memberi rahmat kepada lelaki itu di atas kebaikannya.”
Tonton video yang sangat menyentuh hati di bawah:
Kredit : erabaru

Isnin, 2 April 2018

Aku Dipinang Madu Isteri Pertama.Tak Sangka Selepas 2 Minggu Kahwin,Rupa²nya Ini Niat Mereka

Aku Dipinang Madu Isteri Pertama.Tak Sangka Selepas 2 Minggu Kahwin,Rupa²nya Ini Niat Mereka
Assalamualaikum. Tidak tahu dari mana aku nak mulakan. Ok, aku adalah isteri kedua,tapi jangan syak yang bukan-bukan, bukan aku yang pergi mencari suami, tapi mereka yang mencari aku. Aku boleh dikatakan andartu, yer sudah 35 tahun masih belom berkahwin, calon pun tidak ada, bila maduku datang meminang aku untuk suaminya, aku agak terkejut. Tapi setelah perbincangan dengan keluarga, semua orang bersetuju memandangkan niat mereka baik. Mungkin maduku sememangnya ikhlas.
Majlis ringkas, namun cukup buat andartu seperti aku. Ramai yang memuji madu aku itu. Betol ker ada wanita yang tidak kisah bila suaminya berkahwin lagi? Katanya bila suami berhasrat untuk berkahwin lagi , dia tiada alasan untuk melarang kerana suaminya lebih dari mampu, dia mengizinkan tapi dengan syarat dia sendiri memilih calon untuk suaminya. Perkahwinan itu jadi buah mulut orang, walau kami bukan sekampung, tapi satu daerah, isu sebegini sememangnya cepat tersebar, lebih-lebih ramai yang kenal kerana butik aku berada di tengah bandar.
Seminggu berkahwin memang indah, tapi selepas itu serba serbi tidak kena. Biasanya isteri pertama digambarkan amat baik, teraniaya dan lemah lembut. Madu aku sememangnya lemah lembut, tapi setiap kata-katanya begitu menikam hati. Walau giliran sudah ditetapkan, well dia yang tetapkan pada malam pernikahan depan orang ramai sambil gelak-gelak dalam nada bergurau.
Namun sejak dua minggu lepas suami langsung tidak jenguk atau bertanya khabar berita, apa lagi untuk wassup kata rindu. Bila aku telefon madu aku akan jawab, disindir dengan kata-kata yang tidak sanggup aku taip kat sini, padahal tidak salah rasanya untuk aku bertanya khabar suami sendiri.  Orang kata bila kita menjadi isteri kedua, kita kena banyak mengalah demi menjaga hati yang nombor satu, aku cuba bersabar.
Petang itu aku menerima panggilan dari madu yang mengatakan, suami bukan tak nak balik umah aku, tapi katanya suami tension, syarikatnya belum dapat payment dari projek kerajaan, yer la biasa agak lambat baru dapat, gaji pekerja sudah 2 bulan tidak berbayar berjumlah 50 ribu. Aku minta suami balik untuk berbincang, setengah jam berlalu dan suami tercegat depan butik.
Bila ditanya baru berterus terang katanya tidak mahu susahkan aku. Aku berjanji akan tolong. Wang bukan satu masalah pada aku. Bila duit diberi, suami hilang lagi. Tiga hari selepas itu baru dia menjawab panggilan telefon aku, katanya pembekal semua mahukan duit mereka, sekiranya tidak dibayar hutang dulu mereka tidak akan memberi bekalan projek yang baru, dan semua orang pun tahu sekiranya perojek tertangguh company akan kerugian. Sekali lagi aku keluarkan duit dan menolong suami.
Esoknya madu telefon ajak keluar, teman dia shoping katanya. Tempat pertama yang dia ajak masuk adalah kedai emas kegemaranya, bila melihat dia bergelak ketawa di dalam kedai tersebut kita tahu madu aku adalah pelanggan tetap. Malah madu aku bergurau bahawa aku ini madu dia yang kaya, banyak duit dan aku nak belanja dia beli gelang emas yang mahal. Aku Cuma tersenyum. Tapi bila dia selesai memilih, dia mengisyaratkan aku bayar, nak tak nak aku terpaksa berlari ke atm terdekat. Selepas bermacam perkara yang aku terpaksa bayar aku lagi, aku sedar niat mereka yang sebenar. Rupanya wang aku yang dihajati.
Sumber: semasaviral.com via SuaraMedia
Kalu begini aku sanggup hidup seorang diri sehingga ke akhir hayat. Aku kini dalam proses bercerai, itu pun masih tidak malu untuk meminta duit.

Baru Berusia 11 Tahun Sudah Menjadi Jurusolek Terkenal Dunia! Hasil Solekannya Buat Ramai Terpegun!

Adakah anda masih ingat pencapaian terbaik yang anda lakukan sewaktu berusia 11 tahun?
Mungkin ada yang sudah tahu memasak atau menggosok baju sekolah sendiri di usia semuda itu tetapi ada juga yang masih berseronok bermain dan hanya mengharapkan bantuan ibu bapa.
Tetapi, anak kecil ini ternyata merupakan seorang anak yang luar biasa hebat!

Di usia 11 tahun, gadis muda dan comel ini sudah mempunyai kerjaya sebagai jurusolek profesional dan pernah bekerja dengan ramai artis serta model terkenal khususnya bagi acara pertunjukan fesyen!
Sejak berusia tiga tahun, gadis kecil bernama Natthanan yang berasal dari Thailand ini mula tertarik dengan alat solek. Natthanan gemar bermain-main dengan barangan solekan ibunya dan mula mendandan dirinya sendiri.
Apabila mencapai usia empat tahun, Natthanan mula mempelajari mengenai teknik solekan daripada internet. Dari situlah kemahirannya semakin lama semakin berkembang.
Atas dasar ingin mendorong minat anaknya, ibu Natthanan mula memuat naik beberapa video kanak-kanak itu sedang memakai solekan dan sejak itu, Natthanan mula menjadi perhatian ramai.
Bagaimanapun, netizen tidak lepas daripada memberikan pelbagai reaksi positif dan juga negatif. Segelintir daripada menganggap cara solekan anak ini melucukan, ada yang memuji bakatnya malah ada juga yang mengeji.
“Kecil-kecil lagi sudah bersolek, adakah ini yang sepatutnya dilakukan oleh anak sekecil ini?”
Kritikan dan hentaman netizen benar-benar melukakan hati Natthanan. Baginya, ia tidak salah dan dia hanya melakukan apa yang diminatinya. Setiap kali memikirkan tentang pandangan netizen yang memintanya untuk berhenti bereksperimen dengan solekan, Natthanan menjadi sedih.
Ibunya turut bersedih melihat keadaan anaknya itu. Tetapi, ibunya mengambil keputusan untuk tidak membiarkan pandangan orang lain menghentikan cita-cita anaknya.

Jadi, dia telah mengajar anak kesayangannya itu cara solekan yang betul selain mendaftarkan Natthanan ke kelas belajar menyolek.
Sejak memasuki kursus tersebut, Natthanan mula memahiri teknik-teknik dan asas solekan. Dengan minat yang mendalam, Natthanan menjadi semakin mahir dan bijak menggunakan alat solekan.
Pada usia 9 tahun, Natthanan sudah menjadi jurusolek yang sangat dikenali di seluruh Thailand. Hasil pendapatan yang diperolehinya akan digunakan untuk membeli produk-produk solekan yang berkualiti bagi memastikan hasil solekan yang bagus.
Natthanan menjadi cukup terkenal sehinggakan ramai yang berebut-rebut ingin mendapatkan perkhidmatannya. Malah, dia juga berpeluang memasuki televisyen! Dalam rancangan tersebut, Natthanan diminta untuk menunjukkan kemahirannya dan ramai yang terpegun dengan bakat anak kecil ini.
Di samping itu, gurunya yang menyedari potensi besar dalam diri anak itu turut bertindak menghubungi sebuah sekolah solekan di Amerika Syarikat bagi membolehkan Natthanan belajar mengenai solekan dengan lebih mendalam.
Natthanan juga pernah diberi peluang untuk menata rias wajah model-model di acara London Fashion Week. Bertuahnya anak kecil ini!
Daripada ramai jurusolek, Natthanan merupakan salah seorang yang mendapat perhatian media antarabangsa di London. Ternyata, mereka amat kagum dengan bakat gadis semuda itu.
Sebaik sahaja pulang ke tanah airnya, dia dijulang dan dipuji ramai kerana berjaya mengharumkan nama Thailand di persada antarabangsa. Kejayaan Natthanan setelah mengharungi pelbagai tohmahan dan kecaman ramai ternyata berbaloi.
Kini, Natthanan mempunyaia lebih daripada 700,000 pengikut di laman sosial. Malah, ramai juga yang menonton video tutorial yang disiarkannya
Hebat!
Sumber : erabaru

Misteri Kematian Bruce Lee… Ade Orang Cakap Mati Selepas Cabar Pengasas Silat Gayung Dari Malaysia Bertarung…

Lee Jun-fan yang lebih terkenal dengan sebutan Bruce Lee adalah pengamal seni bela diri Jeet Kune Do, yang merupakan salah satu gaya wushu atau kungfu yang populer.
Bruce Lee adalah salah satu tokoh terkenal yang tidak hanya dinilai untuk seni bela dirinya tetapi juga karena keperibadiannya. Bintang budaya ini terus mengajarkan orang bagaimana hidup harmonis dan cinta dengan alam semesta.
Dia selalu menekankan perdamain dan ingin menembus seni bela diri di dunia. Dan kita masih ingat Bruce Lee adalah ikon besar film bioskop untuk film-film aksi pada masa itu.
Ia dikenal sebagai seniman yang menguasai dalam membuat perubahan signifikan dalam gerak bela diri dasar, yang kemudian diikuti oleh orang lain.
Hei, tunggu ternyata Bruce Lee bukan hanya seniman bela diri berbakat tapi dia juga penyair hebat. Ya, saat Bruce Lee tidak mengangkat kakinya dan melatih orang lain, dia membuat puisi.

Tapi sayangnya , pahlawan terbesar di dunia ini menghembus nafasnya yang terakhir pada tanggal 20 Julai 1973, pada usia 32 tahun yang masih sangat muda.
Kematian mendadaknya menyebabkan banyak rumor dan spekulasi, di mana beberapa media mendakwa bahwa dia meninggal karena aneurisma otak, sementara yang lain mengatakan bahwa dia adalah dibunuh oleh gangster China ‘Triad’.
Bagaimana Bruce Lee meninggal?
Beberapa laporan media memberitakan Bruce Lee meninggal pada usia 32 kerana aneurisma otak. Namun, sebagian besar orang telah menyaksikan sisi lain dari kisah kematian tersebut.
Hal ini diyakini bahwa seniman bela diri itu dibunuh oleh gangster untuk beberapa alasan yang tidak diketahui. Gangster di China yang dicurigai di balik kematian Bruce Lee dikenal sebagai “triad”
Namun, penyebab sebenarnya dibalik kematian Bruce Lee diyakini adalah Cerebral Edema. Ini adalah penyakit yang menyebabkan pembengkakan di otak manusia yang menyebabkan pola perilaku tidak terlihat seperti biasanya dan sulit bernafas bagi individu.
Edema serebral adalah alasan mengapa Bruce Lee pingsan berkali-kali di saat melakukan aksinya.
Pada hari kematiannya.
Menurut informasi dan fakta yang ada, dikatakan bahwa Bruce Lee telah bertemu dengan produser terkenal, Raymond Cho di Hong Kong untuk film berikutnya, ‘Game of Death’, pada hari yang sama ia meninggal.
Pertemuan tersebut diadakan pada pukul 4 pagi dan dikatakan bahwa Lee menderita sakit kepala yang parah.
Setelah situasi tidak terkawal, teman Lee Betty Ting Pei, memberinya obat analgesik, yang pada dasarnya merupakan kombinasi dari dua obat – Aspirin dan Meprobamate.
Merancang makan malam dengan George Lazenby
Pada hari yang sama, Lee seharusnya makan malam bersama aktor George Lazenby dalam sebuah diskusi tentang film tersebut.
Lee tidak muncul untuk makan malam, ternyata, sakit kepalanya semakin parah. Artis itu dengan cepat bergegas ke Rumah Sakit Ratu Elizabeth dimana dia dinyatakan meninggal.
Laporan post-mortem
Pada penyelidikan lebih lanjut, laporan post-mortem menunjukkan bahwa Aspirin dan Meprobamate memiliki reaksi alergi, yang menyebabkan peningkatan ukuran otaknya sebesar 13 persen.
Reaksi berbahaya ini juga menyebabkan peningkatan cairan serebrospinal, yang mengakibatkan kematian pada legenda pada hari yang sama. Tubuh Bruce Lee di bawa ke Seattle, tempat dia benar-benar dikuburkan.
Apakah gangster di Tiongkok membunuh Bruce Lee?
Setelah kematian Bruce Lee, laporan lain mulai beredar.
Dimana dunia sangat terkejut kerana kehilangan bintang legenda ini, hanya sedikit orang yang mendakwa bahwa Lee benar-benar dibunuh oleh gangster di China.
Alasan di balik pembunuhan itu tidak diketahui; namun dakwaan tersebut mengarah pada penyelidikan lebih lanjut mengenai hal yang sama.
Namun, tidak ada bukti atau alasan yang tepat ditemukan pada saat yang sama. Bahkan sampai hari ini, berbagai ahli masih berusaha mencari tahu alasan sebenarnya di balik kematiannya.
Sumber: boldsky
Kredit: erabaru.net via kakikitai.com
Sharing is caring!