ads1

Ahad, 15 Oktober 2017

Bakal pengantin ini ditolak ke dalam kolam dan menjadi lumpuh. Lima tahun kemudian tiada siapa menyangka kemampuannya yang hebat!

Tujuh tahun yang lalu, satu parti bujang terakhir bertukar menjadi tragik apabila satu kemalangan di kolam renang telah menyebabkan seorang bakal pengantin menjadi lumpuh. Lebih menyedihkan ada orang sekeliling mengatakan yang beliau tidak boleh menjadi ibu. Tetapi, sebaliknya yang berlaku apabila kini, beliau sendiri yang mengajar bayi perempuannya berjalan dengan keadaannya yang masih lumpuh.
Kredit : Facebook/Rachelle Chapman
Rachelle Chapman dikenali dengan nama jolokan ‘pengantin lumpuh’ selepas seorang rakan karibnya yang hanya mahu bergurau telah secara tidak sengaja menolaknya ke dalam kolam renang di majlis parti bujangnya. Rachelle menerima hentakan di kepala di dalam kolam itu. Selepas diangkat naik dari kolam, Rachelle tidak dapat merasai kakinya. Dengan tragik, Rachelle tidak lagi boleh menggunakan kakinya untuk berjalan dan menjadi lumpuh. Kerusi roda kini menjadi teman rapatnya untuk bergerak.
Kredit : Facebook/Rachelle Chapman
Kata Rachelle mengenai kemalangan itu, “Saya tidak menyalahkan rakan saya kerana menolak saya ke dalam kolam kerana sebenarnya kami semua berbuat begitu pada satu sama lain. Bila dia menolak orang lain ke dalam kolam, saya memberikan sokongan yang sama. Pada tahun pertama, saya memastikan rakan saya itu berasa baik dan tidak berasa bersalah, lebih dari saya menjaga diri sendiri.”
Dengan kebaikan hati Rachelle yang sentiasa positif, tunangnya Chris tetap setia bersama Rachelle. Akhirnya mereka berkahwin dan berimpian mahukan cahaya mata sendiri seperti mana pasangan lain. Menurut Rachelle, “Kami telah mendirikan rumahtangga yang bahagia setelah sekian lama dan saya mahukan anak bersama Chris.”
Kredit : Facebook/Rachelle Chapman
Impian itu akhirnya tercapai lima tahun kemudian selepas kemalangan itu. Dengan pertolongan ibu tumpang, anak perempuan mereka, Kaylee telah dilahirkan yang kini berusia dua tahun.
Walaupun ibu ini tidak mampu mengangkatnya dan melakukan kesemua perkara untuknya, Kaylee sudah pandai berdikari untuk merangkak dan bertatih sendiri dengan memegang kepada pemegang khas di belakang kerusi roda ibunya.
Kredit : Facebook/Rachelle Chapman
Rachelle berkata, “Amat sukar untuk mengangkat Kaylee dan mengambilnya ke arah saya. Jadi taktik ini sememangnya berkesan. Kaylee boleh berfikir dengan sendiri bagaimana menyelesaikan masalahnya.”
Kredit : Facebook/Rachelle Chapman
Kata ibu bertuah ini lagi, “Dengan mengetahui saya tidak boleh mencapai dan mengangkatnya, Kaylee dengan sendiri merangkak ke arah saya dan naik ke atas ribaan saya.”
Rachelle berkata lagi, “Walaupun ramai mengetahui yang kaki saya tidak boleh berfungsi, tetapi saya menemui banyak cara untuk menggunakan tangan saya dengan sebaiknya. Saya boleh memegang Kaylee dan saya boleh bermain dengannya sambil Chris membasuh botol atau membuat kerja lain.”
Kredit : Facebook/Rachelle Chapman
Menurut Rachelle, “Kami mempunyai sistem kami yang tersendiri untuk mendidik Kaylee. Dengan kasih sayang kami yang tidak berbelah bahagi, Kaylee membesar di dalam persekitaran yang gembira dengan perutnya yang sentiasa kenyang dan dirinya berasa selesa. Kaylee sentiasa berasa gembira dan tidak menyedari yang ibunya sedikit berbeza. Semuanya adalah normal pada pandangannya.”
Kredit : Facebook/Rachelle Chapman
Rachelle menulis di dalam Facebook, “Apabila saya menjadi bahan berita, ada yang memberi komen saya tidak boleh menjadi ibu yang baik. Tetapi, tidakkah anda melihat wajah bayi ini? Ia adalah wajah bayi yang gembira.”
Kredit : Facebook/Rachelle Chapman
Tiada apa yang menghalang Rachelle dengan kehilangan upayanya dari melakukan apa sahaja impiannya. Pada tahun lalu, Rachelle telah menyertai sukan payung terjun. Dan kini, Rachelle adalah ibu yang baik kepada Kaylee. Sikap positif Rachelle telah memberi inspirasi kepada kita semua.
Lihat video dibawah bagaimana Rachelle mengajar Kaylee berjalan dengan menggunakan kerusi rodanya.
Sumber:Era Baru

Khamis, 12 Oktober 2017

11 Penjara Paling Berbahaya Di Dunia

Sesiapa yang melakukan kejahatan pasti akan mendapat balasannya seperti penjenayah akan dimasukkan ke dalam penjara. Betul, tiada penjara yang selamat tetapi tahukah anda terdapat penjara yang sangat bahaya sehinggakan orang paling jahat pun boleh terkencing dalam seluar.

11. Penjara Pulau Rikers, New York

penjara pulau riker

Di Pulau Rikers, terdapat sehingga 10 penjara di mana terdapat sebanyak 12,000 banduan penjara secara purata bagi setiap satu tetapi ia mempunyai bilik memuatkan 17,000 orang. Penjara Rikers mempunyai banyak kes banduan diserang, dirogol dan dibunuh oleh pengawal keselamatan.
Pengawal keselamatan pernah memaksa dua orang banduan untuk lawan satu sama lain di mana pergaduhan antara dua banduan itu dianggap seperti hiburan bagi mereka yang melihat.
penjara pulau riker 554
Siasatan telah dilakukan bagi kes-kes ini tetapi banyak rekod palsu ditulis untuk menyembunyikan penderaan oleh pengawal keselamatan. Ini menyukarkan pihak berkuasa untuk bertindak kerana sukar mendapat bukti bahawa banduan didera.
Mereka mengelak pihak berkuasa dengan menggunakan alasan bahawa pergaduhan itu berlaku disebabkan kelakuan banduan sendiri bukan kerana mereka yang memaksa.

10. Penjara La Sante, Paris

penjara la sante paris 2
Paris terkenal kerana digelar dengan bandar "cinta" oleh pengunjung-pengunjung yang datang melihat menara Eiffel. Namun, bagi banduan yang terpaksa dihantar ke Penjara La Sante, perkataan cinta itu adalah kata dusta.
Jika dilihat sejarahnya, ia mempunyai fasiliti sekuriti yang sangat ketat kerana pegawai penjara ini memaksimumkan sekuriti yang ada di penjara ini. Ia dibuka pada tahun 1867, dan banyak kes penderaan yang berlaku di penjara ini.
penjara la sante paris 986
Ketika Perang Dunia kedua, tahanan perang (POW) dan penjenayah biasa ditempatkan di sini namun sepanjang 150 tahun ia beroperasi hanya 3 banduan berjaya melarikan diri menunjukkan betapa ketatnya penjara ini.

9. Penjara Pulau Petak, Rusia

penjara pulau petak russia
Pulau Petak ialah tempat di Rusia walaupun namanya petak, ia bukan berbentuk petak. Jangan terkeliru dengan nama ini. Tiada penjara yang selamat di Rusia kerana penjara-penjara di negara ini mempunyai tahap sekuriti yang sangat tinggi.
Penjara Petak ini terletak di Tasik Putih, Rusia dan merupakan tempat yang terpencil kerana seluruh penjara ini berada di atas pulau. Banduan harus menaiki bot untuk sampai ke penjara ini.
penjara pulau petak russia 2 133
Pada musim sejuk, keadaaan menjadi lebih buruk kerana jangka hayat banduan menjadi lebih singkat. Puratanya suhu berada di -12 darjah Celsius pada musim sejuk tetapi ia boleh turun sehingga -40 darjah Celsius menyebabkan penderaan teruk terhadap banduan.

8. Penjara Bang Kwang, Thailand

penjara bang kwang
Penjara ini terletak hanya beberapa kilometer daripada Bangkok dan menghuni ramai banduan asing. Penjara Bang Kwang ini merupakan penjara yang paling ketat di Thailand dan mempunyai sekuriti maksimum. 
Pada 3 bulan pertama, kesemua banduan terpaksa memakai rantai dan bagi yang menunggu hukuman mati, mereka akan memakai rantai di kaki. Hampir 10% daripada banduan sedang menunggu hukuman mati dikenakan ke atas mereka.
penjara bang kwang
Kesemua banduan yang masuk ke penjara ini perlu menghabiskan masa sekurang-kurangnya 25 tahun atas jenayah yang dilakukan. Ramai antara mereka yang menghidap penyakit akibat kekurangan nutrisi.
Mereka hanya disediakan sepinggan nasi dan sayur sekali sehari tetapi kantin disediakan untuk mereka yang mahu membeli makanan tambahan. Penjara mempunyai masalah kekurangan air selain masalah pembetungan. Ia juga sesak dengan banduan kerana terlalu ramai yang dimuatkan dalam penjara ini.

7. Penjara La Sabaneta, Venezuela

penjara la sabaneta
Rakyat Venezuela yang dipenjarakan di Penjara La Sabaneta mempunyai kemungkinan yang besar untuk mati daripada mereka yang hidup di Caracas. Bandar Caracas terkenal dengan ancaman yang dasyat kerana kes-kes jenayah yang berlaku di situ tetapi Penjara La Sabaneta lebih bahaya berbanding bandar ini.
Presiden Venezuela, Hugo Chavez pernah menungkapkan penjara ini sebagai "laluan neraka yang kelima". Penjara ini bahaya disebabkan faktor berlebihan banduan, kekurangan dana dan kekurangan staf pekerja. 
penjara
Penjara ini dipegang oleh geng-geng penjenayah manakala kes rogol juga sudah dianggap seperti budaya biasa dalam penjara ini. Banduan yang tidak mempunyai kuasa atau geng tahu mereka akan mati dalam masa yang singkat. Rusuhan dan pembunuhan juga sudah menjadi asam garam dalam penjara ini.

6. Diyarbakir, Turkey

penjara diyarbakir turkey
Penjara ini dibuka pada tahun 1980 dan sudah menjadi neraka bagi penduduk Kurdish. Pusat tahanan untuk penjenayah biasa dan tahanan politik ini sudah sesak dengan banduan kerana berlebihan orang. 
Ia juga mempunyai banyak sejarah dengan kes-kes berdarah yang telah berlaku di dalam bangunan tersebut. Sejak mula beroperasi, ratusan banduan telah didera sehingga mati. Ada antara mereka yang sengaja membakar diri sendiri untuk melepaskan diri daripada kekejaman penjara itu.
Hari ini, terdapat sehingga 350 penjenayah lelaki dan perempuan berumur daripada 13 hingga 17 tahun yang terpaksa menghabiskan masa di kesemua penjara di Turkey termasuk Diyarbakir. Bayangkan betapa ngerinya bagi mereka.

5. Penjara Gldani, Georgia

penjara gldani georgia 2
Penjara ini dipenuhi dengan teknologi-teknologi terkini menyebabkan banduan penjara Gldani mengalami mimpi ngeri terburuk yang mereka pernah alami. Dengan teknologi ini, banduan terpaksa menjalani hari-hari sukar bagi sesiapa sahaja yang mahu teruskan kehidupan
Siasatan terpaksa dilakukan oleh pihak berkuasa daerah U.S.S.R apabila penjara ini menjadi terkenal setelah viralnya rakaman-rakaman menunjukkan bagaimana banduan didera, dibelasah dan dirogol dengan sewenang-wenangnya oleh pengawal keselamatan. 
penjara gldani georgia
Rakaman tersebut menunjukkan bagaimana pengawal keselamatan melakukan liwat kepada banduan dengan menggunakan batang kayu penyapu dan baton pengawal. Setelah pendedahan ini tersebar ke seluruh dunia, kerajaan telah menangkap,mendakwa pengawal keselamatan yang tertuduh.

4. Penjara Sivil Contonou, Benin

penjara cotonou sivil
Benin ialah sebuah negara kecil yang terletak di Barat Afrika bersebelahan dengan negara Togo dan Nigeria. Fasiliti di bandar Contonou hanya mampu memuatkan 400 orang tetapi sebanyak 2,400 orang menghuni di tempat ini termasuk lelaki, wanita dan kanak-kanak. 
Disebabkan terlalu sesak dalam penjara ini, banduan terpaksa tidur mengikut shift dan ada antara mereka yang mati akibat sesak nafas semasa tidur. Hampir 90% di antara mereka sedang menunggu perbicaraan.
penjara cotonou 81
Proses perbicaraan mengambil masa bertahun-tahun kerana masalah berlebihan kes perbicaraan dalam sistem kehakiman. Masalah ini bukanlah disengajakan kerana kekurangan dana untuk menjaga banduan ini. Walaupun mendapat bantuan antarabangsa, ramai banduan mati akibat penyakit yang tidak terawat.

3. Penjara Tadmor, Syria

penjara tadmor
Penjara yang terletak di padang pasir ini sangat menderitakan kerana penderaan yang dilakukan di dalam penjara ini tidak mengira apa status jenayah anda. Penderaan dilakukan sama rata daripada penjenayah normal kepada tahanan politik. Fasiliti ini ditutup pada tahun 2001 namun dibuka semula selepas sedekad berlalu.
Beberapa penambaikan dilakukan setelah dibuka semula namun ia masih lagi berada di tahap yang rendah kerana banduan juga bertambah. Pengawal keselamatan memerintah dengan bebas dan oleh sebab tiada buku, TV atau radio, mereka berhibur dengan mendera banduan.

2. Penjara Pusat Gitarama, Rwanda

penjara pusat gitarama rwanda
Penduduk Rwanda sangat memahami maksud ketakutan. Selepas 20 tahun peperangan memecahbelahkan negara mereka, ketakutan itu masih lagi wujud kerana adanya Penjara Pusat Gitarama ini. Sesak dengan banduan dan kekurangan dana menambahkan masalah lagi bagi penghuni penjara ini.
Jika tidak mati dibelasah, mereka sama ada mati disebabkan kebuluran ataupun diserang penyakit berbahaya. Disebabkan terdesak untuk terus hidup, ada antara banduan membunuh dan memakan banduan lain. 
gitarama prison
Bukan kerana mahu mengamalkan kanibalisme, tetapi kerana terpaksa, mereka mengikut naluri untuk terus hidup. Tiada sel atau bilik bagi setiap banduan jadi ramai yang tidur di bawah katil, atas lantai yang terbuka serta di koridor. 
Penjara ini dibina hanya untuk 500 orang tetapi ia menghuni hampir lima kali ganda daripada saiz tersebut secara puratanya.

1. Penjara Jiwa (Minda)

penjara jiwa
Penjara ini sangat berbahaya kepada semua walaupun penjara ini tidak memiliki pintu besi atau dinding konkrit di sekelilingnya. Ianya mampu membuatkan seseorang itu terpedaya dengan dunia dan terlalu mengejar kehendak yang sebenarnya adalah satu ilusi yang dibentuk oleh persekitarannya.
Biasanya banduan yang berada di dalam penjara ini, tidak mampu untuk berfikir di luar kotak kerana matlamat dan pemikiran banduan tersebut bukanlah terbit dari hati nurani sendiri. Mereka hanya menurut kepercayaan atau idea yang disemai oleh masyarakat, organisasi atau individu tertentu.
Banduan yang didalam tahanan penjara ini, berkebarangkalian tinggi mengalami tekanan jiwa yang amat dahsyat kerana ingin membuktikan sesuatu dan terlalu menjaga pandangan orang lain terhadap dirinya. Biasanya banduan-banduan ini terlahir dari kultus ajaran sesat yang menyuruh penganutnya mengejar kekayaan dunia semata.
Berhati-hati dengan penjara ini. Bersihkan jiwa, bersihkan minda. Hindari hedonisme.
Sumber:iluminasi

Rabu, 11 Oktober 2017

Nenek Tiri Tarik Rambut Dan Celup Muka Cucu Dalam Kuali Minyak Panas Gara-Gara Lambat Goreng Keropok..

Bandung: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun cedera parah di muka selepas dicelup ke dalam minyak panas oleh nenek tirinya kerana lambat menggoreng keropok.

Kejadian pada 29 September lalu itu menyebabkan muka Rachel Heriani terpaksa dibalut dan dia masih dirawat di hospital hingga hari ini.

Rachel berkata, pada hari kejadian dia pulang ke rumah di Bandung Barat selepas bermain bersama rakannya.

Apabila tiba di rumah, nenek tirinya, Kosiah, 69, menyuruhnya menggoreng keropok untuk dimakan bersama keluarga.


“Saya memberitahu nenek bahawa saya mahu berehat dahulu kerana terlalu penat bermain.

“Bagaimanapun, nenek tiba-tiba berang lalu menarik rambut saya sebelum mencelup muka saya ke dalam kuali yang mengandungi minyak panas,” katanya.


Menurutnya, kerana terlalu sakit dia pengsan sebelum sedar ketika dibawa keluarganya ke Rumah Sakit Hasan Sadikin di Bandung.

Sementara itu, bapa mangsa, Kusdian, 42, berkata, kecederaan anaknya sangat serius dan hanya mata kanan serta mulut yang tidak berbalut.


“Bahagian mata kiri, dahi, hidung dan pipi Rachel melecur dengan teruk akibat dicelup ke dalam minyak panas itu.

“Saya sangat sedih melihat Rachel menangis setiap kali jururawat membersihkan lecur pada wajahnya,” katanya.


Menurutnya, dia dan keluarga mempertimbangkan sama ada mahu membuat laporan polis berhubung tindakan ibu mentuanya.


Selasa, 10 Oktober 2017

Sejarah Kasut Bata Yang Ramai Tak Tahu

kedai bata
Bata. Hampir semua warga Malaysia pernah memiliki jenama kasut ini, terutamanya ketika zaman kanak-kanak. Kasut sekolah Bata antara yang paling popular satu ketika dahulu, dan masih popular sehingga kini. Namun apa yang peliknya, ramai yang beranggapan kasut Bata jenama tempatan atau "local", sama ada golongan kanak-kanak mahupun dewasa.
Ia tidak lain tidak bukan kerana perkataan "Bata" itu sendiri yang mempunyai maksud dalam Bahasa Melayu. Sebenarnya, Bata adalah syarikat pengeluar terkenal dunia dan terbesar di Eropah satu ketika dahulu. Ia pernah menjadi satu kuasa besar dalam industri kasut.

Penubuhan Bata

tom anna dan anton n ba a
Syarikat kasut T. & A. Bata adalah merupakan perusahaan keluarga yang dimulakan oleh 3 beradik iaitu Tomáš, Anna dan Antonín Baťa pada 24 Ogos 1894. Mereka merupakan generasi ke-8 dalam keluarga tukang kasut di kawasan luar bandar Zlin, Czechoslovakia (kini Republik Czech dan Slovakia).
Adik-beradik Bata ini memang inovatif sejak mula lagi. Mereka menggantikan cara bengkel tradisional membuat kasut yang biasanya dilakukan oleh seorang, kepada 10 orang.
Pada tahun 1897, teknik pengeluaran menggunakan mesin diperkenalkan termasuk mesin pembuat kasut dipacu oleh wap, menjadi pencetus kepada pemodenan pengeluaran kasut yang pesat membuatkan Bata mampu menjadi antara pengeluar kasut besar-besaran di Eropah.
kedai bata pertama di dunia di zlin
Dan pada tahun 1899, kedai Bata pertama telah dibuka di kampung halaman mereka di Zlin.
Bata mula berkembang pesat dan mendapat sambutan yang memberangsangkan. Pada tahun 1905, pengeluaran kasut oleh Bata mencecah 2,200 pasang kasut sehari, sekaligus menjadikan syarikat ini sebagai pengeluar kasut terbesar di Eropah. Dan menjelang 1912, kakitangan Bata telah mencecah 500 orang. 

Bata ketika Perang Dunia Pertama

Perang Dunia Pertama yang bermula pada tahu 1914 telah memberikan impak yang sangat besar kepada Bata. Ia disebabkan oleh pesanan kasut oleh tentera yang sangat banyak, membuatkan kakitangan Bata bertambah 10 kali ganda daripada sebelumnya.
Bata kemudiannya membuka cawangan di Prague, Liberec, Vienna, Pilsen dan banyak lagi bandar-bandar lain.
tomas bata
Tomáš Baťa
Namun, langit tak selalunya cerah. Ekonomi dunia merudum teruk selepas Perang Dunia Pertama, menyebabkan mata wang Czechoslovakia merosot sebanyak 75%. Permintaan menjadi berkurangan menyebabkan pengeluaran dihentikan sekaligus mengakibatkan pengangguran yang sangat tinggi.
Tidak cepat melatah dan bijak mengendalikan situasi itu, Tomáš Baťa mengambil keputusan menurunkan harga kasut menjadi separuh, dan para pekerja bersetuju untuk dikurangkan gaji sebanyak 40%. Sebagai ganti, Bata menyediakan makanan, pakaian dan keperluan lain dengan separuh harga.
bataville
Bukan itu sahaja, beliau telah memperkenalkan inisiatif keuntungan-bersama yang pertama di dunia, menjadikan semua kakitangan sebagai rakan kongsi dan diberikan insentif mengikut prestasi syarikat. Ia sama seperti insentif berdasarkan pencapaian dan saham, pada hari ini.
Dan disebabkan penurunan harga oleh Bata, ia mendapat sambutan hangat daripada pengguna. Ketika mana syarikat kasut lain gulung tikar disebabkan oleh krisis permintaan antara tahun 1923 dan 1925, Bata pula semakin melebarkan sayap kerana menjadi pilihan pengguna yang mahukan kasut murah.
Zlin menjadi seperti sebuah bandar perusahaan kasut Bata yang digelar "Bataville" dengan keluasan beberapa hektar.
bataville di zlin czechoslovakia
Bataville di Zlin, Czechoslovakia
Bataville dipenuhi dengan kakitangan dan infrastruktur milik Bata termasuklah tukang kayu, tukang kulit, kilang kimia, pusat peralatan mekanikal, bengkel menghasilkan getah, kilang kadbod dan kertas pulpa (untuk pembungkusan), kilang fabrik (untuk lapisan kasut dan stokin), kilang pengilat kasut, dan loji janakuasa serta aktiviti bercucuk tanam untuk memenuhi keperluan tenaga kilang dan makanan kepada kakitangan.
Segala keperluan asas kehidupan oleh kakitangan Bata yang digelar "Batamen" dan keluarga mereka disediakan oleh syarikat Bata termasuklah rumah, kedai, sekolah, hospital, perpustakaan, pusat rekreasi dan lain-lain. Menjelang tahun 1923, Bata mempunyai 112 cawangan.
bata tennis 1936
Pada tahun 1936, Bata telah mengeluarkan kasut Bata Tennis yang pada mulanya dihasilkan untuk kanak-kanak sekolah di India dan telah menjadi antara kasut paling laris di dunia dan dijual hingga kini.
Bata kemudiannya mula memperluaskan syarikat mereka dengan membina kilang di luar Czechoslovakia termasuklah di Poland, Latvia, Romania, Switzerland dan Perancis. Mereka juga mempelbagaikan ekonomi Bata dengan menceburi banyak industri lain seperti :
  1. Samak kulit - 1915
  2. Industri tenaga - 1917
  3. Pertanian - 1917
  4. Penerbitan akhbar - 1918
  5. Pembuatan bata - 1918
  6. Pemprosesan kayu - 1919
  7. Industri getah - 1923
  8. Industri pembinaan - 1924
  9. Landasan kereta api dan pengangkutan udara - 1924
  10. Perfileman - 1927
  11. Pemprosesan makanan - 1927
  12. Pengeluaran bahan kimia - 1928
  13. Pembuatan tayar - 1930
  14. Insurans - 1930
  15. Pengangkutan bermotor - 1930
  16. Pengeluaran tekstil - 1931
  17. Pengangkutan laut - 1932
  18. Perlombongan arang batu - 1932
  19. Penghasilan pesawat - 1934
  20. Pengeluaran serat sintetik - 1935
  21. Pengangkutan sungai 1938
Bagi menghasilkan iklan TV, Bata membina studio perfileman serta menggunakan peralatan sendiri. 
peralatan video menghasilkan iklan tv bata
Alatan menghasilkan filem oleh Bata
iklan bata nigeria
bata pakistan
Bata telah menghasilkan bangunan pencakar langit sendiri setinggi 77.5 meter sebagai ibu pejabat yang terletak di Zlin. Bangunan itu merupakan bangunan kedua tertinggi di Eropah pada ketika itu. Ia dibina dengan binaan kongkrit, bata, keluli dan kaca menjadi sebuah mercu tanda abad ke-20.
Tak cukup dengan itu, ia juga mempunyai lif pejabat pertama di dunia yang membolehkan pengasasnya, Tomáš bergerak ke tingkat lain dalam bangunan itu tanpa perlu meninggalkan mejanya.
bangunan bata pertama
Pejabat Bata, bangunan kedua tertinggi di Eropah ketika itu
Bata juga membina jalan dan terusan serta menggunakan pesawat, bot dan lori untuk mengeksport kasutnya ke serata dunia. Dan jika Bata memerlukan motosikal, basikal dan malah unta sekalipun, mereka akan berbuat demikian semata-mata untuk menghantar kasut keluaran mereka.
van bata
bata hantar kasut guna motosikal
Bataville kemudiannya menjadi model kepada pembinaan bandar Bata yang lain di serata dunia seperti :
  1. Batadorp di Belanda
  2. Batovany di Slovakia
  3. Batov di Republik Czech
  4. Borovo-Bata di Croatia
  5. Bata Park di Switzerland
  6. Bataville di Perancis
  7. Batawa di Kanada
  8. East Tilbury di England ( didokumentarikan dalam "Bata-ville: We Are Not Afraid of the Future")
  9. Batapur di Pakistan 
  10. Batanagar dan Bataganj di India
dan juga sebuah kilang di Maryland, Amerika Syarikat.
di dalam kedai bata
cawanagn kedai bata 2
Pada tahun 1934, sebanyak 300 kedai Bata dibuka di Amerika Utara, 1,000 di Asia dan lebih daripada 4,000 di Eropah. Menjelang tahun 1938, Bata berkembang ke 30 buah negara dengan 5,300 buah cawangan di serata Eropah, Asia dan Amerika Utara.
Kakitangannya meningkat dengan mendadak daripada 8,300 orang pada tahun 1928 kepada 65,000 orang pada tahun 1938. Bata mengendalikan 63 buah syarikat dalam pelbagai industri dan menjual 60 juta unit kasut setiap tahun.
kilang bata
kedai bata satu ketika dahulu
Daripada Austria hinggalah ke Zambia, kedai Bata menetapkan standard kualiti berdasarkan produk unggul, nilai wang yang berbaloi dan perkhidmatan yang tiada tandingan. Setiap kedai direka khas memberikan pengalaman membeli-belah yang selesa dan mesra.

Kematian Tomas Bata

Ketika berusia 56 tahun pada 1932, Tomáš Baťa terlibat dalam kemalangan kapal terbang di Lapangan Terbang Zlín yang menyebabkan beliau terbunuh. Syarikat tersebut diwariskan kepada adik tirinya Jan Antonin dan anaknya Thomas John Bata yang menerajui syarikat dengan moral yang ditinggalkan oleh Tomas, iaitu :
"Syarikat kasut Bata bukanlah dianggap sebagai sumber kekayaan peribadi tetapi sebagai kepercayaan oleh orang ramai, sebagai cara untuk meningkatkan taraf kehidupan komuniti dan memberikan nilai kepada setiap wang pengguna"
Bata juga merupakan perusahan besar pertama yang menggunakan pesawat untuk kegunaan syarikat secara sistematik, termasuklah penghantaran kakitangan dengan pantas seperti menghantar tukang selenggara dan alat ganti ke lokasi yang diperlukan.
evolusi logo bata
bata diterjemahkan kepada 14 bahasa
Bata juga telah menjadi jenama dunia dan logo serta nama "Bata" telah diterjemahkan kepada 14 bahasa. Di beberapa bahagian dunia, perkataan "Bata" sangat sinonim dengan "kasut" kerana ia merupakan satu-satunya pengeluar kasut yang dikenali oleh orang tempatan, seperti memanggil mi segera sebagai "Maggi".
jan antonin bata
Jan Antonin Bata
Jan Antonin melarikan diri ke Amerika selepas penaklukan Czechoslovakia oleh Jerman ketika Perang Dunia Kedua. Beliau juga menjadi sasaran oleh Amerika Syarikat dan British kerana berurusan dengan Pakatan Paksi dan kemudiannya melarikan diri ke Brazil pada tahun 1941.
Selepas perang tamat, pihak berkuasa Czechoslovakia menuduh Jan Antonin sebagai pembelot kerana tidak menyokong tentangan terhadap anti-Nazi, dan telah dihukum 15 tahun penjara. Segala aset Bata dirampas oleh kerajaan Czechoslovakia, Jerman Timur, Poland dan Yugoslavia.
thomas john bata
Thomas John Bata
Thomas John pula dihantar oleh Jan Antonin ke Kanada dan menjadi Naib Presiden Bata di Kanada. Ketika syarikat Bata sedang nazak, ia dibina seula di Kanada dan mengembangkan semula ke Asia, Timur Tengah, Afrika dan Amerika Latin. Ibu pejabat Bata dipindahkan ke Ontario, Kanada pada 1964, dan sekali lagi berpindah pada tahun 1965 ke New York.

Bata kini

Kini Bata menganggarkan menjual 1 juta pasang kasut seharai dengan pekerja lebih daripada 30,000 orang dan beroperasi di lebih 90 buah negara dengan lebih daripada 5,000 buah cawangan. Cawangan pertama di Malaysia dibuka di Klang, Selangor pada tahun 1935, dan terdapat lebih daripada 40 cawangan Bata di Singapura.

Produk dan tajaan oleh Bata

Antara produk jenama Bata yang dikeluarkan :
  1. Bata (Baťa in the Czech Republic and Slovakia)
  2. Bata Comfit - kasut selesa
  3. Ambassador - kasut klasik lelaki
  4. North Star - kasut ala bandar
  5. Weinbrenner - kasut outdoor premium
  6. Marie Claire - kasut wanita
  7. SunDrops - kasut wanita
  8. Bubblegummers - kasut kanak-kanak
  9. Baby Bubbles - kasut kanak-kanak
  10. Safari - kasut padang pasir
  11. Power - kasut sukan
  12. Patapata - selipar
  13. Toughees - kasut sekolah
  14. Tomy Takkies - kasut ala bandar
  15. Verlon - kasut sekolah
  16. Teener - kasut sekolah
  17. B-First - kasut sekolah
  18. Footin - kasut trendy
  19. Bata Industrials - kasut keselamatan
  20. B.First - kasut sukan
earvin magic johnson pakai kasut bata
Pemain bola keranjang "Hall of Fame", Earvin "Magic" Johnson melancarkan kariernya dengan memakai kasut Wilson keluaran Bata. Bata juga merupakan penaja rasmi Piala Dunia 1986 yang berlangsung di Mexico, penaja rasmi dan kasut bagi Piala Dunia Kriket ICC 1987, dan penaja Eliseo Salazar yang memenangi Kejohanan Formula 1 Aurora 1980.
bata adalah penaja rasmi piala dunia mexico 1986
Bata penaja rasmi Piala Dunia Mexico 1986
robin williams dan bata
Menjelang tahun 1970-an, Bata mula menjadi perhatian peminat fesyen. Kasut Bata pernah tampil dalam majalah terbesar dunia seperti Vogue, Elle dan banyak lagi. Selipar Bata yang murah, tahan lama tampil dalam majalah The New York Times edisi "Time Capsule" pada tahun 1999 dan dipegang oleh Robin Willians.
Selipar yang sama ketika itu dipakai oleh 95% daripada populasi di India.
kurt cobain dan bata
Kurt Cobain menggayakan kasut Bata Hotshot
Supermodel dan pelakon dari Perancis, Laetitia Casta juga memakai kasut Bata iaitu Bata Tennis. Penyanyi kumpulan paling popular di dunia pada tahun 1993, Nirvana, iaitu Kurt Cobain dilihat berkali-kali menggayakan kasut Bata Hotshot.
Rujukan :
1. Bata
Kredit:iluminasi.com