Tujuh tahun yang lalu, satu parti bujang terakhir bertukar menjadi tragik apabila satu kemalangan di kolam renang telah menyebabkan seorang bakal pengantin menjadi lumpuh. Lebih menyedihkan ada orang sekeliling mengatakan yang beliau tidak boleh menjadi ibu. Tetapi, sebaliknya yang berlaku apabila kini, beliau sendiri yang mengajar bayi perempuannya berjalan dengan keadaannya yang masih lumpuh.
Kredit : Facebook/Rachelle Chapman
Rachelle Chapman dikenali dengan nama jolokan ‘pengantin lumpuh’ selepas seorang rakan karibnya yang hanya mahu bergurau telah secara tidak sengaja menolaknya ke dalam kolam renang di majlis parti bujangnya. Rachelle menerima hentakan di kepala di dalam kolam itu. Selepas diangkat naik dari kolam, Rachelle tidak dapat merasai kakinya. Dengan tragik, Rachelle tidak lagi boleh menggunakan kakinya untuk berjalan dan menjadi lumpuh. Kerusi roda kini menjadi teman rapatnya untuk bergerak.
Kredit : Facebook/Rachelle Chapman
Kata Rachelle mengenai kemalangan itu, “Saya tidak menyalahkan rakan saya kerana menolak saya ke dalam kolam kerana sebenarnya kami semua berbuat begitu pada satu sama lain. Bila dia menolak orang lain ke dalam kolam, saya memberikan sokongan yang sama. Pada tahun pertama, saya memastikan rakan saya itu berasa baik dan tidak berasa bersalah, lebih dari saya menjaga diri sendiri.”
Dengan kebaikan hati Rachelle yang sentiasa positif, tunangnya Chris tetap setia bersama Rachelle. Akhirnya mereka berkahwin dan berimpian mahukan cahaya mata sendiri seperti mana pasangan lain. Menurut Rachelle, “Kami telah mendirikan rumahtangga yang bahagia setelah sekian lama dan saya mahukan anak bersama Chris.”
Kredit : Facebook/Rachelle Chapman
Impian itu akhirnya tercapai lima tahun kemudian selepas kemalangan itu. Dengan pertolongan ibu tumpang, anak perempuan mereka, Kaylee telah dilahirkan yang kini berusia dua tahun.
Walaupun ibu ini tidak mampu mengangkatnya dan melakukan kesemua perkara untuknya, Kaylee sudah pandai berdikari untuk merangkak dan bertatih sendiri dengan memegang kepada pemegang khas di belakang kerusi roda ibunya.
Kredit : Facebook/Rachelle Chapman
Rachelle berkata, “Amat sukar untuk mengangkat Kaylee dan mengambilnya ke arah saya. Jadi taktik ini sememangnya berkesan. Kaylee boleh berfikir dengan sendiri bagaimana menyelesaikan masalahnya.”
Kredit : Facebook/Rachelle Chapman
Kata ibu bertuah ini lagi, “Dengan mengetahui saya tidak boleh mencapai dan mengangkatnya, Kaylee dengan sendiri merangkak ke arah saya dan naik ke atas ribaan saya.”
Rachelle berkata lagi, “Walaupun ramai mengetahui yang kaki saya tidak boleh berfungsi, tetapi saya menemui banyak cara untuk menggunakan tangan saya dengan sebaiknya. Saya boleh memegang Kaylee dan saya boleh bermain dengannya sambil Chris membasuh botol atau membuat kerja lain.”
Kredit : Facebook/Rachelle Chapman
Menurut Rachelle, “Kami mempunyai sistem kami yang tersendiri untuk mendidik Kaylee. Dengan kasih sayang kami yang tidak berbelah bahagi, Kaylee membesar di dalam persekitaran yang gembira dengan perutnya yang sentiasa kenyang dan dirinya berasa selesa. Kaylee sentiasa berasa gembira dan tidak menyedari yang ibunya sedikit berbeza. Semuanya adalah normal pada pandangannya.”
Kredit : Facebook/Rachelle Chapman
Rachelle menulis di dalam Facebook, “Apabila saya menjadi bahan berita, ada yang memberi komen saya tidak boleh menjadi ibu yang baik. Tetapi, tidakkah anda melihat wajah bayi ini? Ia adalah wajah bayi yang gembira.”
Kredit : Facebook/Rachelle Chapman
Tiada apa yang menghalang Rachelle dengan kehilangan upayanya dari melakukan apa sahaja impiannya. Pada tahun lalu, Rachelle telah menyertai sukan payung terjun. Dan kini, Rachelle adalah ibu yang baik kepada Kaylee. Sikap positif Rachelle telah memberi inspirasi kepada kita semua.
Lihat video dibawah bagaimana Rachelle mengajar Kaylee berjalan dengan menggunakan kerusi rodanya.
Sumber:Era Baru
Tiada ulasan:
Catat Ulasan