Mendapatkan pendapatan bagi menyara keluarga adalah sesuatu yang sangat sukar di sesetengah kawasan mundur Afrika. Masyarakatnya sentiasa bergelumang dengan kemiskinan, kedaifan dan sukar untuk mendapatkan pekerjaan.
Malah, terdapat juga golongan muda seawal usia kanak-kanak yang telah bertungkus lumus bekerja bagi membantu ibu bapa menyara keluarga.
Bekerja untuk memperoleh pendapatan adalah satu perkara yang normal bagi semua manusia tetapi bagi warga miskin Afrika, ianya adalah segala-galanya.
Ramai kanak-kanak yang terpaksa mengabaikan persekolahan dan pendidikan semata-mata ingin bekerja. Anda bayangkan bagaimana penderitaan yang harus dihadapi oleh kanak-kanak ini yang sepatutnya mempunyai zaman kanak-kanak dengan penuh keriangan.
Pekerja-pekerja yang tidak mempunyai akaun bank pula harus beratur panjang setiap hujung bulan bagi mendapatkan upah kerja masing-masing. Selepas menuntut gaji mereka, bagaimanakah akan mereka belanjakan duit mereka?
Gambar di atas menunjukkan betapa terkejutnya lelaki-lelaki ini setelah menerima sejumlah wang yang banyak buat pertama kalinya.
Selain itu, di Afrika juga tidak mempunyai banyak aktiviti hiburan. Jadi, mereka akan mengumpul dua bulan gaji semata-mata untuk membeli sebuah televisyen hitam putih. Setiap hari, sekumpulan individu akan duduk dan menonton televisyen yang tidak berwarna tersebut. Bayangkan perbezaannya dengan negara lain.
Gambar ini pula menunjukkan seorang lelaki sedang menikmati daging pedas kering. Memandangkan semakin ramai pelancong memasuki Afrika, maka semakin banyak produk-produk luar negara turut memasuki pasaran Afrika.
Pada September 2014, daging pedas kering China dijual pada harga RM51 tetapi tetap menjadi pilihan ramai walaupun harganya sangat tinggi.
Menurut lelaki ini, daging pedas kering ini merupakan makanan mewah bagi mereka dan disebabkan rasanya yang enak, para pekerja sanggup menghabiskan duit sebulan sekali hanya semata-mata untuk menikmati daging kering tersebut.
Pertama kali mendapat gaji, pekerja-pekerja ini ternyata tidak mampu menyembunyikan kegembiraan mereka. Setelah mendapat gaji, kebanyakan pekerja tidak akan menghadirkan diri ke tempat kerja selama beberapa hari.
Menurut beberapa syarikat China, para pekerja akan pergi bercuti dan menghiburkan diri dengan gaji yang diterima. Mereka hanya akan kembali bekerja setelah semua gaji dihabiskan.
Selain itu, terdapat juga beberapa pekerja yang akan membeli aiskrim sebaik sahaja menerima gaji mereka. Lihat reaksi wanita ini yang pertama kali menikmati aiskrim. Dia kelihatan sungguh terharu dan menangis kerana aiskrim tersebut begitu sedap.
Selepas menghabiskan aiskrim, dia menjerit kegembiraan!
Buruh muda ini pula akan menghabiskan 2/5 daripada gaji mereka untuk menikmati kulit daging. Jika dari sekarang mereka belum mampu berfikir untuk menyimpan sejumlah wang daripada gaji mereka, bagaimana mereka akan membina sebuah keluarga pada satu hari nanti?
Pekerja ini pula sanggup menghabiskan gaji selama dua hari untuk membeli tembikai. Lihat bagaimana licin mereka memakan tembikai itu sehingga tinggal kulitnya sahaja.
Ini pula merupakan makanan pesta atau ‘potluck’ bagi kebanyakan masyarakat Afrika.
Sememangnya, rata-rata masyarakat Afrika lebih cenderung dalam menghabiskan wang gaji mereka berbanding menyimpannya. Jika mereka menyukai sesuatu, mereka akan terus membelinya. Jadi tidak hairan lah jika seluruh gaji mereka boleh dihabiskan dalam tempoh satu minggu sahaja!
Bagi kebanyakan masyarakat dunia, Afrika seringkali dianggap sebagai negara mundur, tidak bertamadun dan miskin. Perkara ini menyebabkan tidak ramai pelancong yang gemar untuk menjadikan Afrika sebagai destinasi yang wajib dikunjungi.
Dengan industri bersaiz sederhana bermunculan di Afrika, banyak orang Afrika mendapati kerja dan pekerjaan yang dapat memberi makan kepada keluarga mereka, setiap kali selepas menuntut gaji mereka, penduduk Afrika, boleh menikmati kebahagiaan yang tidak terhingga.
Lihat sahaja reaksi mereka, menghiburkan bukan?
Sumber:Era Baru
Tiada ulasan:
Catat Ulasan