ads1

Rabu, 30 Ogos 2017

Ibu Michael Jackson bimbang mayat anaknya dicuri, dengan sengaja membiarkan kubur Michael Jackson kosong

Peminat terkejut apabila kubur raja pop dunia, Michael Jackson yang terletak di tanah perkuburan Forest Lawn di Los Angeles dilaporkan kosong.
Keluarga mendiang sengaja merahsiakan makam penyanyi lagu hit ‘Beat It’ itu.
Ramai yang menyangka mayat Michael Jackson dikebumikan di Forest Lawn tetapi sebenarnya makam itu adalah kosong, menurut sumber yang dipetik daripada Radar Online.
“Semua orang sangka Michael Jackson dikebumi di Forest Lawn, tapi sebenarnya tidak.”
Atas sebab keselamatan dan demi mengabulkan permintaan Michael, keluarganya merahsiakan lokasi makamnya.
“Tetapi Katherine sudah mendedahkan rahsia ini kepada beberapa kenalan rapatnya,” katanya lagi.
Menurut sumber yang sama, Katherine bimbang mayat Michael Jackson akan dicuri.
Keluarganya berbincang selama berbulan-bulan kerana tidak tahu apa yang harus dilakukan.
Katherine sangat paranoid dan risau jika ada orang yang berniat tidak baik akan mencuri mayat Michael.
Dipercayai, abu Michael Jackson ditanam di bawah pohon pear yang dikenali sebagai Giving Tree di kediamannya, California.
Namun, belum ada kenyataan rasmi tentang lokasi sebenar kubur Michael Jackson.
Michael Jackson dikebumikan pada 7 Julai 2009 selepas ditemui tidak sedar diri dan disahkan meninggal dunia akibat kegagalan jantung.
Sumber: Aceshowbiz
Kredit:Era baru

Tiada ulasan:

Catat Ulasan