ads1

Ahad, 13 Ogos 2017

Cara Mengenal Pasti & Membezakan Antara Daging Babi Dan Daging Kambing - Dr Taufiq Razif

Baru-baru ini satu kes yang amat mengejutkan orang ramai apabila dilaporkan tentang 4 kontena daging babi yang dipercayai telah bercampur dengan daging kambing yang bernilai RM2 Juta dengan anggaran seberat 120 tan telah dirampas.

Berita ini telah menyebabkan ramai pengguna terutamanya orang Islam sangat terkejut dan turut was-was untuk membuat pembelian daging kambing di pasaran ekoran kes berkenaan terbongkar.

Kes daging kambing campur babi dirampas. - Berita Harian
Walau bagaimanapun, perkongsian seorang doktor bernama Taufiq Razif boleh dikatakan telah menyelamatkan kesangsian orang ramai apabila beliau berkongsi cara untuk membezakan atau mengenal pasti daging babi dan berbagai jenis-jenis daging lain.

Cara Bezakan Daging

1. Warna daging babi dikatakan lebih pucat daripada daging lembu atau kambing. Kepucatan daging babi ini kelihatan seperti atau seakan-akan daging ayam.

Namun, agak sukar untuk membezakannya memandangkan kadang-kadang sindiket penyeludup didapati merendam dan sebatikan dengan darah lembu terlebih dahulu sebelum diseludup.

2. Serat daging lembui lebih jelas dan tebal sedikit. Cuba perhatikan serat/urat daging yang terdapat di rumah kita. Adakah ianya jelas atau samar-samar?

3. Lemak pada daging babi pula lebih anjal dan sukar dilepaskan berbanding daging lembu. Cuma kadang-kadang ada saja beberapa bahagian lemak babi yang menyerupai lemak lembu.

4. Tekstur daging babi juga lembik dan mudah diregangkan. Anda disarankan menarik daging yang terdapat di rumah bagi memastikan adakah teksturnya lembik sedikit. Sekiranya teksturnya padat dan kaku insha Allah itu adalah daging lembu.

5. Anda dinasihatkan agar mencium daging terlebih dahulu sebelum dimasak. Jika daging bau hanyirnya berbeza dengan bau hanyir daging yang biasa dibeli, sila berhati-hati. Atau pun sila berhati-hati sekiranya anda terbeli daging yang dikatakan daging kambing tetapi tidak mempunyai aroma kambing.


Menurut Taufiq, maklumat ini disampaikan bukanlah bertujuan untuk menghina orang bukan Islam. Kita harus menghormati pilihan makanan mereka dan cuma kejahatan penyeludup yang mengelirukan orang Islam ini sampai bila-bila pun tidak boleh dimaafkan.

Katanya, sekiranya kita memakan daging khinzir itu sejenis cacing iaitu Taenia Solium yang terdapat di dalam daging tersebut akan masuk dan menjangkiti badan serta akan masuk ke dalam otak (neurocysticercosis).

Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati ketika membuat pembelian daging walau di mana sahaja. Tips dan cara yang disampaikan oleh Taufiq sangat berguna dan harus dipraktikkan agar anak-anak dan keluarga kita terhindar dari termakan daging ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan