ads1

Ahad, 6 Ogos 2017

‘Doktor kata hayat isteri saya tinggal dalam 3-4 minggu sahaja’ – Suami rayu bantuan netizen

Viral di media sosial luahan seorang lelaki tentang isterinya yang menghidap kanser limfoma tahap empat. Doktor menjangkakan hayat isterinya tidak lama dan segala rawatan kimo/radioterapi terpaksa dihentikan berikutan ia membahayakan pesakit. 
Kini Yusof Hashim merayu orang ramai membantunya dari segi sumbangan derma agar sedikit sebanyak dapat meringankan bebannya yang menanggung dua orang anak dan dalam masa yang sama masih mencari jalan untuk mencari penawar bagi isterinya. Semoga dipermudahkan urusan. 
ISTERI saya menghidap kanser limfoma tahap empat. Doktor tak boleh teruskan kimo terapi, malah radio terapi juga tidak boleh diteruskan. Kata doktor, ia berisiko untuk isteri saya yang telah ditahan di wad Hospital Klang dari mula disahkan menghidap kanser sejak bulan Oktober hingga bulan Jun 2017. 

 
Kemudian isteri dipindahkan ke Hospital Ampang. Baru tiga hari berada di hospital, doktor berjumpa dengan saya dan maklumkan bahawa mereka tidak boleh teruskan kimo. Saya diarahkan untuk membawa isteri balik. 
Doktor kata hayat isteri saya tinggal dalam tiga ke empat minggu sahaja. Alhamdulillah sekarang dah lepas tiga minggu dan isteri masaih bernafas. 

 
Tetapi isteri saya lemah tak boleh berjalan, pakai lampin, tak boleh makan dan minum, hanya masuk susu mengikut tiub di hidung. Susu yang diberi adalah susu jenama Ensure yang harganya RM80 untuk satu tin. 
Secara jujurnya ini memang beban pada saya. Setin susu itu boleh bertahan dalam tiga hari sahaja. Anak-anak kami masih kecil lagi. Seorang berusia dua tahun, seorang lagi berusia 10 bulan. 


Kanser menyerang hidung isteri sampai ke bahagian dalam dah hancur, reput kemudian melarat ke mulut, lelangit berlubang. Kini ia melarat ke bahagian bawah gusi dan tekak. Sebab itu isteri tak dapat makan dan minum. Hendak menelan air liur pun terseksa. Kalau nak gambar, boleh WhatsApp saya. 
Doktor jangkakan hayat isteri dalam tiga minggu. Selepas tiga minggu sudah berlalu, saya masih mencari jalan untuk selamatkan isteri. Cuma tak tahu jalan. Pilihan yang ada sekarang adalah berubat cara kampung. 
odal untuk ke sana sini, saya memang tak berapa mampu. Saya bekerja sendiri sebagai pemandu Uber. Bila kerja, adalah duit. Kalau tidak bekerja, tak adalah duit. Apatah lagi nak buat belanja macam-macam pada waktu ini. Memang beban sangat. 
Saya berasal dari keluarga yang sederhana, keluarga isteri bekerja sebagai penoreh getah saja, memang susah. Jadi sekarang isteri berada di Raub, Pahang, bersama dengan keluarganya. SAya akan selalu balik untuk menjenguk keadaan dia. 
Ada beberapa pihak/individu yang menghulurkan sumbangan sedikit dan boleh saya kurangkan kerja untuk meluangkan lebih masa bersama isteri. Memang mak dan ayah dia tak ada minta duit dari saya atau orang lain, tetapi sebagai menantu, saya tahu mereka jaga isteri saya dan anak saya, lagi ada tiga cucu iaitu anak kepada kakak ipar saya yang berstatus ibu tunggal. 


Mak mertua saya berniaga kuih tetapi sejak isteri sakit, dia yang menjaga isteri dalam hospital berbulan-bulan sehingga isteri keluar dari hospital. Jadi saya tahu itu memang beban pada mak mertua. 
Jadi, tujuan saya memohon derma ada dua. Pertama, untuk mencari jalan selamatkan isteri. Kedua, untuk hulurkan perbelanjaan pada mertua saya bagi menguruskan isteri saya dan cucu-cucunya. 
Bagi yang mahu menyumbang, boleh hubungi nombor saya, 011-21894557, Mohd Yusof Bin Mohd Hashim. Atau boleh datang terus ke alamat berikut: 

Mohd Saad bin Jemangin
No. 6 Perumahan Batu Talam
27610, Raub, Pahang

Sebarang sumbangan boleh dihulurkan kepada:

Mohd. Saad bin Jemangin (Bapa)
Bank Rakyat: 220411407367

Fatimah Bte. Ibrahim (Ibu)
Maybank: 156244127091

Mohd Yusof bin Mohd Hashim (Suami)
Maybank: 164883007893
RHB Bank: 11217000334118
CIMB Bank: 7031154778


Bagi yang sudah menyumbang, saya ucapkan ribuan terima kasih. Rezeki mencurah dari orang Malaysia yang baik hati. Cuma saya mohon sebelum WhatsApp saya, sila baca post di atas dulu dan ada dinyatakan isteri saya sakit apa. 
Sekarang keadaan isteri saya masih tidak berubah. Banyak mesej yang saya terima dan InshaAllah saya akan jawab. Saya cuba yang terbaik untuk menjaga hati semua. Maaf jika ada yang terasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan