ads1

Sabtu, 5 Ogos 2017

Ajaib! Pertalian menyentuh hati antara singa dengan penyelamatnya

Ajaib! Pertalian menyentuh hati antara singa dengan penyelamatnya
Jika membela seekor kucing tempatan terasa menyenangkan, bayangkan memeluk harimau, puma, atau singa yang peramah! Alangkah sedihnya, impian seperti itu terlalu merbahaya – akan tetapi tidak untuk semua orang.
Mari berkenalan dengan Valentin Gruener, seorang lelaki yang memeluk, membelai, dan membela seekor singa betina. Dia menyelamatkannya semasa singa itu masih lagi bayi, ditinggalkan oleh kawanannya.
Lelaki itu mengambil berat tentangnya, memberinya makan, dan mengajarnya memburu. Apabila singa itu sudah cukup dewasa, tibalah masa untuk ia dilepaskan.
Gruener dan rakannya, Mikkel Legarth, menjumpai seekor anak singa yang hampir mati di sebuah ladang di Bostwana pada Februari 2012.
Terdapat tiga ekor anak singa yang dilahirkan dalam satu kawanan singa. Akan tetapi setelah 2 anak singa mati, sekawanan singa tersebut telah pergi meninggalkan seekor lagi anaknya.
“Kawanan singa itu ada tiga anak dan dua telah terbunuh sebelum Sirga ditinggalkan tanpa sebarang makanan. Ia berlaku di tanah kami dan kami tidak boleh hanya berdiri dan melihat anak singa itu mati,” ujar Legarth, menurut Daily Mail.
Dia mengambil singa kecil itu yang hanya seberat 4 paun (1.8kg), dan membantunya melawan penyahhidratan.
Dia memberinya makanan dengan campuran telur segar, krim, susu, vitamin, dan minyak bunga matahari.
Dalam masa setahun, berat anak singa itu bertambah sebanyak 175 paun (79.4 kg) dan mula memakan daging mentah. Dia menamakan anak singa itu Sirga.
Sirga melayan Gruener dan Legarth sebagai ahli kawanannya. Ia selalu gembira apabila berjumpa mereka. Ia selalu memeluk dan mendakap Gruener.
Namun, apabila Sirga menggunakan banyak tenaganya, Gruener menyuruhnya untuk bertenang. “Saya tidak percaya ia akan menyerang saya dan saya tidak pernah risau,” ujar Gruener, menurut Express.
“Kami percaya satu sama lain sepenuhnya dan jika saya menyuruhnya untuk berundur, ia menurut kata.”
Kedua-dua penyokong pemuliharaan itu mahu menolong Sirga untuk kembali ke rimba dan mengajarnya cara berburu. “Kami tidak mahu Sirga menjadi seperti singa lain di dalam kurungan yang sentiasa disuap makanan oleh pelancong yang tidak putus berkunjung. Ia hanya berinteraksi dengan saya dan Valentin,” kata Legarth.
“Ia memburu makanannya sendiri, memakan antelop, dan ia membenarkan kami berada dekat dengannya apabila ia sedang makan. Sungguh menakjubkan,” tambah Legarth.
“Sirga tidak kisah dengan orang, tetapi ia juga tidak mengambil peduli. Singa liar takut akan manusia, jadi boleh timbul masalah jika anda bebaskan singa yang sudah biasa dengan manusia masuk ke dalam rimba. Kami mahu melepaskan Sirga ke rimba sebagai singa liar dan bukannya seekor singa yang sudah biasa dengan manusia. Itu berbahaya,” katanya.
Setelah Gruener dan Legarth menempuh suatu usaha yang lama, cermat lagi teliti, mereka kini sedang menguruskan pelepasan Sirga dan sudah pun menjumpai sebuah kawasan baharu untuknya di Bostwana.
Kawasan itu merupakan rizab semula jadi yang cukup besar untuk Sirga memburu makanannya dan hidup bebas, juga cukup kecil untuk mereka berada berdekatan untuk menjenguknya jika diperlukan.
Ianya merupakan kebahagiaan yang tidak terperi oleh kedua-dua penyokong pemuliharaan itu kerana telah menjaga Sirga sejak dari bayi lagi.
Kisah agung ini telah dirakamkan dalam sebuah filem berjudul “Selamatkan Sirga: Perjalanan merintis hati sang singa.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan