Seorang lelaki telah menebuk tiga lubang pada sebiji labu dan kemudiannya diketawakan oleh rakan-rakannya.
Namun, tanpa disangka-sangka, dia memperoleh hasil yang sangat menguntungkan! Ini kerana, dia berjaya mendapatkan hasil tangkapan di dalam sungai yang sangat menakjubkan.
Pada asalnya, pemuda yang sangat kreatif ini membuat potongan terhadap labunya. Kemudian, dia mengukir menjadi lubang dan memasukkan colander, atau jaring berlubang berbentuk corong. Kemudian, dia mengikat colander itu dengan dawai agar ianya tidak terjatuh.
Kedua-dua penghujung labu pula dicucuk dengan batang buluh
Sejurus itu, dia memasukkannya ke dalam air sungai
Setengah jam kemudian, apabila mencabut batang buluh itu, jelaslah bahawa labu itu berjaya menjadi perangkap udang galah!
Menurut pemuda itu, dia berjaya mengutip hasil wang yang banyak dalam masa sehari menggunakan kaedah ini. Jelaslah, ideanya yang kreatif itu boleh dicontohi para pemuda di desa yang ingin berkecimpung dalam bidang penangkapan hasil sungai ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan