ads1

Selasa, 22 Ogos 2017

Video ‘Pengembara Masa’ Dirakam Guna Telefon Pintar 5 Tahun Sebelum Gajet Pertama Diperkenalkan Ketika Perlawanan Petinju Terkenal, Mike Tyson !!


PENEMUAN sepasang kasut Adidas pada mumia berusia 1,500 tahun di pergunungan Altai di Mongolia pada April lalu telah mencetuskan perdebatan dalam kalangan ramai, selain membuktikan kewujudan teori jelajah masa.
Terbaharu, teori tersebut sekali lagi dibangkitkan susulan satu rakaman video yang dirakam ketika perlawanan petinju terkenal, Mike Tyson bersama Peter McNeeley pada 1995 berjaya merakam objek ‘misteri’ yang seakan sebuah telefon pintar berkamera digunakan oleh seorang penonton, sedangkan telefon kamera pertama dilaporkan dikeluarkan lima tahun selepas itu.
Menerusi rakaman tersebut, penonton tersebut yang duduk di barisan hadapan kelihatan jelas sedang merakam aksi Tyson bersiap sedia memulakan perlawanan menggunakan objek seakan telefon bimbit kamera.
Video yang dimuat naik di laman YouTube pada September tahun lalu mencetuskan perdebatan dalam kalangan orang ramai apabila beberapa konspirasi diwujudkan, antaranya mendakwa penonton tersebut adalah ‘pengembara masa’ yang hadir ke masa lampau untuk menyaksikan perlawanan petinju kesukaannya, sebelum merakam aksi tersebut menggunakan telefon pintar, yang mana ketika itu gajet tersebut masih belum lagi diperkenalkan.
Menurut laporan portal Huffington Post yang memetik kenyataan seorang penulis Jammy Bantam sebagai berkata, objek tersebut mempunyai lensa di bahagian tengah, sama seperti sebuah telefon bimbit.
“Saya tidak tahu sama ada orang itu pengembara masa atau pun tidak, tetapi tiada siapa mampu merungkai jenis kamera yang digunakannya,” jelas Bantam.
Sementara itu, seorang penulis blog UFOSightingsDaily.com, Scott C. Waring menyatakan bahawa beliau tidak menolak kemungkinan lelaki berkenaan ‘mengembara’ ke masa lampau.
“Apa yang kita dapat disini ialah ‘pengembara masa’ itu datang untuk menonton perlawanan petinju kesukaannya dan duduk di barisan hadapan,” katanya.
Sehingga kini, video tersebut ditonton lebih 4 juta pengguna YouTube.
Sumber:kamiviral.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan