Jeans adalah sejenis seluar yang diperbuat daripada bahan yang dipanggil "denim" yang mula dibuat di bandar Nimes Perancis. Nama denim itu diambil sempena nama bandar kelahiran seluar jeans tersebut iaitu bandar ("de Nîmes").
Semasa zaman Renaissance, seluar denim dibuat di Itali dan dijual melalui pelabuhan Genoa. Tentera Laut Genoa memerlukan seluar tahan lasak dan lama untuk mereka belayar,sebab itu mereka memilih denim kerana ia adalah material yang baik untuk pekerjaan mereka yang lasak. Frasa jeans biru pula berasal dari Perancis iaitu Bleu de Gênes yang bermaksud biru dari Genoa.
Seluar jeans denim biru yang popular di Eropah pada tahun 1800an adalah tidak sama dengan seluar jeans moden Amerika pada zaman itu. Hasil usaha pembangunan dan kerjasama dua benua ini telah melihatkan kejayaan seluar jeans yang dipakai pada masa ini.
Pada tahun 1850an di Bandar California terdapat seorang saudagar barangan kain dari Jerman bernama Levi Strauss mula menjual seluar kerja denim berwarna biru kepada pekerja tempatan. Salah seorang pelanggannya ialah seorang tukang jahit Latvia bernama Jacob Davis yang kerap membeli kain dan seluar kerja denim dari perniagaan borongnya iaitu Levi Strauss & Co.
Apabila terdapat salah seorang pelanggan Jacob Davis yang mengeluh berulang kali mengenai seluar yang senang koyak, Davis mula mengembangkan idea untuk menggunakan rivet tembaga untuk menguatkan poket dan jahitan seluar. Davis mahu mematenkan ideanya tetapi dia tidak mempunyai wang sebnyak $ 68 yang diperlukan untuk mengambil hak cipta paten itu. Walaupun Davis tidak mempunyai wang yang cukup, dia tetap tidak berputus asa. Davis mendekati Strauss dan mencadangkan mereka berkerjasama dalam perniagaan tersebut. Dengan bantuan kewangan Strauss, lelaki itu telah menerima Paten US 139 121 iaitu "Penambahbaikan dalam jahitan poket" pada 20 Mei 1873. Ada yang menganggap hari itu sebagai hari kelahiran rasmi seluar jeans biru.
Strauss dengan strateginya telah mengupah Davis untuk mengawasi pengeluaran seluar rivet di kilang Levi Strauss & Co. San Francisco. Apabila rivet tersebut telah dipatenkan perniagaan mereka selamat. Levi Strauss & Co. adalah satu-satunya syarikat yang membuat pakaian riveted selama hampir 20 tahun. Walau bagaimanapun nasib tidak menyebelahi mereka apabila paten mereka telah berakhir dan berpuluh-puluh pengeluar lain mula meniru rekabentuk pakaian mereka. Pada masa itu, orang ramai rutinnya merujuk kepada seluar jeans biru sebagai "Levi's". Akhirnya bermulanya jenama Levi’s sebagai salah satu trademark.
Walaupun pada asalnya ia direka sebagai seluar kerja namun seluar jeans biru menjadi sebahagian besar budaya yang popular pada tahun 1950-an selepas seorang pelakon iaitu James Dean memakai seluar jeans dalam filem Rebel Without a Cause. Populariti mereka terus meningkat mendadak dan pada hari ini pakaian mereka telah menjadi rutin kepada warga Amerika dan juga seluruh negara.
Mereka merupakan pendatang asing berwawasan yang telah mengubah denim dan kepingan logam ke dalam produk pakaian yang paling popular di dunia. Mungkin mereka tidak pernah terbayang mereka akan menjadi terkenal pada suatu hari nanti. Hakikatnya, jenama seluar jeans Levi’s amat terkenal di seluruh pelusuk dunia.
Terdapat beberapa fakta menarik mengenai seluar jean biru ini, di antaranya ialah :
- Di Sepanyol seluar jeans biru dikenali sebagai vaqueros (koboi) atau tejanos (Texans).
- Jeans biasanya dicelup ke dalam warna biru menggunakan pewarna indigo. Terdapat pelbagai warna jeans yang lain seperti merah jambu, kuning, hitam dan putih. Sekarang terdapat pelabagi warna dan paten menyerupai seluar jeans.
- Purata penduduk Amerika memiliki sekurang kurangnya tujuh pasang jeans biru
- Pada tahun 1885, harga seluar jeans di Amerika adalah sekitar $ 1.50 (kira-kira $ 37 hari ini).
Kredit:iluminasi.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan