Seorang pembaca berita tidak dapat menahan ketawa ketika membaca laporan mengenai seorang ahli biologi yang digelar ‘Lelaki Kambing’.
Tom Thwaites yang merupakan seorang ahli biologi telah memutuskan bahawa dia mahukan kehidupan yang lebih mudah lalu dia menuju ke Pegunungan Alpen Switzerland untuk membuat sedikit penelitian dan kajian mengenai alam sekitar dan hidupan liar. Apa yang menariknya kali ini, dia telah memilih kambing sebagai subjek kajiannya.
Tom Thwaites telah menghabiskan masa selama tiga hari di pergunungan tersebut untuk makan, berehat dan bermain dengan sekawan kambing demi kajian sainsnya.
Sebelum memulakan ekspedisi sains tersebut, dia meminta Dr.Glyn Heath seorang ahli prostesis terkemuka untuk membina satu set kaki kambing khas untuknya. Dia meyakinkan ahli prostesis tersebut bahawa ekspedisi itu bakal menjadi satu pengembaraan yang hebat dan disebabkan itulah dia digelar ‘Lelaki Kambing.’
Seekor kambing mendekati dan mencium Tom.
Tom Thwaites telah merekodkan penyelidikannya dan memohon anugerah IG Nobel yang terkenal (lebih kurang seperti Hadiah Nobel). IG Nobel memberi hadiah untuk penyelidikan yang dianggap ‘gila’ tetapi sebenarnya sangat membantu dalam menangani masalah dunia yang berlaku pada hari ini.
Menurut Tom, ketika dia berada dalam kumpulan kambing tersebut, dia telah melakukan aktiviti yang sama dilakukan oleh kambing seperti meragut rumput dan berjalan-jalan.
Ada suatu ketika di mana ketika dia sedang meragut rumput, beberapa kambing berhenti mengunyah dan melihat kambing tersebut menghampirinya. Kata Tom kepada BBS News, “saya berasa sangat terkejut dan berasa kambing tersebut mahu menanduk saya.”
Tom bukan sahaja berjalan dalam kumpulan kambing untuk merasai kehidupan seperti kambing malah dia turut meragut rumput seperti kambing.
Selepas berjaya menyiapkan kajian tersebut, Tom membawa pulang hadiah Biologi kerana hidup bersama hidupan liar seperti badger, rusa, rubah dan burung.
Mungkin ada di antara anda yang beranggapan kajian Tom tidak masuk akal kerana sanggup menjadi ‘kambing’ hanya kerana kajian sais.
Hal ini berlaku kepada pembaca berita seperti di dalam video di bawah yang tidak dapat menahan ketawa ketika membaca laporan mengenai Tom dan kajiannya itu.
Namun, tidakkah anda tahu betapa pentingnya orang seperti Tom dalam dunia sekarang? Biarpun dia digelar ‘Lelaki Kambing’ tetapi kajiannya itu telah menyelesaikan beberapa permasalahan yang berlaku dalam dunia hidupan liar yang tidak ada orang mengetahui atau menyedarinya secara umum.
Tahniah dan terima kasih buat Tom kerana telah menjadi penyumbang maklumat yang bermanfaat kepada dunia lebih-lebih lagi tentang hidupan liar.
Kredit:Era Baru
Tiada ulasan:
Catat Ulasan