ads1

Jumaat, 4 Ogos 2017

【Video】Bas paling laju di dunia, satu revolusi dalam dunia pengangkutan awam darat

【Video】Bas paling laju di dunia, satu revolusi dalam dunia pengangkutan awam darat
Cetusan idea oleh bekas angkasawan Belanda, Professor Wubbo Ockels dan direka cipta oleh bekas pereka kereta Formula 1 dari Italy, Antonio Tezi, sebuah bas berkelajuan tinggi tercipta.
Projek ini telah dilaksanakan oleh beberapa syarikat yang diketuai oleh Delft University of Technology, Netherlands.
Bukan kereta api laju, mahupun kereta laju tetapi ini merupakan sebuah bas laju yang mampu memecut sehingga 250 km/h.
Kredit: drivespark
Rekaan yang aerodinamik dan mesra alam, Superbus, bakal menjadi pengangkutan awam yang akan digunakan di Dubai.
Menurut Antonio Tezi, apabila mendapat tugas ini ia merupakan satu cabaran yang amat besar.
“Saya berfikir berapa kerusi yang diperlukan, berapa pintu, berapa ketinggiannya tetapi saya sangat teruja bekerja dengan kumpulan kami yang amat hebat walaupun datang daripada pelbagai syarikat berbeza,” kata beliau.  
Rekaan aerodinamik dan tempat duduk seperti kereta lumba
Kredit: drivespark
Bas ini akan menghubungkan perjalanan 120 km daripada Abu Dhabi hingga Dubai dalam masa 30 minit sahaja.
Para pengguna akan merasai kenikmatan bas yang laju, selesa seperti kereta lumba, dan tambangnya juga pasti mahal.
Menurut mereka, SuperBus sesuai untuk bandar metropolitan yang tidak mahu melaburkan duit banyak terhadap pembangunan kereta api laju yang memerlukan rel kereta api yang amat mahal.
SuperBus merupakan satu alternatif terbaik kerana mempunyai kelajuan seperti kereta api laju tetapi menggunakan jalan raya biasa. Oleh itu, rel kereta api tidak diperlukan dan dapat menjimatkan kos.
Walaupun bas ini akan bergerak dengan laju, tetapi para pelanggan tidak akan merasai kelajuan tersebut kerana keselesaan yang diberikan.
Hal ini demikian, panjangnya adalah 15 meter dengan keluasan yang sesuai menjadikan kenderaan alaf baru ini selesa walaupun dipandu laju.
Ayuh, mari kita lihat kehebatan pengangkutan baru dalam dunia masa kini.
Tempat pemandu berada ditengah-tengah dan mempunyai dua belah pintu penumpang
Kredit: drivespark
Walaupun dipandu laju, penumpang akan tetap selesa tanpa sedar kelajuan bas.
Tonton Video di bawah tentang SuperBus yang menakjubkan:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan