ads1

Ahad, 27 Ogos 2017

【Video】Detik menyentuh hati apabila bapa menemani anaknya ke sekolah selepas 12 tahun

Seorang penuntut kolej, Charles Brockman III memuji tindakan bapanya atas komitmen yang diberikan bapanya dalam membantu dan membimbingnya melalui perjalanan hidup yang penuh liku. Beliau memperingati satu peristiwa penting dengan berkongsikan gambar yang menyentuh hati seluruh pengguna internet.
Beliau menggunakan media sosial sebagai medium untuk memberikan penghargaan kepada bapanya dengan mengepos gambarnya bersama bapanya yang sedang berjalan kaki ke sekolah tadika.
Terdapat juga gambar satu lagi yang menunjukkan hari pertama beliau menjejakkan kaki ke kolej di Mississippi. Foto-foto itu mungkin telah diambil selama satu dekad, dan tidak dapat dinafikan bahawa kasih sayang antara kedua-duanya tetap sama.
Brockman telah berkongsi gambar di Twitterdengan kapsyen : “Daripada hari pertama saya ke tadika sehinggalah saya menjejakkan kaki ke kolej. Terima kasih ayah”.
Pos berkenaan pada mulanya untuk tatapan keluarga dan kenalan rapat sahaja. Namun, ianya telah disebarkan secara meluas bak ribut yang laju dan ia telah dikongsikan sebanyak 60 ribu kali.
Kredit:Era Baru

Tiada ulasan:

Catat Ulasan