ads1

Ahad, 20 Ogos 2017

【Video】Seorang wanita ditinggalkan sendirian di tepi jalan setelah lamaran terhadap teman lelakinya bertukar menjadi pertengkaran

【Video】Seorang wanita ditinggalkan sendirian di tepi jalan setelah lamaran terhadap teman lelakinya bertukar menjadi pertengkaran

Lamaran seperti telah menjadi isu yang besar pada hari ini. Kebiasaannya, lelaki yang melamar perempuan. Ada yang membawa teman wanita mereka melancong ke tempat impiannya dan membuat kejutan dengan bantuan kenalan-kenalan rapat. Sudah tentu tidak salah jika perempuan yang melamar lelaki walaupun tidak selalu berlaku.
Di Santiago, Chile, perempuan yang berani ini bercadang untuk melamar teman lelakinya. Tetapi ia tidak seperti apa yang dirancang.
Video pendek yang dirakam menunjukkan seorang perempuan melamar teman lelakinya di tempat awam
Sumber: Daily Mail/Daily World News Stuff
Perempuan berambut hitam dilihat duduk di tepi jalan sambil memegang sebentuk cincin dan melamar teman lelakinya. Bercakap dalam bahasa Sepanyol, wanita ini menanyakan kepada teman lelakinya sama ada mahu mengahwininya atau tidak.
Saat yang romantik itu bertukar menjadi mimpi buruk apabila pasangan ini bertengkar.
Lelaki tersebut menerima lamaran itu dengan berkata, “Ya sayangku dan tolong berhenti disini.”  Lelaki itu kelihatan seolah-olah malu dengan tindakan teman wanitanya itu. Orang ramai membuat spekulasi bahawa wanita itu mengharapkan teman lelakinya menerima lamarannya.
Lelaki itu memujuk teman wanitanya untuk bangun daripada duduk dan pergi bersamanya tetapi wanita tersebut tetap berdegil
Sumber: Daily Mail/Daily World News Stuff
Apabila wanita tersebut enggan bangun dan pergi bersama teman lelakinya, teman lelakinya memutuskan untuk meninggalkan wanita itu sendirian di tepi jalan. Wanita itu dilihat sendirian di tepi jalan setelah lamarannya bertukar menjadi pertengkaran.
Apa yang anda fikir tentang tindakan wanita itu dan reaksi teman lelakinya?
Kredit:Era Baru

Tiada ulasan:

Catat Ulasan