ads1

Sabtu, 30 September 2017

Hero sebenar! Demi seorang budak lelaki, lelaki ini terus terjun ke kolam, walaupun dengan bersut mewah!

Ada petikan yang mengatakan bahawa dunia ini masih ramai orang yang baik, tetapi jika anda tidak menemuinya, maka jadilah orang yang baik itu.
Tidak susah sebenarnya untuk menjadi seorang baik, anda tidak perlu memberi ribuan ringgit atau menghadiahkan barangan mewah, tetapi cukup dengan menghulurkan tangan pada saat mereka memerlukan bantuan.
Apa yang dilakukan pemuda ini adalah sesuatu yang luar biasa. Walaupun dia bersut mewah dan sedang melakukan pengambaran perkahwinan siapa sangka dia memutuskan untuk terjun ke dalam kolam bagi menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki.
Dia tanpa berfikir panjang terus menyelamatkan budak tersebut tanpa mengira apa yang dipakainya dan apa yang sedang dilakukannya ketika itu.
“Wajahnya ditenggelami air dan dia bergelut, dia benar-benar bergelut untuk menyelatkan diri,” kata Clayton Cook kepada CTV News.
Cook dikatakan sedang mengambil gambar perkahwinan dengan isterinya, Brittany Ross Cook, di Victoria Park di Kitchener, Ontario, Kanada ketika kejadian tersebut berlaku.
Kredit: ©Facebook | Hatt Photography
Pemuda itu kemudian pantas beridir di tepi kolam dan menarik kaki kanak-kanak lelaki itu untuk menariknya keluar dari kolam. Pengantin perempuan yang ketika itu sedang tersnyum dan bersedia untuk mengambil gambar kemudian menyedari akan apa yang dilakukan suaminya yang menarik budak itu keluar dari kolam.
“Clay melompat dan berkata, ‘Capai tangan saya,’ dan kanak-kanak akhirnya berjaya mencapai tangan Clay dan Clay segera menariknya keluar,” kata Brittany Ross kepada CBC News.
Kredit: ©Facebook | Hatt Photography
Kanak-kanak lelaki yang hampir lemas itu dikatakan mengikuti pasangan pengantin itu bersama dua orang kanak-kanak lain sebelum kemalangan itu berlaku.
Dia nampaknya telah ditolak oleh salah seorang daripada kanak-kanak tersebut.
Kredit: ©Youtube Screenshot | CTV News
Menurut Ross Cook lagi kanak-kanak itu sedang bermain-main ketika salah seorang antara mereka bergurau dengan menolak seorang lagi kawan mereka sehingga jatuh ke dalam kolam. Mereka juga mungkin tidak sedar bahawa apa yang dilakukan adalah sesuatu yang berbahaya.
Imej-imej Cook yang sedang menyelamatkan kanak-kanak itu telah dirakam oleh seorang jurugambar dari London, Darren Hatt yang terlibat dalam pengambaran foto perkahwinan Cook dan isterinya.
“Pengantin perempuan itu menjerit dan menunjuk ke arah sungai. Sebaik sahaja saya berpaling, pengantin lelaki sudah berada di sungai dan sedang menarik seorang kanak-kanak lelaki ” beritahu jurugambar Hatt kepada CBS News.
Bagi Brittany Ross suaminya kini adalah seorang hero. Suaminya walau bagaimanapun seorang yang begitu merendah diri dan baginya apa yang dilakukan itu bukan lah sesuatu yang luar biasa.
Dia tidak berfikir panjang untuk melompat menyelamatkan budak lelaki itu kerana baginya apa yang penting adalah budak itu dapat diselamatkan.
Kredit: ©Youtube Screenshot | CTV News
Imej-imej dramatik semasa Cook menyelamatkan budak lelaki tersebut telah dimuat naik ke laman Facebook Hatt Photography .
“Itulah dipanggil HERO sebenar!” kata satu pengguna Facebook.
Sumber:Era Baru

"Saya Dengar Suara Suruh Pijak Al Quran, Suruh Buang Anak Bayi Saya," Suami Kongsi Catatan Ditulis Isterinya Terkena Meroyan


Kehamilan merupakan berita gembira kepada pasangan suami isteri, tetapi  segelintir dari kita tidak tahu sebenarnya ia memberi tekanan fizikal dan mental kepada wanita yang mengalami masalah loya dan muntah.

Perkara ini boleh menyebabkan sesetengah wanita mengalami tekanan, kesedihan melampau atau lebih dikenali dalam masyarakat kita sebagai 'meroyan'.

Meroyan juga dikenali sebagai Postpartum depression-PPD merupakan satu bentuk kemurungan yang boleh menyerang wanita yang baru bersalin.

Jika mengikut orang tua-tua dulu, wanita yang sedang berpantang tidak dibenarkan untuk melakukan kerja-kerja berat kerana ia sebenarnya untuk memberi peluang kepada wanita untuk mendapat rehat secukupnya selepas melahirkan anak.


Ramai tidak tahu apakah keadaan dan situasi sebenar yang berlaku kepada wanita yang mengalami masalah meroyan. Menerusi perkongsian lelaki ini, kita dapat tahu pengalaman wanita yang meroyan selepas bersalin.

Mari kita baca perkongsia dari Lutfi Lokman tentang catatan peribadi isterinya yang pernah mengalami 'meroyan'.

Berikut adalah catatan peribadi isteri saya. Puan Najwa Abdul Rahman yang sedang berubat baru-baru ini. Puas dia pujuk saya suruh tulis dan kongsikan kepada anda. Katanya, ramai orang di sana yang memerlukan sokongan seperti ini.

Saya pun teringat. Ketika melahirkan anak pertama kami, Dr. Mashitah (salah seorang doktor pakar melayu yang bermastautin di Arab Saudi) telah membisikkan kepada saya,
"Lutfi, jaga Najwa. Bantu dia. Jangan bagi meroyan. Dia ada simptom tersebut," sejurus keluar daripada menziarahi isteri saya dari bilik di Kota Makkah.

Meroyan? itu adalah kali pertama saya mendengar kalimah tersebut dan saya tidak sangka ia tersangat serius.


Bismillah.

Hi. Saya Najwa. Ini adalah catatan saya ketika terkena penyakit yang disifatkan meroyan. Apa yang saya kongsikan di sini adalah pengalaman saya. Tujuan saya kongsikan adalah kerana di luar sana, saya tahu bukan saya sendiri sahaja yang mengalaminya. Ramai lagi orang lain yang kena juga penyakit ini namun tidak tahu merujuk kepada siapa. Ada yang meroyan bertahun lamanya. Ada yang pulih. Semoga apa yang saya kongsikan ini dapat membantu mereka yang mengalami masalah sama dengan saya. Anda tidak keseorangan. Kita masih mempunyai harapan. Sinar cahaya masih ada di hadapan. Jangan putus asa.



Meroyan ada banyak jenis. Apa yang Najwa alami sekarang adalah 'meroyan angin' dan 'meroyan darah'. Najwa tertekan dengan kehidupan, dengan anak menangis, suami tiada di sisi ketika melahirkan anak, sakit buasir ketika pantang, pantang tak boleh makan makanan yang biasa kita makan dan paling utama adalah tertekan dengan orang kata-kata orang yang datang ziarah ketika pantang (sebab Najwa beranak caeser).

Perlahan-lahan Najwa cuba berubah. Sampai bila Najwa nak hidup seperti ini. Pasti di sana ada jalan yang boleh memulihkan diri Najwa. Amalan najwa berubat sekarang ialah baca Al Quran setiap hari (sekurang-kurangnya 10 mukasurat ), baca istighfar, baca saidul istighfar (boleh Google) setiap hari dan amalan-amalan lain lagi contoh masuk bilik air baca doa, masuk rumah baca doa dan lain-lain. Najwa jugaf berubat cara tradisional (seperti minum akar kayu Merbu).

Simptom meroyan yang Najwa alami:



1. Apabila baca Al Quran ada bisikan datang suruh buang Al Quran dalam tandas atau pijak.
Astaghfirullah kalau Najwa tak ada asas agama mungkin dah lama tewas. Bila datang bisikan macam tu terus Najwa istighfar banyak-banyak dan cuba sedaya-upaya untuk lawan.

2. Kadang-kadang datang bisikan pasal anak-anak. Suruh buang anak, bagi orang je anak ini, anak ini adalah beban dan mendatangkan malang. Astaghfirullah. Najwa sendiri hairan kenapa aku ni macam ni? Sekali lagi, kalau Najwa tak ada asas agama, tak tahu lah apa dah jadi dengan anak-anak Najwa semua ini. Alhamdulillah, Najwa lawan dan tak ikut apa yang bisikan tu suruh.

3. Bila stress lagi lah bertambah bisikan tu dan Najwa tak ada ubat melainkan baca Al Quran dan Azkar (himpunan doa sunnah).



4. Sensitif tidak bertempat. Contohnya, kalau Najwa beli coklat dan anak-anak makan coklat Najwa itu, Najwa akan menangis dengan sungguh-sungguh.

5. Pemikiran tidak stabil. Masa tu di rumah emak. Rumah bawah. Terasa nak bunuh diri dan tamatkan hidup ini. Namun, terfikir juga berdosa apa yang Najwa buat ini dan sakit juga kalau kena batu. Lagi pula, rumah ni atas tanah. Bukan bangunan 40 tingkat. Nak terjun macam mana. Itulah kali pertama dan terakhir datang bisikan seperti itu. Masa itu pula dalam pantang anak kembar. Namun, Alhamdulillah. Asas agama adalah benteng pertahanan diri kita.

6. Rasa putus asa, rasa bersalah, rasa sunyi, rasa letih, selalu menangis, rasa diri tidak berguna, rasa keseorangan, rasa sedih dan murung.
Itulah perkara yang Najwa alami. Semua orang tak nampak. Orang tak percaya. Hanya diri kita sahaja yang tahu.



Kepada mereka yang mempunyai simptom di atas, cepat-cepatlah berubat kerana jika terlambat boleh jadi gila. Ada yang terlalu berat sehingga membunuh diri dan orang yang disayangi. Meroyan bukan hanya dalam pantang sahaja ya. Ia boleh berlarutan seumur hidup jika tidak berubat.

Paling penting, sokongan keluarga. Suami yang sentiasa ada di sisi. Suami yang melihat perkara ini dan membantu dalam perubatan. Membantu meringankan isteri. Menguruskan anak-anak. Mengemas rumah. Membasuh baju. Memberikan masa untuk Najwa bersendirian. Membantu ingatkan tentang solat dan bacaan Al Quran. Itu antara faktor penting dalam perubatan dan perubahan diri. Ia kembali kepada minda kita. Kekuatan minda yang diperlukan melalui amalan-amalan yang disebut di atas.

Insya Allah. Allah tidak akan sia-siakan hambaNya. Diberinya cubaan dan akan diberikan ganjaran dalam pelbagai bentuk buat kita. Percayalah. Kita mampu untuk menanggungnya dan menguruskannya. Kerana kita adalah makhluk paling sempurna Allah ciptakan.

Silakan kongsi. Semoga bermanfaat buat anda semua. Juga rujukan bagi bakal suami isteri.

Sumber- Lutfi LokmanNajwa Abdul Rahman

10 FOTO LUAR BIASA YANG KELIHATAN DI LUAR JANGKAUAN HUKUM FIZIK, FOTO INI BOLEH MEMBUATKAN ANDA BINGUNG! FOTO NO 9 PALING TAK MASUK AKAL!

Bila anda melihat foto yang luar biasa, anda akan biasa terfikir, “bagaimana mereka melakukannya?”
Foto di bawah ini kelihatannya di luar jangkauan hukum fizik. Namun ianya tidak seperti yang disangka. Pemahaman hukum asas fizik membolehkan anda melainkan sesuatu yang kelihatan luar biasa.
Di bawah ini, tersenarai 10 gambar yang boleh membuatkan anda persoalkan sama ada apa yang anda ketahui betul-betul sahih. Sedia? Mula!
Bagaimana timbunan salji ini boleh melengkung begini?

Cuba tarik satu bahagian tanpa menjatuhkan struktur ini

Berani masuk ke dalam rumah ini?

Terpaku
Menyulusri ombak menaiki…motosikal?

Wah!


Bersiar-siar di hutan…eh, tunggu dulu!

Spidercar

Kuasa minda?

Bijak


Sumber : Era Baru

“Rupanya Bunyi “POP” Itu Bunyi Tengkorak Anak Kami.” Bayi Ini Meninggal Dunia Selepas Tengkorak Kepala Retak Akibat Forcep..

Hancur hati ibu apabila bayi yang dilahirkan dengan prosedur forcep ini maut kerana tengkorak kepalanya retak. Ibu hamil harus tahu risiko prosedur forcep.

Amaran penting: Sebelum menjalani sebarang prosedur perubatan, ketahui apakah risiko prosedur tersebut daripada pakar.

Kami amat bersimpati atas kehilangan satu lagi nyawa berharga yang tak bersalah ini – Olivia

Sepanjang 9 bulan seorang ibu mengandung, pelbagai harapan dan impian memenuhi lubuk hatinya.

Pasti dia mahu yang terbaik untuk si manja yang belum lahir itu. Sebab itu dia sanggup makan dengan betul, cuba dapatkan rehat dan tinggalkan semua amalan yang tak sihat demi kesihatan janin.

Tapi, tak pernah terlintas di hati mereka untuk sesuatu yang buruk terjadi ketika ingin bersalin. Terutamanya jika ia bukan atas kesalahan diri sendiri!

Kepala bayi retak kerana prosedur forcep

Tapi itulah mimpi ngeri yang terpaksa dihadapi ibu ini, Rachel Melancon. Beliau hamil dengan sihat sebelum tiba-tiba tarikh bersalinnya telah terlebih tempoh.

Overdue! Lalu, beliau meminta doktor untuk menjalankan pembedahan c-section. Tambahan pula, bayi tersebut dikatakan besar berbanding badannya yang kecil itu.

Tapi menurut ibu mertua Rachel, pihak hospital tidak menggalakkan pembedahan c-section dijalankan kerana takut akan “meninggalkan” parut.

Jadi, Rachel terpaksa menanti sehingga 18 jam sebelum bersalin. Ketika itu, denyutan nadi bayi dalam kandungan telah meningkat.


Malah, Rachel juga mengalami demam setinggi 103 darjah celcius!

5 jam kemudian, Rachel masih cuba meneran dan bayi tiada tanda-tanda untuk keluar. Pemeriksaan lanjut mendapati bayi berada dalam posisi yang salah.

Jadi doktor cuba mengubah posisi bayi dengan tangannya. Apabila ia juga tak berjaya, forcep terpaksa dilakukan.
Tapi, ketika itu juga sesuatu telah terjadi…

Menurut ibu bapa tersebut, mereka terdengar bunyi “pop” seakan sesuatu retak. Rupa-rupanya, bunyi itu adalah bunyi tengkorak anak mereka!

Selepas tidak berjaya mengeluarkan bayi tidak bersalah itu melalui forcep, Rachel dipaksa untuk melakukan pembedahan c-section, akhirnya.


Letting go: Olivia's parents, who kept a vigil at her bedside, donated her heart valve to save another baby

Olivia Marie, bayi itu dilahirkan dengan tengkorak yang retak dan saraf tunjang patah, mengakibatkan otaknya rosak.

Yang lebih menyayatkan hati, dia tak dapat diselamatkan. Selepas 5 hari, bayi kecil ini maut dan pergi untuk selama-lamanya…


Risiko prosedur forceps untuk ibu dan anak

Keretakan tulang atau tengkorak adalah risiko yang paling terkenal bagi prosedur forcep. Sebab itu ibu hamil harus lebih berhati-hati dan mengetahui risiko sebarang prosedur bersalin.

Malah, ibu hamil juga harus tahu bila saat-saat forceps diperlukan. 

Menurut Mayo Clinic, prosedur forcep mungkin diperlukan jika serviks anda sudah terbuka sepenuhnya, membran sudah pecah dan bayi telah turun ke saluran peranakan, namun anda masih tak boleh menolak bayi keluar.

Jadi, prosedur forceps diperlukan untuk menyelamatkan bayi. Namun, c-section juga boleh dijalankan dengan serta-merta.

Akan tetapi, forcep memiliki beberapa risiko pada ibu dan anak, seperti:
  • Kesakitan di perineum – tisu antara faraj dan dubur
  • Koyak di bahagian bawah kemaluan dan luka
  • Sukar untuk kencing
  • Kencing manis jangka pendek dan panjang
  • Anemia (kurang sel darah merah kerana hilang banyak darah)
  • Pundi kencing dan uretra tercedera
  • Pecah rahim 
Untuk bayi pula, antara risiko yang mungkin boleh terjadi termasuklah:
  • Kecederaan di bahagian muka akibat tekanan daripada forcep
  • Lemah otot muka secara sementara (facial palsy)
  • Trauma di kawasan luar mata
  • Tengkorak retak
  • Pendarahan dalam tengkorak
  • Sawan
Ingatlah, anda harus berbincang dengan doktor pakar tentang sebarang kerisauan yang anda takuti.

Malah, anda juga perlu tahu apa-apa maklumat tentang proses bersalin untuk sentiasa bersedia dengan apa-apa cabaran.

Heartbroken: Allen Coats and Rachel Melancon with baby Olivia whose skull was crushed during an attempted forceps delivery

Takziah diucapkan.

Anda ada pengalaman ngeri sepanjang prosedur forcep? Kongsikan dengan kami di bawah!

Kredit: The AsianParent Malaysia
Sumber:pen merah

Jumaat, 29 September 2017

ABANG AKU USTAZ HENSEM PULAK TU TAPI DIA PILIH ISTERI YANG TAK CANTIK AKU FRUST SEBELUM TAU….

GAMBAR DI ATAS SEKADAR HIASAN

Sudah menjadi lumrah setiap orang suka akan keindahan dan kecantikan. Begitu juga dalam memilih pasangan hidup, kebanyakannya akan lebih mudah tertarik kepada penampilan secara luaran terlebih dahulu.
Kisah yang kami nak kongsikan ini benar-benar buka mata yang kecantikan bukanlah menjamin kebahagiaan rumahtangga.
Siapa je yang sanggup lepaskan kerja sebagai pensyarah semata-mata kerana mahu menjaga ibu mertua dan nenek yang terlantar sakit? Walaupun selekeh dan tak bergaya, keperibadian wanita ini memang kami salute!
Berangan nak ada kakak ipar cantik
Abang aku ustaz. Muka boleh tahan hensem, dia sangat active masa study kat Mesir dlu, kira orang kuat la. So aku pernah dengar la ada 2 3 orang perempuan syok kat dia. Lepas habis belajar abang aku cakap nak kahwin, suruh ummi pergi rumah bakal kakak ipar aku.

Aku pun semangat la, mesti bakal kakak ipar aku cantik, mesti jenis lemah lembut, jenis ayu habis. Ye la abang aku ustaz, bakal doctor tak lama lagi. aku berangan la ada kakak ipar cantik. Yang boleh layan gila-gila aku. Last-last tengok, alah biasa ja.

Tak kurus tak gemuk. Senyum ja manis. Muka pucat semacam. Tapi aku okay ja sebab dia baik, senang bawak bersembang even macam orang tua-tua cara dia. Jenis tak heran lansung tudung dia senget ke betul ke, janji dia buat kerja dia.

Cuma aku still berharap abang aku terima seorang sis ni. Dia memang syok dekat abang aku, cantik pun cantik. Orang femes insta gitu. Kira macam model muslimah la.
Lagipun aku tengok cara hidup dia dengan abang aku sangat berbeza. Abang aku jenis tertib gila, kakak ipar aku ni jenis bedal tak kira apa, kalau jumpa orang tua, mulut dia boleh bercakap tak berhenti.

4 bulan lepas tu diorang kahwin. Kakak ipar aku ni jenis biasa ja orang dia. Pakai baju labuh dengan jeans, tudung shawl, satu jenis tu ja dia lilit. Tak mekap lansung.

Aku tak pernah tengok dia tempek bedak. Masa kenduri kahwin memang beza gila muka dia. Seri pengantin kot, cantik sangat, tapi sekali tu ja la. tu pun sebab kena paksa dengan kakak dia. Kakak dia muo, terpaksa la ikut kehendak kakak dia. dia malu sangat nak ambil gambar.

Nak pegang abang aku pun dia tergetar-getar. Kalau dia rancak bersembang dengan makcik-makcik, abang aku usik sikit ja terus diam. Aku tengok bahagia ja diorang. Adik beradik aku semua suka dekat kakak ipar aku, tapi aku kadang-kadang macam tersebut pasal model muslimah tu depan dia, dia macam terasa jugak la. Ye la, kalau sekali pandang macam tak padan. Abang aku hensem dia biasa ja.

Kakak ipar sanggup berhenti kerja jaga mak & nenek

Tahun lepas mak aku sakit. Nenek aku pulak nyanyuk, kakak ipar aku yang kerja sebagai lecturer tu berhenti sebab nak jaga mak dengan nenek aku. Bila abang aku balik, abang aku tolong. Aku lansung tak tolong, kami dua beradik ja.

Aku ni kononnya busy belajar. Kadang-kadang je aku tolong mandikan mak. Satu hari aku balik, nenek tengah lumur kepala dia dengan najis, kakak ipar aku tengah mandikan mak aku. Dah la mak aku jenis besar, dia mandikan sorang-sorang.

Aku nampak muka dia merah, sorang-sorang kot angkat. Lepas dia masuk bilik tengok tok, dia lansung tak marah. Dia mandikan tok pulak. Dia tak nampak aku dah balik. Masa ni aku dah rasa sebak. Hebat kakak ipar aku ni. Banyak kerja dia sehari suntuk. Bukan senang jaga orang sakit.

Malam tu aku nampak abang aku tolong urutkan kaki kakak ipar aku masa dia tengah tidur sambil tengok TV kat bawah. Abang aku menangis weh. Dia usap pipi kakak ipar aku. Aku nak turun bawah time tu, aku buat2 tak nampak, aku naik balik atas. Aku pulak dok sedih sorang-sorang kat atas. Kenapa selama ni aku tak nampak? Aku tak patut soalkan pun kenapa abang aku pilih dia.

Mak syurga abang aku, dia kena jaga syurga tu

Kakak ipar aku cantik, tapi abang aku je nampak. Dia tak tayang dia slim kat ig, dia tak gila mekap nak tunjuk dia cantik. Most importantly, dia sayang abang aku seadanya. Sanggup susah bersama even dia dah ada semua. Lansung tak mengeluh depan abang aku padahal aku nampak weh, susahnya dia nak hadap semua ni. Selalu aku nampak dia tertidur sambil bagi makan mak dengan nenek aku.

Time makan pun dia kena makan berdiri kadang-kadang, tak ada masa untuk diri sendiri. Aku pernah tanya dia kenapa susah sorang-sorang, ambik la maid. Dia cakap mak aku syurga abang aku, dia kena la jaga syurga abang aku.
Sebab dia, aku akan balik jugak setiap minggu nak tolong dia jaga mak n nenek aku. Sebab dia aku sedar. Patut la mak aku sayang sangat menantu dia ni, memang lain drpd yang lain. Point aku, tak payah judge orang based on appearance je.

Nampak ja kakak ipar aku ni rock, but she really yang terbaik untuk abang aku. Yang cantik rupa mudah nak cari, yang cantik hati susah nak jumpa.
Sumber: iiumc via Sayaluvislam

BIAR BETUL….TIADA PILIH KASIH DALAM HUKUM HUDUD ANAK RAJA SAUDI INI DIHUKUM REJAM SAMPAI MATI KEKASIHNYA DIPANCUNG HINGGA PUTUS KEPALA KERANA ZIN4

pasangan bisa hidup bersama hingga maut memisahkan amat romantik. Tetapi, hubungan antara lelaki dan wanita diatur secara ketat dalam Islam. Tujuannya adalah agar hubungan lelaki dan
perempuan tetap sesuai dengan kaidah agama dan etika kesopanan.
Screenshot_2.jpg
Hukum Islam ini ditegakan dengan tegas di negaranegara tertentu seperti misalnya Arab Saudi. Arab merupakan negara yang terkenal paling ketat membuat peraturan supaya pria dan wanita tidak saling berbaur dan berzina.
Saudi akan menghukum siapa saja yang melakukan zina dengan hukuman Rajam. Hukuman ini tanpa pandang bulu. Ini dibuktikan sendiri oleh Saudi saat seorang puteri kerajaan yaitu Mishaal binti Fahd al Saud yang merupakan Putera Muhammad bin Abdulaziz, kakak Raja Khalid bin Abdulaziz Al Saud.
Mishaal merupakan perempuan muda yang berjiwa bebas dan jujur. Seisi istana sayang dengannya. Keluarga kerajaan menyukai dia. Mishaal adalah gadis yang senang menuntut ilmu dan terpelajar.
Mishaal mendapatkan bantuan dari keluarga Arab untuk belajar sampai ke seluruh penjuru dunia. Semua diberikan oleh kerajaan pada gadis tersebut. Hingga suatu ketika, dia menuntut ilmu ke Libanon.
Mishaal yang sudah cukup umur dan jiwa muda yang membara, bukan hanya untuk menuntut ilmu semata, tapi juga jatuh cinta. Perempuan ini bertemu dengan seorang pemuda Lebanon bernama Khaled alShaer Mulhallal. Sebut saja dia Mulhallal.
Benih-benih Cinta Terlarang Puteri Arab Saudi
Perasaan di antara Mishaal dan Mulhallal makin mengembang dari hari ke hari. Pemuda yang telah
membuat puteri Arab Saudi itu jatuh cinta, sesungguhnya adalah keponakan dari Duta Besar Arab Saudi di Lebanon. Namun sungguh, dia memang bukan siapasiapa bila dibandingkan dengan status Putri Mishaal.
Screenshot_3.jpg
Di sisi lain, keluarga kerajaan sudah menjodohkan sang putri dengan pria yang sederajat. karena menganggap kalau gadis itu sudah cukup umur untuk menikah. Keinginan Mishaal belajar ke Lebanon, sebenarnya hanya usaha melarikan diri dari perjodohan tersebut. Tapi cinta memang tidak memandang latar belakang.
Mishaal terlanjur dimabuk cinta oleh pesona Mulhallal yang juga menuntut ilmu di Lebanon. Cinta membuatnya lupa segalanya. Lupa kalau dia seorang putri raja, lupa perjodohan, lupa keluarga. Dan cinta itu, menggiring nasib keduanya pada maut yang buruk. Sudah jelas kalau cinta
Mishaal dan Mulhallal tidak akan disetujui oleh keluarganya.
Sang puteri dan lelaki yang dicintainya merancang untuk melarikan diri. Perempuan itu memalsukan kematiannya, seolaholah ia mati tenggelam dan tubuhnya tidak ditemukan. Taktik ini digunakan untuk mengulur waktu. Sehingga ia bisa menyamar ke bandara sebagai seorang pria, meninggalkan tanah airnya untuk hidup bersama pria yang ia cintai selamalamanya.
Namun sayang, akhirnya ia tertangkap di Bandaraya Jeddah. Alarm di Bandara berbunyi nyaring. Mishaal digerebek banyak sekuriti. Saat itu ada pemuda yang sempat berusaha menyelamatkannya, tapi sayang mereka dikepung terlalu banyak penjaga. Para penjaga memisahkan mereka hingga berurai air mata, konon pemuda itu adalah Mulhallal. Akhirnya sang putri dikembalikan ke keluarganya.
Screenshot_1.jpg
Dan yang lebih mengerikan, hukuman berat telah menanti mereka. Usaha Keluarga Menyelamatkan Sang Putri Karena tuduhan perzinahan perlu 4 orang saksi lakilaki dan kesaksian diri dengan 3 kali mengucapkan Saya berzina.Hukuman Mati Kasus Mishaal sebenarnya masih bisa ditutupi.
Keluarga berusaha melindunginya.Sang raja membujuknya dengan meminta Mishaal untuk tidak mengaku apaapa agar selamat dari hukuman, yang penting ia tidak bertemu lagi dengan Mulhallal. Karena bila ia mengaku, tak seorangpun, bahkan datuknya sendiri, bahkan raja sekalipun, yang bisa menolongnya. Namun sepertinya cinta itu sudah terlalu dalam.
Puteri menolak melindungi dirinya sendiri, apalagi mengingkari cintanya pada Mulhallal selama ini. Mishaal kembali ke persidangan dengan tiga kali mengucap, Aku telah melakukan zina. Aku telah melakukan zina. Aku telah melakukan zina. Maka dijatuhkanlah eksekusi mati kepada sang putri, begitu pula dengan kekasihnya.
Eksekusi mati Mishaal dan Mulhallal terjadi di tahun 1977, tanggal 15 Juli di taman Gedung Ratu Arab Saudi. Meski ia punya status yang tinggi, ia tetap diperlakukan sebagaimana terpidana mati. Kedua mata Mishaal ditutup, ia juga disuruh berlutut dan dieksekusi atas instruksi langsung dari sang
kakek. Ini dilakukan karena Mishaal dianggap telah mencoreng kehormatan keluarga, karena semestinya dia menikah dengan pria yang dijodohkan dengannya.
Mulhallal melihat dengan mata kepalanya sendiri bagaimana kekasihnya menghadapi siksaan eksekusi. Hukuman bagi wanita yang dituduh zina adalah hukum rajam. Prosesi rajam dilakukan dengan cara tubuh ditanam berdiri di dalam tanah setinggi dada, lalu dilempari batu hingga mati. Tak terbayang bagaimana rasa sakit karenanya. Tapi begitulah hukum yang berlaku di negeri itu.
Screenshot_4.jpg
Tapi tak lama lagi, dia sendiri juga akan menghadapi kematiannya. Sebuah pedang telah ditempelkan di lehernya dan dia pun sudah siap dieksekusi. Sayangnya, algojo yang melakukan eksekusi bukan profesional sehingga kepala Mulhallal tidak bisa putus dengan sekali tebasan. Jadi,kematian itu bisa dibayangkan bagaimana sakitnya.
Putri%2BRaja%2BArab%2BSaudi%2Byang%2BDi%
Rumor Kematian
Ada isu yang beredar bahwa perempuan yang dieksekusi itu bukanlah sang putri sebab dia bagaimanapun adalah keluarga kerajaan. Bisa dipastikan keluarga kerajaan yang
begitu sayang dengan Mishaal takkan sampai hati membunuh dia. Tapi hanya keluarga kerajaan saja yang tahu semuanya.
Setelah hukuman eksekusi ini, peraturan tentang wanita yang ada di Arab semakin ketat. Raja menambah penjagaan di beberapa fasilitas umum dimana pria dan wanita sering bertemu. Kisah nyata tentang puteri Saudi ini diflmkan dengan judul Death of a Princess. Banyak kontroversi mengiringi film ini
video:
http://www.keluarga-berencana.com/
Sumber: tambahcheese

Khamis, 28 September 2017

Ibu bapa rela jaga maruah dan abaikan aduan anak jadi mangsa buli di asrama


Sudah puas anak mengadu yang dirinya menjadi mangsa buli di asrama sekolahnya. Namun ibu bapanya tidak endah dan menganggap anaknya itu menipu. Biarpun berkali-kali pelajar terbabit melaporkan dia dipukul, dipaksa melakukan perkara yang tidak diingini sehingga melakukan perbuatan yang tidak senonoh, ibu bapanya tetap berkeras tidak mahu menukarnya ke sekolah lain dengan alasan malu dengan saudara mara dan jiran.

Ini kerana sebelum ini mereka sangat berbangga apabila anak sulung mereka dapat masuk ke sekolah berasrama penuh itu dan sememangnya menjadi impian pasangan ini yang tidak mahu menempatkan anak mereka di sekolah biasa. Ibu bapa jenis apakah ini? 


SALAM admin, hide Facebook saya. Nak dijadikan cerita, masa saya tulis ini, saya sedang bergaduh besasr dengan suami mengenai anak sulung saya. Kami sudah berkahwin hampir 18 tahun dan Alhamdulillah dikurniakan tiga orang anak lelaki. 

Masalah saya admin, anak sulung saya sekarang berada di sebuah asrama penuh. Setiap hari dia call dan kata nak keluar dari asrama sekolah itu sebab tidak tahan dibuli.

Saya dan suami pula memang tidak akan membenarkan kerana, di mana kami nak letak muka dengan jiran dan saudara mara kalau mereka tahu anak kami tiba-tiba keluar dari asrama itu? Dan sejak dari dulu lagi kami sangat bangga bila anak dapat masuk asrama itu. 

Masalahnya admin, setiap kali anak call saja, suami mesti akan panas baran dan menengking dia di dalam telefon. Selepas itu, dengan saya sekali turut menjadi mangsa kemarahannya. Dia menyalahkan saya sebab tidak pandai menjaga anak, sedangkan saya seorang surirumah berbanding dia yang bekerja di pejabat, memang tiada banyak masa bersama anak.


Salah saya ke, admin? Lagipun saya sudah banyak kali beri ieda supaya anak tukar asrama tetapi suami berkeras hati mahu anak sulung kekal di asrama itu. Walau apa pun, kami memang tidak mahu dia masuk ke sekolah biasa. Malulah kami dengan anak-anak jiran dan kawan suami yang lain serta saudara mara lagi. 

Sekarang pun anak-anak lain dah jadi takut sebab abang dia ada call mereka juga, mengadu dipukul, tiup kipaslah dan ada sekali dia beritahu ada pelajar senior yang melakukan perkara yang tidak senonoh pada dia. Saya dan suami? Memang tidak percaya sebab itu asrama budak-budak pandai.

Bantulah saya admin, apa patut saya buat? 

Confessor di Kisah Rumah Tangga



Sumber:The Reporter