ads1

Jumaat, 15 September 2017

5 Cara Mengenali Lelaki Homoseksual

Lelaki homoseksual atau lebih dikenali sebagai gay atau kunyit, sebenarnya sangat dilarang sama sekali di dalam Islam.
Tetapi setiap manusia mempunyai naluri masing-masing, siapa yang harus dipersalahkan? Adakah ibu bapa yang harus disalahkan dalam hal ini?
Golongan ini sebenarnya sudah wujud pada zaman Nabi Luth lagi, dimana mereka di lakhnat oleh Allah s.w.t kerana tabiat mereka yang menyukai sesama sejenis.
Namun pada zaman sekarang seakan menular pula tabiat buruk ini, mereka semakin berani beraksi di depan umum dan berbangga menyukai sesama jenis. Sepertinya mereka tidak segan melakukan perbuatan terkutuk tersebut.
Jangan tertipu dengan perwatakkannya yang kemas dan maskulin, ramai yang terperdaya dan sesudah itu apabila berumahtangga mereka mempunyai masalah apabila ‘bersama’. Ini kerana lelaki homoseksual tidak mempunyai nafsu terhadap wanita. Mungkin saja perkahwinan itu diatur tanpa rela dan akhirnya si isteri pula menjadi mangsa.
Jadi para wanita harus berjaga-jaga dalam memilih calon suami, Jom kita lihat antara ciri-ciri lelaki sosial yang anda perlu tahu.
Sering memuji lelaki lain
Jika selalunya wanita yang suka memuji lelaki kacak, tapi ini lain pula apabila lelaki pula yang melebih-lebih memuji. Malah pandangan matanya juga berbeza. Jika anda rasa itu adalah normal, anda sebenarnya salah! Selalunya lelaki normal tidak akan memuji lelaki lain melainkan dia berminat dalam bina badan.
Suka memegang atau mencuit di bahagian sensitif
Jarang sekali kita melihat lelaki menyentuh mana-mana bahagian sensitif lelaki lain. Jika itu yang berlaku pada sahabat atau pasangan anda, AWAS! dia mungkin lelaki homoseksual.
Sukar memuji atau mengagumi wanita
Golongan ini sukar untuk memuji wanita, pandangannya terhadap wanita sama seperti anda. Yang lebih menarik perhatiannya ialah lelaki dan bukan wanita!
Jika dia lelaki normal, sudah pasti apabila melihat waita cantik, dia akan memuji dan mengaguminya bukan? Jika dia hanya bersahaja tanpa menunjukkan sebarang minat, mungkin saja dia berjiwa songsang.
Memerhati lelaki dengan pandangan yang tajam
Jika anda perasan, mungkin cara dia memandang lelaki lain dengan pandangan yang berbeza. Lirik matanya seperti dai terpikat dengan lelaki tersebut, dengan pandangan yang ghairah dan mengiurkan, sah! Dia lelaki homoseksual.
Suka menarik perhatian lelaki berbanding wanita
Seperti wanita, mereka akan berusaha untuk mendapatkan perhatian dari lelaki yang diminatinya. Dia akan melakukan aksi menarik dan manja. Ianya bukanlah suatu yang normal. Anda harus berjaga-jaga!
Ada sesetengah orang mengatakan sudah lumrah mereka lahir dalam keadaan sebegitu. Berjiwa lembut dan perwatakkan manja seperti wanita, namun sebenarnya jika dibentuk sedari kecil, mungkin keadaan seperti itu tidak akan berlaku.
Ibu bapa seharusnya cepat mengatasi masalah ini sejurus mengetahu keadaan anak anda. Jangan dibiarkan melarat sehingga besar. Mereka perlu di didik menjadi lelaki sejati dari awal lagi.
Sumber: Baituljannah.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan