ads1

Ahad, 10 September 2017

ANAK AUTISME INI MENANGIS TERESAK – ESAK DI PESAWAT DAN MENGGANGGU PARA PENUMPANG, TAK LAMA KEMUDIAN SEORANG WANITA “MELAKUKAN INI” DAN SEMUA ORANG TERLOMPONG

Bentzion Groner dan isterinya, Rochel, baru-baru ini mendapat pengalaman yang tidak dapat dilupakan apabila mereka melancong menuju ke North Carolina, Amerika.

Apabila mereka di atas pesawat, ada seorang anak yang tiba-tiba menangis histeris dan tak boleh tenang.Seolah-olah anak itu baru pertama kali naik pesawat dan keluarganya tidak tahu bagaimana membantu kanak-kanak ini. Akhirnya Groner dan isterinya pun turun tangan.
Anak laki-laki yang dikendalikan oleh Groner seolah-olah menderita autisme. Ditambah dengan pengalaman pertama anak ini naik pesawat, seolah-olah pengalaman ini membuat anak itu takutnya bukan main sehingga dia berteriak histeria. Hal ini sedikit banyak mengganggu para penumpang, walaupun tidak ada yang berani berkata apa-apa. Tetapi dilihat dari keadaannya, siapapun akan tahu kalau para penumpang sudah merasa terganggu.
Apabila keadaan semakin panas, Rochel, yang bekerja sebagai tenaga ahli di institusi penjagaan anak-anak penyandang cacat kemudian turun tangan untuk membantu. Awalnya kanak-kanak itu menangis tanpa dapat ditenangkan bahkan oleh ibu bapanya. Tapi Rochel kemudian berdiri di sebelahnya, mendekatkan diri, dan membuka tangannya untuk memeluk.Kanak-kanak ini kelihatan berfikir sebentar dan ragu-ragu, tapi akhirnya dia bersetuju untuk dipeluk dan dituntun ke kabin bahagian belakang.Rochel kemudian memeluk anak ini, menepuk-nepuk belakangnya, menyandungkan nyanyian yang lembut, kemudian kanak-kanak ini pun berhenti menangis.
Setelah anak ini selesai menangis, boleh dilihat Rochel dan anak ini duduk di pinggir jalan kabin, melukis, bermain, dan bermain handphone.Tak lama kemudian, boleh dilihat kalau anak ini sudah menjadi semakin tenang.
Hal ini membuat banyak orang berasa kagum dan merasa kalau Rochel seperti ‘angel’ yang datang untuk menolong kanak-kanak ini!

Benar-benar pemandangan yang manis!
APA ITU AUTISM?
Autism adalah istilah yang merujuk pada sekumpulan gangguan perkembangan yang memberi kesan kepada otak.Gangguan pada otak ini mempengaruhi kemampuan seseorang untuk berkomunikasi, menjalin hubungan dengan orang lain, dan bertindak balas terhadap dunia luar dengan baik.
Orang yang menderita autism mempunyai kecenderungan untuk mengulangi tindakan atau minatnya, dan punya pola berfikir yang kaku.
Pesakit autism mempunyai pelbagai tingkatan. Sebahagian pesakit autism ini boleh berfungsi pada tahap yang relatif tinggi, dengan kemampuan untuk berbicara dan kecerdasan yang utuh.
Sementara yang lain, punya tahap kesukaran yang serius untuk bercakap, dan sebahagian yang lain sama sekali tidak mampu bercakap.
Seorang bayi yang mengalami autism mungkin akan mengelakkan hubungan mata, seperti tuli, dan kemampuannya untuk mengembangkan bahasa dan bersosial tidak berkembang.
Menurut kajian, kira-kira 20 peratus kanak-kanak yang menderita autism mengalami jenis kemunduran saraf otak ini.
Kanak-kanak yang mengalami autism mungkin akan bertingkah seolah-olah tidak sedar akan kedatangan dan kepergian orang lain, atau melakukan serangan fizikal dan mencederakan orang lain tanpa amaran.
Bayi yang mengalami autism seringkali tetap asyik pada satu item atau aktiviti, menghalau atau memukulkan tangannya, seperti tidak sensitif terhadap lebam atau lecet, dan bahkan mungkin kelihatan sengaja untuk mencederakan diri sendiri.
Secara umum, gangguan ini akan mula kelihatan apabila kanak-kanak berusia 3 tahun, meski sebahagian kanak-kanak di diagnosa pada usia yang lebih tua.
Anak laki-laki punya kemungkinan tiga hingga empat kali untuk mengalami autism berbanding anak perempuan.Pada masa kanak-kanak perempuan mengalami gangguan ini, mereka cenderung untuk menunjukkan gejala kerosakan yang lebih serius dan besar.
Autism terjadi pada semua bangsa, etnik, dan kumpulan sosial. Walaupun penyebab autism belum diketahui, namun beberapa faktor yang dikaitkan dengan beberapa bentuk autism.
Termasuk diantaranya jangkitan, metabolisme, genetik, neurological, dan faktor persekitaran misalnya diet, terekspose pada racun atau ubat-ubatan.
Di tahun 1940, seorang doktor di Johns Hopkins Hospital, Dr. Leo Kanner, mempelajari sekumpulan kanak-kanak yang terdiri 11 orang yang menderita kemunduran mental.
Berdasarkan ciri-ciri dari tingkah mereka dalam melibatkan dan merangsang diri, Dr. Leo Kanner menyebutnya dengan istilah infantile autism.
Sekumpulan kanak-kanak dengan gejala yang sama namun lebih ringan dipelajari oleh seorang penyelidik Jerman bernama Dr. Hans Asperger pada saat yang hampir bersamaan dengan Dr. Kanner.
Pesakit autism yang lebih ringan ini kemudian dikenali sebagai Asperger syndrome (AS).

Sumber : ezchannel

Tiada ulasan:

Catat Ulasan