ads1

Ahad, 10 September 2017

Keajaiban! Mangsa serangan asid menyangka wajahnya tidak akan kembali seperti dulu tetapi sebaliknya berlaku

Apabila seorang pelajar telah diserang dengan simbahan asid pada hari lahirnya yang ke 21, dia berfikir yang wajahnya tidak akan kembali seperti sebelumnya.Tetapi selepas beberapa bulan selepas insiden itu, dia mendokumentasi perubahan pada wajahnya dan akhirnya telah menunjukkan wajahnya yang terakhir baru-baru ini.
Pada bulan Jun, 2016 , Resham Khan dan sepupunya Jameel Mukhtar telah memandu dan  bersiar-siar meraikan hari lahir Resham dengan berseronok dan mendengar muzik sambil bersantai. Tiba-tiba seorang lelaki telah menghampiri kereta mereka dan menyimbah asid ke tingkap kereta dan mengenai mereka berdua menyebabkan kelecuran teruk di muka Resham dan Jameel.
Kredit : twitter/ReshKay
Resham Khan berasa sangat kecewa ,sedih dan murung apabila melihat wajah jelitanya telah musnah dan dia berfikir keadaannya tidak akan kembali seperti dulu. Resham menjadi trauma selepas insiden itu dan sangat takut untuk keluar dari rumahnya.
Namun, selama berada di dalam rumah Resham Khan telah mula memulihkan dirinya dan mula mendokumentasi wajahnya menerusi media sosial beberapa bulan selepas serangan asid itu.
Menurut The Telegraph, Resham telah menulis di media sosial pada bulan Julai yang berbunyi,
“Hari ini saya begitu gementar untuk berjalan ke kedai berdekatan. Saya takut untuk menghadapi dunia. Saya terlalu takut melihat orang melihat wajah saya. Saya terlalu takut untuk menjawab pertanyaan ‘Anda apa khabar?”. Semuanya terlalu takut. Hidup saya telah terhenti , membeku dengan ketakutan.”
Kredit : twitter.com/ReshKay
Walau bagaimanapun, Resham tidak berdiam diri dan sentiasa mengemaskini post di media sosial dengan berkata, “Apabila anda tidak sabar untuk keluar pada waktu malam, tetapi pemandu teksi memutar lagu yang lembut dan ia mematikan perasaan itu setiap kali.”
Kredit : twitter.com/ReshKay
Pada 2 September , beberapa bulan selepas serangan menyakitkan itu, Resham Khan telah menghantar beberapa foto dirinya yang memakai baju baru untuk satu perayaan dan dia kelihatan sangat jelita dengan wajah yang ketara seperti tidak pernah mengalami kecederaan.
Amat menakjubkan dan penuh keajaiban bagaimana Resham Khan berusaha dan mampu mengubah wajahnya menjadi kembali jelita dan cantik.
Kredit : twitter.com/ReshKay
Penyerang Resham Khan dan Jameel Mukhtar bernama John Tomlin telah ditangkap. John yang berusia 25 tahun telah dituduh dengan tuduhan menyerang dengan niat menyebabkan kecederaan fizikal kepada kedua-dua mangsa. Sepupu Resham, Jameel telah mengalami kecederaan yang serius akibat dari serangan simbahan asid itu.
Kredit : Metropolitan Police
Mujur penjenayah itu telah ditangkap dan sedang menjalani hukumannya. Syukur juga Resham Khan dan sepupunya telah kembali pulih seperti sedia kala.
Sumber:Era Baru

Tiada ulasan:

Catat Ulasan