ads1

Isnin, 25 September 2017

Bayi 1 Tahun Mati Dalam Bilik Air Selepas Bapa Guna Wap Untuk Ubati Batuk..


Mengubati batuk dengan wap bilik air?

Satu-satunya cara untuk mengubat batuk dan selesema secara semulajadi adalah dengan menggunakan kaedah wap.

Cara mudah untuk melakukan ini adalah dengan membuka air panas dalam bilik air sehingga ia dipenuhi wap panas. 

Kemudian, penghidap batuk atau selesema disuruh masuk ke dalam bilik air selama 5-10 minit di bawah pengawasan ibu bapa, supaya mereka tidak terkena air panas yang masih mengalir.

Kaedah ini mempunyai banyak variasi, sesetengah ibu menambah minyak pati. Tetapi cara yang paling asas ialah dengan menggunakan wap air panas sahaja. 

Walaupun kaedah ini nampak senang dan mudah, namun ibu bapa masih perlu tahu kepentingan melakukannya dengan cara yang betul.

Ayah cuba mengubati batuk anaknya

The New York Post melaporkan seorang bayi lelaki berusia 1 tahun telah mengejutkan ayahnya awal pagi Jumaat sekitar pukul 3 pagi kerana asyik batuk.

Menurut WPIX lagi, ayah bayi itu memberitahu polis dia telah memberikan anaknya campuran air, gula dan lemon, untuk melegakan batuk anaknya itu.

Tetapi, anaknya masih tidak berhenti batuk.Jadi ayah itu telah meletakkan anaknya dalam stroller yang ditutup dengan selimut dan meletakkan stroller itu di bilik mandi dengan air panas yang dipasangkan.

Baby dies after dad leaves him beside hot steaming shower

Dia kemudiannya menutup tirai agar wap panas itu kekal dalam bilik mandi dan boleh melegakan batuk anaknya. 

Ayahnya kembali tidur selepas memasang jam loceng untuk bangun pada pukul 5 pagi. Apabila ibu bayi tersebut bangun pada pukul 5 pagi, dia mendapati anaknya sudah tidak sedar diri!

Risiko bayi terlalu panas (overheating)

The New York Daily News melaporkan bayi itu terus dikejar ke hospital tetapi telah disahkan meninggal dunia sejurus tiba di sana.

Suhu badan bayi itu dilaporkan pada 42 darjah celsius. Menurut Mayo Clinic, strok haba/overheating untuk orang dewasa bermula pada suhu badan 40 darjah celsius. 

Had suhu badan untuk seorang bayi jauh lebih tinggi berbanding suhu badan dari itu! Mungkin bayi itu terkena stok haba dan risiko terlalu panas hingga maut.

Walaupun pakar kanak-kanak mengesyorkan ibu bapa menggunakan wap air panas sebagai langkah untuk mengubat batuk dan selesema, namun kanak-kanak hanya perlu berada di dalam bilik mandi tidak lebih daripada 15 minit.

Pengawasan orang dewasa juga sangat penting untuk memantau keadaan anak dan untuk mengelak dari berlakunya kemalangan.

Semoga perkongsian ini memberi ilmu tambahan untuk ibu bapa di luar sana agar peristiwa menyayat hati seperti ini tidak berulang. Sama-sama kita belajar dari kesilapan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan