ads1

Isnin, 25 September 2017

JIJIKNYA AKU TANGAN YANG MEMBESARKAN ANAK KINI BERGELAR SUAMIMU MENANTUKU !” SAMPAI HATI ..

JIJIKNYA AKU TANGAN YANG MEMBESARKAN ANAK KINI BERGELAR SUAMIMU MENANTUKU !” SAMPAI HATI ..
sekadar gambar hiasan semata-mata
Seorang wanita tua yang berjemaah solat bersama saya, berbual selepas solat ketika saya berada di motosikal, untuk balik. Saya bertanya tentang sambutan raya yang baru berlalu dan hal anak tunggalnya. Air mukanya terus berubah.
“Dia sampai kampung pagi raya, dengan anak dan isterinya. Katanya bila cuti, jalan tak jem. Tak apalah, asalkan dia balik.
“Petang raya, dia kata nak pergi ke rumah mentua di Kampung Tongplu, Pedu, dan tidur di sana. Saya tak kata apa. Tetapi semasa mereka nak naik kereta, cucu saya bertanya pada ibunya, ‘kita nak tidur di hotel semalam ke?’.
“Ibu dan bapa dia diam sahaja. Tetapi saya sempat melihat menantu saya membeliakkan mata pada anaknya,” katanya lalu mtunduk dan mula mengesat air matanya dengan hujung telekong yang masih dipakai.
Saya faham, anak dia sebenarnya bermalam di hotel dan pagi itu baru pulang ke rumah orang tuanya. Kes pecah tembelang.
“Hinanya kami ibu bapa dia. Bapa yang membesarkan dia, yang mendodoikan dia dalam kain sentung, menepuk hingga lena dalam kelambu, takut digigit nyamuk.
“Hinanya ibu dia yang dia gonggong susunya sehingga bertahun, disuap nasi sehingga membesar. Hinakah kami yang beri dia sekolah dengan hasil titik peluh kami.
“Saya tahu mereka jijik melihat dapur saya, jijik dengan bilik air dan jambannya, jijik dengan bilik tidur yang panas bertilam kabu. Tetapi mereka tidak sedar yang mereka membesar dengan keadaan itu. Hari ini mereka pandang jijik. Itu sebab mereka tidak mahu tidur di rumah ibu bapa sendiri, sebaliknya tidur di hotel.
“Bukannya tak ada tempat di rumah itu, kerana dia anak tunggal. Tergamaknya dia,” kesedihannya semakin berlarutan.
Wahai anak, bukanlah perkataan dari lidahmu sahaja yang boleh melukakan hati ibu bapamu, bukanlah tingkah lakumu sahaja yang boleh mengguris hati ibu bapamu, tetapi tindakanmu juga boleh merobek hati kecil mereka.
Jika biasa dengan kemewahan di rumah sendiri, jangan mengharap yang sama di rumah ibu bapa. Kita dibesarkan dengan kepayahan ibu bapa, sesekali laluilah kembali. Jika kita rasa tidak selesa di rumah ibu bapa, kenapa kita masih membiarkan mereka hidup dalam keadaan tidak selesa itu? Kenapa tidak diupgrade rumah ibu bapa seperti rumah kita?
Ingat, kekayaan yang kita miliki sebenarnya berpunca dari pengorbanan ibu bapa yang menyekolahkan kita. Maka sepatutnya mereka hidup lebih selesa dari diri kita kerana mereka yang melabur harta dan tenaga untuk mencipta kejayaan kita.
Sumber:ohtrending

Tiada ulasan:

Catat Ulasan