ads1

Isnin, 18 September 2017

Ditinggalkan ibu, gadis 10 tahun ini cekal bekerja sebagai buruh kasar demi menanggung kos perubatan datuk dan nenek

Seperti yang kita sedia maklum, bekerja di bawah panas matahari terutamanya di tapak pembinaan adalah satu pekerjaan yang sangat berat.
Namun, gadis kecil yang baru berusia 10 tahun ini telah meninggalkan alam persekolahan dan mengambil keputusan untuk bekerja di tapak pembinaan bagi membantu menyara kedua datuk dan neneknya.
Berbeza dengan kanak-kanak lain, gadis ini telah menjadi anak yatim setelah kematian bapanya dalam satu kemalangan. Ibunya kemudian meninggalkan gadis ini tanpa sesen wang setelah berkahwin dengan lelaki lain.
Sementara kanak-kanak yang seusia dengannya dilimpahi dengan kekayaan dan kasih sayang, gadis berani ini telah memikul tanggungjawab seperti orang dewasa dengan menjaga kedua datuk dan neneknya.
Walaupun kerajaan telah memperuntukkan sejumlah wang sebagai subsidi bulanan dan wang saraan kepada warga emas, jumlah wang tersebut ternyata tidak mencukupi bagi menampung perbelanjaan perubatan mereka.
Justeru, dia terpaksa bekerja di usia muda.
Bagi membantu kehidupan keluarganya, dia telah pergi ke tapak pembinaan tersebut tanpa pengetahuan orang tuanya dan meminta pekerjaan. Pengurus tapak pembinaan tersebut yang berasa simpati dengan kisahnya telah bersetuju untuk membenarkannya bekerja.
Oleh kerana dia masih muda dan bertubuh kecil, dia hanya diminta untuk melakukan tugasan ringan seperti mengalihkan batu-bata.
Namun, pastinya ia adalah satu tugasan yang mencabar bagi kanak-kanak ini. Sedih rasanya melihat seorang kanak-kanak yang belum mengenal erti kepayahan hidup terpaksa bekerja di dalam keadaan sedemikian.
Sedangkan lelaki dewasa pun tidak larat, apatah lagi kanak-kanak ini.
Lebih mengagumkan lagi, setiap kali diajukan persoalan tentang adakah dia selesa dengan pekerjaan tersebut, gadis kecil molek ini sentiasa menghulurkan senyuman dan berkata, “Tidak mengapa. Saya perlukan wang lebih untuk membayar bil hospital dan ubat datuk nenek”.
Tambahnya, “Lebih baik saya bekerja di bawah terik matahari daripada membiarkan datuk dan neneknya menderita sakit”.
Nilai semangat juang yang tinggi serta enggan menyerah kalah pada gadis ini sememangnya wajar dijadikan sebagai inspirasi buat kita semua. Walaupun masih mentah, dia sudah mampu menguatkan semangat dan berani berhadapan dengan keperitan hidup.
Marilah kita berdoa agar dia dikurniakan dengan kehidupan yang murni serta dimurahkan rezeki pada masa hadapan.
Sumber:Era Baru

Tiada ulasan:

Catat Ulasan