Pada 25 tahun dahulu seorang wanita berusia 49 tahun yang tinggal di Bandar Anqing telah mengambil seorang bayi perempuan yang berusia 40 hari dan dipercayai telah dibuang berhampiran rumahnya.
Wanita tua berketurunan Hu itu tidak mempedulikan tentang suaminya dan membawa bayi itu pulang ke rumahnya. Dia menjaga bayi kecil itu seperti anaknya sendiri.
Kerana tidak mampu membeli susu, wanita tua itu hanya memberi makan bubur kepada bayi itu. Ketika si kecil berusia 4 tahun suami wanta itu pula meninggal dunia. Demi membesarkan anak perempuannya, dia terpaksa menjual sayur-sayuran dan memungut sampah bagi membiayai persekolahan puterinya.
Selepas 25 tahun kini anaknya sudah dewasa, sudah berkahwin dan memiliki anak sendiri. Dia kini tinggal di bandar bersama keluarga baharunya, suami dan anaknya. Walaupun telah memiliki hidup yang sempurna dan bahagia dia tidak langsung melupakan tentang ibu angkatnya yang telah bersusah payah membesarkannya.
Jika dahulu mereka hanya mampu tinggal di pondok yang using tetapi kini untuk membalasa jasa ibunya, dia telah membinakan sebuah rumah dua tingkat untuk wanita tua yang berusia 74 tahun itu. Menurutnya rumah yang didiami mereka dahulu sudah terlalu buruk dan tidak boleh didiami lagi.
Jika dahulu ibunya melihat rumah orang lain sangat cantik dan berharap agar dapat memiliki sebuah rumah seperti rumah mereka dan kini impian itu akhirnya menjadi realiti.
Anaknya juga seringkali pulang ke kampung untuk melawat ibunya.
“Ibu yang membesarkanku, sekarang aku akan menjaganya pula. Ini adalah kewajipan buatku.”
Walaupun sudah meningkat tua, wanita berusia 74 tahun itu tidak boleh duduk diam tanpa melakukan pekerjaan. Untuk itu dia telah pergi ke gunung untuk mengambil kayu bakar, menanam sayur-sayuran dan memelihara ayam.
Benarlah kata pepatah bahawa buat baik akan dibalas baik. Sesungguhnya pengorbanan wanita tua itu membesarkan seorang anak perempuan yang bukan anak kandungnya benar-benar dihargai.
Keikhlasan wanita tua itu membesarkan puterinya akhirnya dibalas oleh anaknya dengan segala perhatian dan kasih sayang yang diberikan.
Sumber: Happy
Tiada ulasan:
Catat Ulasan