Satu kisah yang sukar diterima, seorang wanita sarat mengandung nekad membunuh dirinya dengan cara lompat bangunan daripada tingkat lima.
Tragedi ini berlaku di sebuah hospital di wilayah Shaanxi, menurut Says.com.
Dikenali sebagai Ma, wanita ini membunuh dirinya selepas permintaan untuk melakukan operasi Caesar, tidak diterima oleh keluarga mentuanya.
Operasi Caesar merupakan pembedahan yang dilakukan terhadap ibu mengandung kerana sebab-sebab tertentu yang menghalang untuk bersalin secara normal.
Ma yang sarat mengandung selama 41 minggu tidak mampu bersalin secara normal kerana kepala bayi dalam kandungan besar dan berisiko tinggi untuk bersalin secara normal.
Walaupun pihak hospital telah menjelaskan risiko yang bakal dihadapi oleh Ma, namun keluarga suaminya bertegas mahukan wanita itu bersalin secara normal.
Ma turut memujuk dan merayu sebanyak dua kali supaya dapat bersalin secara operasi Caesar, namun dia terus hampa.
Wanita ini merayu dalam keadaan kesakitan kerana dia sepatutnya sudah menjalani pembedahan tersebut.
Lebih menyedihkan, pihak keluarga mentua tidak mengendahkan kesakitan yang sedang dialaminya malah memilih untuk memantau situasi sahaja.
Selepas gagal mendapat persetujuan daripada keluarga mentuanya, Ma berhenti merayu dan nekad terjun bangunan daripada tingkat lima.
Ma dan bayi yang masih dalam kandungan itu mati dalam keadaan menyayat hati di tempat kejadian.
Pihak berkuasa menuduh suaminya membunuh Ma tanpa niat. Namun demikian, suaminya pula menuduh pihak hospital yang bersalah kerana tidak menjalankan pembedahan Caesar secepat mungkin.
Akan tetapi, suami Ma dan keluarganya pasti menyesal seumur hidup kerana pihak hospital mempunyai bukti kukuh yang menunjukkan keluarga suami Ma melengah-lengahkan pembedahan.
Dokumen tersebut menunjukkan suami Ma merupakan orang paling bertanggungjawab untuk membenarkan apa-apa pembedahan dilakukan.
Tidak kira sesiapa yang bersalah dalam hal ini, namun kematian Ma dan bayi yang tidak berdosa itu akan menjadi peristiwa yang sukar dilupakan.
Dokumen yang telah ditandatangani oleh suami Ma
Sumber: Says.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan