ads1

Rabu, 18 Oktober 2017

Kenali beberapa definisi kecantikan yang berbeza-beza mengikut negara

Kecantikan sebenarnya terletak kepada perspektif seseorang individu. Ianya sangat dipengaruhi oleh budaya dan ideal kecantikan sesebuah negara.
Jadi, apa yang kita rasa cantik di Malaysia, mungkin tidak sama seperti di Eropah. Malah, apa yang kita rasakan tidak cantik dan kekurangan di sini mungkin satu kelebihan di negara lain.
Mari kita saksikan beberapa jenis perkara yang mungkin tidak cantik di mata masyarakat kita, tetapi cantik di negara mereka sendiri.
1 Gigi yang tidak sama rata
Di negara Barat, atau di Malaysia sendiri, ramai orang pergi bertemu pakar ortodontis untuk memasang pendakap gigi sekiranya gigi mereka tidak rata.
Namun, di Jepun, gigi yang tidak sama rata dianggap comel. Ianya dipanggil sebagai yaeba dan kedua-dua lelaki dan perempuan dianggap cantik sekiranya mempunyai kualiti ini.
2 Parut
Penduduk di New Guinea dan beberapa buah negara lain di Afrika masih menghiasi tubuh badan dengan parut bercorak.
Parut ini diberikan kepada golongan lelaki semasa upacara istiadat manakala bagi golongan wanita, parut atau tatu ini dianggap sebagai tanda kecantikan agung. Namun, amalan ini tidak dianggap cantik di negara lain kerana dianggap sebagai pengubahsuaian tubuh badan.
3 Wajah bentuk hati
Kredit: © AFP/EAST NEWS  
Penduduk di Korea Selatan sudah terbiasa dengan pembedahan plastik. Di beberapa buah bandar besar di negara itu, anda akan melihat iklan di mana-mana yang memanggil orang ramai untuk membuat pembedahan plastik bagi mencantikkan wajah mereka.
Mempunyai wajah berbentuk hati dianggap sebagai tahap kecantikan tertinggi di sana. Prosedur untuk mendapatkan wajah berbentuk hati juga sangat kompleks dan tempoh pemulihannya akan menyebabkan pesakit tidak mampu makan makanan pejal untuk sementara waktu.
4 Berat badan berlebihan
Kredit: © Coffee/Pixabay  
Kaum wanita di Mauritania dianggap sebagai tiada peluang untuk menarik perhatian kaum lelaki sekiranya tiada lipatan lemak di perut mereka.
Bagi membolehkan anak-anak perempuan mereka mendapatkan bentuk badan yang dianggap cantik itu, ibu bapa akan menghantar anak ke tempat di mana mereka makan sehingga 16,000 kalori sehari! Malangnya, perkara ini menyebabkan ramai yang memperoleh penyakit.
5 Kulih putih dan pucat
Di Asia, kulit yang cerah merupakan idaman semua. Jika anda mencari krim muka di kedai kecantikan, anda pasti akan melihat banyak produk pemutihan kulit.
Kebanyakan lelaki pun menginginkan kulit yang cerah, sehinggakan sanggup melawat pantai dengan memakai topeng. Tambahan pula, bagi penduduk Thai dan China, mereka merasakan orang Barat yang melawat salon memerangkan kulit sangat tidak masuk akal.
6 Leher panjang
Salah satu daerah di kawasan Timur Burma digelar sebagai negara wanita berleher zirafah. Ini merujuk kepada golongan Kayan yang tinggal di situ yang memakai gelung di keliling leher mereka.
Ini kerana bagi pendapat mereka, semakin panjang leher mereka, semakin cantik rupa mereka.
7 Kening bercantum
Kredit: © Math920  
Di Tajikistan, kening yang bercantum dianggap simbol kecantikan seorang wanita. Sekiranya mereka tidak dilahirkan dengan kening bercantum, mereka selalunya menggunakan celak hitam untuk melukis kening sehingga tercantum.
Ini kerana, bagi mereka, ianya petanda kehidupan yang penuh nasib baik.
Sumber:Era Baru

Tiada ulasan:

Catat Ulasan