Jika manusia terus-menerus menggunakan bahan bakar fosil dan tidak mengurangkan pelepasan karbon, pasti pemanasan global akan meningkat. Ais di puncak gunung dan dua kutub dijangka cair.
Seandainya perkara itu terjadi, paras air di lautan global akan meningkat kira-kira 216 kaki atau 65 meter. Bandar-bandar di tepi lautan seperti Miami, Buenos Aires, dan Kaherah dijangka tenggelam.
Disiarkan Laicikang.com seperti dipetik dari The Independent pada Khamis (20/7/2017), Business Insider membuat peta animasi yang menunjukkan bagaimana yang terjadi kepada dunia ini jika hal mengerikan itu terjadi. Adakah kiamat berlaku bagi umat manusia?
Tidak lama setelah abad ini berakhir, saintis iklim mengatakan bahawa bahagian-bahagian Bumi akan menjadi susah untuk diduduki.
Risiko yang disebabkan oleh perubahan iklim meliputi kemarau, banjir yang teruk, malapetaka, lautan beracun, dan gelombang haba.
Seperti yang David Wallace-Wells nyatakan dalam New York Magazine baru-baru ini, para penyelidik meramalkan bahawa jenis bencana akibat perubahan iklim akan mencetuskan perang dan keruntuhan ekonomi kekal.
Cairnya lapisan ais dan glasier yang semakin cepat nescaya meningkatkan paras air laut dan mengubah garis pantai dunia.
Miami, bersama-sama dengan seluruh pesisir timur, akan ditenggelami air jika semua ais dunia cair.
Eropah akan kehilangan London, Venice, dan Belanda – yang daratannya berada di bawah permukaan laut.
Air akan menelan seluruh Bangladesh yang kini didiami oleh 160 juta penduduk serta Kolkata, bandar di India yang berpopulasi 4.6 juta orang.
Sementara itu, limpahan air dari Delta Sungai Mekong akan menenggelamkan Gunung Kardamom di Kemboja. Kemuncaknya yang tinggal akan menjadi pulau.
Australia akan kehilangan sebahagian besar jalur pantai di mana kira-kira 80% penduduknya tinggal. Sementara, bandar Shanghai di China akan tinggal nama kerana tenggelam di dasar Laut China Timur.
Di Amerika Selatan, Lembangan Amazon dan Paraguay akan menghilang. Akibatnya, Buenos Aires dan sebahagian besar Bandar Paraguay rosak teruk.
Berbanding benua lain, Afrika akan kehilangan sebahagian besar wilayahnya.
Ditambah lagi dengan gelombang panas yang tinggi menjadikan sebahagian besar kawasan itu tidak dapat dihuni oleh makhluk hidup.
Terdapat lebih daripada lima juta batu padu ais di Bumi. Ia mengambil masa lebih daripada 5,000 tahun untuk mencairkan semuanya, menurut beberapa saintis.
Namun, pada generasi akan datang, beberapa bandar mungkin tidak ada lagi jika negara-negara tidak mengurangkan pelepasan karbon secara ketara.
Sumber:laiciking
Tiada ulasan:
Catat Ulasan