ads1

Ahad, 1 Oktober 2017

Lelaki Warga Emas Ditahan Polis Kerana Meracun Produk Makanan Bayi Yang Diletakkan Di Kedai..

FRANKFURT: Seorang lelaki Jerman berusia 53 tahun, semalam mengaku meracun makanan bayi dan mengancam mencemarkan produk lain di kedai seluruh Eropah, sebagai sebahagian plot peras ugut, kata pihak berkuasa.

Penangkapan suspek kelmarin, yang digambarkan sebagai 'mengalami gangguan mental' dibuat selepas polis Jerman memberi amaran kepada orang awam awal minggu ini, berkata pemeras ugut menuntut jutaan euro dalam bentuk tunai.

Bagi menekankan tuntutan itu, suspek didakwa meracun lima makanan bayi dan memberitahu polis kedai ia ditempatkan di bandar raya Friedrichshafen di Lake Constance.

Susulan maklumat yang diperoleh daripada orang ramai, polis menahan lelaki itu berhampiran Tubingen, kira-kira dua jam memandu dari kedai berkenaan.

Pemeras ugut itu mengaku terhadap tuduhan ketika hadir di mahkamah Ravensburg dan tidak meletakkan produk beracun lain di pasar raya,." kata pihak berkuasa Jerman.

Pada sidang akhbar terdahulu pada hari itu, polis dan pendakwa raya berkata lelaki itu enggan menyatakan motif tindakannya tetapi bukti membabitkan beliau ditemui di rumahnya

Lelaki berkenaan juga, yang tidak dinamakan, bertindak sendirian.

Timbalan Ketua Polis tempatan, Uwe Stuermer, menggambarkan beliau sebagai 'tidak waras' dan mengalami gangguan mental. - AFP

Sumber:penmerah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan