ads1

Isnin, 2 Oktober 2017

Tahukah anda hotel terbesar di dunia terletak di Genting Highland, Malaysia?

Setiap warga Malaysia pasti akan mengenali Genting Highland dan akan berkunjung ke sana sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Ramai yang berkunjung kerana mahu menikmati udaranya yang menyamankan di samping ia merupakan destinasi terkenal untuk bersuka ria.
Tetapi berapa ramai yang ke sana kerana mahu berehat dan menginap di hotel bertaraf lima bintangnya. Bukan itu sahaja, hotel tersebut adalah hotel terbesar di dunia.
Pasti ramai yang tidak mengetahui akan fakta ini. Hotel terbesar di dunia terletak di Genting Highland, Malaysia.
Kredit: Agoda
Dengan mempunyai bilik hotel sebanyak 7,351 bilik, Hotel First World telah memegang rekod dunia sebagai hotel terbesar di dunia.
Pada tahun 2006, Hotel First World telah memegang rekod pertama hotel terbesar di dunia dengan 6,118 bilik tetapi kemudian rekod ini telah dirampas oleh hotel The Palazzo, sebagai sambungan dan ubahsuai hotel The Venetian di Las Vegas, Amerika Syarikat dengan 4,049 bilik dan 3,068 suite menjadikan ia hotel terbesar di dunia dengan mempunyai 7,117 bilik.
Namun, pada tahun 2015, Hotel First Worldmerampas kembali gelaran hotel terbesar di dunia dengan membuka bangunan hotel yang baru. Hotel First World mempunyai dua menara, Menara 1 dan Menara 2.
Hotel ini mempunyai 3,164 bilik biasa, 292 bilik deluxe, 649 bilik deluxe triple, 480 bilik superior deluxe dan 136 bilik kelab. Selepas sembilan tahun beroperasi semenjak tahun 2006, hotel ini telah menerima lebih 35.5 juta tetamu.
Selain jumlah bilik yang banyak dan besar, Hotel First World adalah hotel pertama di Asia Tenggara yang melancarkan sistem E-Kiosks atau Sistem Kiosks Daftar Masuk dan Daftar Keluar Segera. Bermakna anda boleh mendaftar masuk dan keluar secara layan diri menggunakan kiosks tersebut. Canggih bukan?
Kredit: TripAdvisor
Bagaimanapun, nampaknya gelaran itu akan bertukar tangan sekali lagi apabila pesaing Hotel First World iaitu Hotel Abraj Kudai yang terletak di Mekah, Arab Saudi akan mengambil alih gelaran itu tidak lama lagi. Hotel ini dijangka siap pada tahun 2017 dengan jumlah bilik hotel sebanyak 10,000 bilik dengan perbelanjaan projek bernilai RM14.7 Bilion.
Kredit: Forbes
Hotel ini masih lagi di dalam pembinaan yang sepatutnya sudah siap pada tahun ini. Ekoran kejatuhan harga minyak dunia, ia menganggu ekonomi Arab Saudi dan jadual pembinaan hotel ini. Jadi sementara menunggu hotel ini siap, Malaysia masih lagi memegang gelaran mempunyai hotel terbesar di dunia.
Sumber:Era Baru

Tiada ulasan:

Catat Ulasan