ads1

Isnin, 20 November 2017

5 sejarah kapal karam yang jauh lebih menarik berbanding Titanic

Siapa yang tidak tahu mengenai sejarah tenggelamnya kapal Titanic. Tragedi yang mengorbankan ramai penumpang kelas atasan ini menjadi berita hangat di seluruh dunia dan masih hebat diperkatakan sehingga kini.
Namun, selain daripada Titanic, terdapat beberapa lagi kisah kapal karam yang tidak kurang hebatnya.
#1 The HMHS Britannic
Britannic boleh diibaratkan seperti ‘adik’ kepada kapal Titanic kerana kedua-duanya dibina oleh syarikat perkapalan yang sama iaitu, White Star Line. Selepas tragedi Titanic,beberapa perubahan telah dilaksanakan pada Britannic seperti meningkatkan jumlah bot penyelamat, memperkukuhkan rangka kapal di bahagian-bahagian yang mudah terdedah kepada kemusnahan oleh bongkah ais.
Britannic telah dijadikan sebagai kapal hospital oleh kerajaan dan menempatkan para pesakit yang cedera semasa Perang Dunia pada ketika itu. Walau bagaimanapun, kapal ini hanya mampu bertahan dalam tempoh setahun sebelum tenggelam akibat dibedil meriam oleh musuh negara.
Daripada 1,000 individu berada di atas kapal, hanya sekitar 30 orang sahaja yang meninggal dunia.
#2 RMS Lusitania
Pada tahun 1915, kapal ini ditenggelamkan oleh kapal Jerman yang dikatakan telah melanggar undang-undang antarabangsa dengan membedil kapal bukan tentera tanpa sebarang amaran.
Pada masa yang sama, kerajaan British juga telah melanggar undang-undang dengan menggunakan kapal Lusitania bagi mengangkut senjata api dengan harapan pihak Jerman tidak akan menyerang kapal berkenaan.
Kini, bangkai kapal berkenaan boleh ditemui sekitar rumah api di Kinsale, Ireland.
#3 Nuestra Señora de Atocha (Wanita Kami Atocha)
Pada tahun 1622, kapal Atocha yang membawa muatan kargo besar berisi emas, perak, permata, tembakau, tembaga dan pelbagai lagi barangan lain yang berharga pada ketika itu sepatutnya membuat perjalanan dari Havana ke Sepanyol.
Namun begitu, ribut taufan telah membadai kapal dan mengakibatkan kemusnahan teruk pada kapal tersebut. Bertahun-tahun kerajaan Sepanyol melakukan usaha pencarian sisa kapal Atocha namun tidak menemuinya.
Sehinggalah pada tahun 1985 apabila seorang pemburu harta karun profesional bernama Mel Fisher menemui bangkai kapal karam berkenaan. Walau bagaimanapun, bahagian dek depan (sterncastle) yang merupakan kawasan penyimpanan harta karun tidak ditemui bersama-sama dengan bangkai kapal Atocha. Misteri~
#4 Whydah Gally
Seorang lanun kapal yang agak terkenal bernama ‘Black Sam’ Bellamy pernah meraih keuntungan mencecah RM501.5 juta semasa zamannya.
Walau bagaimanapun pada tahun 1717, satu ribut telah melanda dan membadai Bellamy, kapal Whydah Gally, semua anak kapal beserta dengan harta karun yang diperolehinya sepanjang menjadi lanun.
Sekitar 260 tahun kemudian, sisa kapal berjaya ditemui oleh seorang kapten yang mengkaji mengenai kapal karam. Pada loceng kapal tersebut yang digunakan bagi memberitahu anak kapal mengenai waktu makan malam, tertulis ‘The Whydah Gally 1716’ sebagai bukti bahawa ia adalah kapal lanun yang sebenar!
#5 Queen Anne’s Revenge (Pembalasan Dendam Ratu Anne)
Queen Anne’s Revenge merupakan salah satu kapal yang sangat digeruni suatu masa dahulu. Dikendalikan oleh kaptennya yang bernama Blackbeard, kapal ini telah belayar di lautan selama setahun sebelum karam akibat berlakunya pelanggaran pada 1717. Walau bagaimanapun, orang ramai mempercayai pelanggaran tersebut adalah disengajakan.
Nasib kapal tersebut kekal misteri sehingga pada tahun 1996 apabila satu bangkai kapal dipercayai milik Queen Anna’s Revenge telah ditemui. Setelah beribu-ribu artifak dikaji, akhirnya pada tahun 2011, Persatuan National Geographic mengesahkan bahawa kapal tersebut adalah Queen Anna’s Revenge.
Sumber: ATI

Ahad, 19 November 2017

Selalu Nyanyi Lagu TAK TUN TUANG? Anda Tahu Maksud Sebenar Lagu itu? Jangan Suka-suka Menyanyi Selagi Anda Tidak Baca Artikel Ini..!

Ramai orang update status pasal tak tun tuang, tak tun tuang. Tak cukup dengan itu, macam-macam parodi ada, versi seram lah, versi kelakar lah, versi sendu pun ada.

Haha. Ianya menjadi viral di malaysia. Namun asal lagu ini dari negara jiran kita, indonesia.
Apakah maksud tan tun tuang ini?
Sebenarnya takda makna pun. Ia ibarat melodi, macam dum dum cak, dum dum cak. Macam tuhla lebih kurang. Macam lagu, bila larut malam, tarakuca-tarakuca caca.. haaa, macam tuhla.
Ada juga mengatakan ianya satu loghat yang ada orang biasa sebut di indonesia. Ada yang kata bunyi gendang harimaulah, itulah inilah.
So dalam lagu yang dibuat oleh penyanyi indonesia iaitu Lagu Upiak Isil – Tak Tun Tuang adalah lagu Minang yang sangat popular ketika ini. Berikut salah satu Lagu Minang yang dibawakan oleh Upik Isil.
MAKSUD PELIK PELIK !
Ramai pulak yang buat andaian sendiri, maksud tan tun tuang ialah, aku suka yahudilah, saya sayang Najib, I love you, aku belum mandi, lebih kurang punyai maksud tiga suku kata, “tak tun tuang” macam-macamlah. Biasalah orang zaman sekarang suka menviralkan membabi buta gitu jer.
Huhu. Apepun ianya menjadi bualan mulut seluruh dunia gitu katanya.
Musik merupakan suatu ungkapan kesenian yang mencerminkan kebudayaan masyarakat pendukungnya. Didalam musik terdapat nilai-nilai norma yang akan menjadi bagian proses enkulturasi budaya. Selain itu musik juga dapat menghibur dan menenangkan hati seseorang.
Lagu Tak Tun Tuang itu merupakan sebuah lagu yang ringkas dan catchy. Kita pun sedar, bahawa orang-orang sekarang dah penat dengan lagu-lagu berat dan mahu dengar lagu-lagu yang santai sahaja. Rileks sambil hisap rokok dunhil. Haha
LAGU SEHEBAT DESPACITO?
Selepas lagu Despacito nampaknya lagu Tak Tun Tuang nyanyian Upik Isil kini menjadi tular termasuk di negara ini.
Parodi daripada lagu itu kini dinyanyikan semula oleh ramai orang termasuk penyanyi dan selebriti.
Antaranya Siti Nordiana, Wan Hasrita, Bell dan Jihan.
Malah pelbagai versi Tak Tun Tuang direka bagi mengaitkannya dengan isu semasa seperti kenaikan harga minyak, versi lelaki dan pelbagai loghat terutama Kelantan.
Penyanyi lagu Minang asli itu ternyata meraih populariti mendadak dan dikenali bukan sahaja di Indonesia malah dikebanyakan negara-negara Asia Tenggara.
Upil dalam status media sosialnya mengucapkan terima kasih kepada sokongan peminat lagu di beberapa negara terhadap melodi dan lirik dibuat olehnya sendiri.
Itulah kuasa media sosial sekarang.
Difahamkan, gara-gara populariti lagu itu, Upil kini menjadi artis dibawah naungan MVM Production Sdn. Bhd.
Lagu itu mengisahkan cerita penyanyi yang mendakwa dirinya cantik semulajadi walaupun belum mandi namun cara penyampaian dan melodinya menarik minat ramai.
Satu lagi, ramai tidak faham apa makna Tak Tun Tuang dan ramai menterjemahkannya kepada pelbagai maksud.
Ada yang ekstrem mengatakan ia membawa maksud ‘Aku Yahudi’.
Namun, menurut sumber, maksud tak tun tuang sebenarnya tidak membawa apa-apa makna tepat – cuma ia mengambarkan bunyi dan rentak gendang atau dram semata-mata.
Ia disebut cuma sebagai penyedap nyanyian dalam lagu namun ternyata ia mempopularkan Isil dan tak tun tuang menjadi sebutan ramai.
Mungkin selepas ini ada orang gemar menyebut ‘belum mandi’ kepada tak tun tuang.
Lirik lagi Tak tun Tuang
Aku belum mandi
Tak tuntuang tak tuntuang
Tapi masih cantik juga
Tak tuntuang tak tuntuang
Apalagi kalau sudah mandi tak tuntuang
Pasti cantik sekali
Kalau orang lain melihat aku tak tuntuang
Badak aku taba bana
Tak tuntuang tak tuntuang
Tapi kalau langsuang di idu tak tuntuang
Astaghfirullah baunya
Kalau cowok ganteng yang lewat
Aku acuah je nyeh
Kalau apak gaek yang lewat
Aku aniang je nyeh
Yang penting indak
Manggaduah urang tak tuntuang
Walau acok galak surang
Tak tuntuang tak tuntuang
Walau sangko urang
Awak dalang tak tuntuang
Tapi hati isil sanang… iiiyesss
chorus:
Aku belum mandi
Tak tuntuang tak tuntuang
Tapi masih cantik juga
Tak tuntuang tak tuntuang
Apalagi kalau sudah mandi tak tuntuang
Pasti cantik sekali
Kalau orang lain melihat aku tak tuntuang
Badak aku taba bana
Tak tuntuang tak tuntuang
Tapi kalau langsuang di idu tak tuntuang
Astaghfirullah baunya
Kalau cowok ganteng yang lewat
Aku acuah je nyeh
Kalau apak gaek yang lewat
Aku aniang je nyeh
Yang penting indak
Manggaduah urang tak tuntuang
Walau acok galak surang
Tak tuntuang tak tuntuang
Walau sangko urang
Awak dalang tak tuntuang
Tapi hati isil sanang… iiiyesss
Kredit: GedebakViral.net

Sabtu, 18 November 2017

'Saya terlanjur dengan kekasih dan hamil 5 bulan, ketika suami lumpuh separuh badan (strok)'


Susah senang, suami isteri sepatutnya bersama. Bukannya hanya bersama bila senang, bila susah ditinggalkan pula pasangan. Tergamak si isteri dalam kisah ini mengambil kesempatan untuk berzina dengan lelaki lain ketika suaminya lumpuh separuh badan akibat strok. 

Lebih teruk lagi, dia memberikan alasan sudah penat dan enggan terus hidup bersama suaminya yang lumpuh itu. Sehingga dia disahkan hamil lima bulan hasil dari zina dengan suami orang. Kini dia buntu, sama ada nak meminta suami menceraikannya. Namun dalam masa yang sama kekasihnya masih belum menceraikan isterinya. 

HI dan salam warga Kisah Rumah Tangga (KRT). Suami saya diserang strok separuh badan. Sudah enam bulan saya menjaga dia dan saya sudah letih dengan semua ini. Saya juga ingin merasa kebahagiaan seperti pasangan lain. 

Saya ada mengenali seorang lelaki menerusi aplikasi WeChat. Katanya dia dalam proses nak bercerai sebab isterinya pemalas dan tidak bertanggungjawab. Dia ajak saya berkahwin dan sebelum itu kami sudah beberapa kali berjumpa dan terlanjur bersama. 

Sekarang saya hamil lima minggu. Mesti orang lain curiga sebab saya tidak pernah bersama suami. Macam mana saya nak berterus terang dengan suami kalau saya nak bercerai? 

Dan dalam masa yang sama, boyfriend saya dari awal perkenalan dia kata nak ceraikan isteri dia tetapi sampai sekarang mereka masih bersama. Saya buntu. 

REAKSI NETIZEN

"Suami saya pun kena strok dan dalam proses pemulihan. Tak pernah terfikir sampai begitu kecuali mengharapkan suami pulih sepenuhnya. Memang penat menjaga orang yang lumpuh separuh badan tetapi itulah yang dikatakan sebagai pengorbanan," kata Sek Geok. 

"Mak saya strok separuh badan juga sis. Tetapi abah setia menjaga mak dari tak teruk sampailah dah tak boleh buat apa-apa. Kencing berak mak, abah yang basuh dan abah yang mandikan. Makan mak, abah yang suapkan. Ikhtiar berubat sana sini naik motosikal. Ulang suara, naik motosikal. Abah sebelah tangan pulas minyak, sebelah lagi pegang mak sebab mak tak boleh menyeimbangkan badannya sendiri. 

"Sampai ke akhir hayat mak pun, abah setia di sini. Sedikit pun abah tak mengeluh. Tak pernah ada niat nak pergi walau selangkah. Sampai akhir hayat abah sendiri pun abah setia pada satu nama. Allahu, besar kasih sayang abah pada mak, Allah saja yang tahu. Hargailah suami sis selagi dia masih ada," kata Ainiey Sugiman. 

"Suami saya pun kena strok 2015. Saya jaga sampai dia boleh berjalan dan sekarang boleh drive. MAta dia buat selah kanan akibat saluran mata pecah dan tidak dapat dibaiki walaupun operation. 

"Tetapi sebagai isteri, saya tetap setia pada suami yang sekarang disahkan sebagai OKU penglihatan. Dia hanya mampu menggunakan mata kiri saja untuk melihat. Mata kanan boleh melihat walaupun sikit. 

"Puan, bersabarlah kerana besar pahala bersabar menjaga suami yang sedang sakit. Janganlah ikut sangat nafsu dan bisikan iblis dan syaitan kerana mereka memang selalu berusaha untuk menyesatkan kita dan menyeret kita ke neraka. 


"Puan bertaubatlah dan jauhkan diri dari lelaki lain. Jaga maruah puan. Semoga puan mendapat pengampunan dosa dari Allah. Semoga suami puan cepat sembuh dan puan akan bahagia hingga ke jannah. Anak itu puan jagalah, jangan buat dosa itu," kata Ezzmal Maszwan Wanty.

Sumber: Kisah Rumah Tangga
Kredit:thereporter

Jumaat, 17 November 2017

Nenek Jepun 89 Tahun Ini Buktikan Umur Bukan Penghalang Untuk Menghasilkan Fotograf Menyeronokkan

Ramai orang fikir bahawa teknologi hanya untuk orang muda tetapi seorang nenek tua ini tidak berpendapat begitu. Kimiko Nishimoto merupakan seorang nenek tua berusia 89 tahun yang sudah mengambil gambar dan menyunting gambar sejak 17 tahun yang lepas. Seperti yang anda boleh lihat, gayanya sangat unik dan berjiwa muda.
Dia tidak menceburi dalam bidang fotografi pada awalnya sehinggalah pada satu hari dia mengikuti kelas anaknya yang mengajar kursus fotografi untuk golongan amatur. Tanpa dia sendiri sedari, dia sudah melibatkan dirinya dalam satu bidang yang akan diceburinya sepanjang hidup. Semenjak itu, Nishimoto terus mengembangkan minatnya dalam fotografi sehingga mendalam.
Gambar-gambar diambilnya kebanyakkan gambar potret diri sendiri dan 10 tahun kemudian, dia telah mengadakan pameran gambarnya sendiri di muzium tempatan berdekatan dengan rumahnya di daerah Kumamoto. Setelah 17 tahun berlalu, kini dia bakal mengadakan pameran karyanya di Galeri Epson di Tokyo bertajuk "Asobokane" yang bermaksud "jom bermain".
Jika anda rasa ia sudah terlambat untuk menceburi bidang yang anda minat, fikir semula kerana nenek tua ini mampu menceburi bidang yang diminatinya walaupun bermula pada umur 72 tahun. Disebabkan cintanya terhadap fotografi, dia menghabiskan sebahagian akhir hayatnya dengan kamera.
Apabila yang paling seronok tentang nenek ini, walaupun usia sudah hampir 90 tahun tapi hatinya masih berjiwa muda. Semua gambar yang diambilnya mendapat perhatian netizen kerana gambar-gambarnya seakan-akan dia masih lagi umur belasan tahun. 

1. Menggantung "baju" yang basah

sidai baju lawak nenek fotografer

2. "Meme" basikal

slide basikal macam motorcross nenek fotografer

3. "Aduh Sakit Kepala"

kepala kena cangkul nenek fotografer

4. "Sayalah Makhluk Berbulu"

nenek hipster fotografer 3pf5

5. "Malam Masih Muda"

nenek pishang fotografer lawak

6. "Tolong Aku Dilanggar"

nenek fotografer eksiden lawak

7. "Akulah Katak Kermit"

sayalah katak punyu munyu

8. "Operasi Pecah Rumah"

sayalah pencuri nenek kelakar

9. "Saya Masih Di Tadika"

makcik fotografer

10. "Aku Sampah Kitar Semula"

nenek jurugambar lawak

11. "Saya Masih Bayi"

nenek sporting jepun

12. "Jom Merempit"

nenek hipster fotografer
Kredit:iluminasi

Khamis, 16 November 2017

Dirogol Bergilir-Gilir, Dipukul Sebelum Dibuang Ke Hutan


KAJANG – Akibat terlalu percayakan teman lelaki, seorang pelajar tingkatan empat di sebuah sekolah di daerah ini dirogol secara beramai-ramai, dirompak dan dipukul sebelum dibuang ke dalam hutan.

Dalam kejadian jam 4 pagi Jumaat lalu, mangsa dikatakan berjaya dirogol oleh tiga lelaki terbabit di sebuah rumah di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi dekat sini.
Lapor Harian Metro, mangsa yang menetap di Bandar Puchong Jaya, Puchong pada awalnya bersetuju untuk melepak bersama dua suspek yang menjemputnya di rumah dengan menaiki kereta.
Mangsa yang berusia 16 tahun itu kemudian diajak berborak di sebuah kedai berhampiran.
Bagaimanapun, mangsa kemudian dibawa suspek ke sebuah rumah dan sebaik saja tiba di rumah itu, terdapat seorang lagi lelaki berada di dalam rumah berkenaan.
“Ketika mereka sedang berborak, salah seorang lelaki memaksa mangsa masuk ke dalam bilik dan merogolnya. Dua lagi suspek masuk dan melakukan perkara sama,” kata sumber polis.
Mangsa yang tidak mampu melawan hanya membiarkan dirinya diperlakukan sedemikian.
Selesai ‘dijamah’, mangsa kemudian meminta untuk dihantar pulang namun suspek tidak mengendahkan permintaan mangsa.
“Mangsa sebaliknya dibawa menaiki kereta ke dalam kawasan hutan sebelum salah seorang daripada suspek memukul mangsa di bahagian muka.
“Suspek meminta mangsa menyerahkan barangan peribadi miliknya, namun wanita itu enggan menuruti arahan suspek lalu menyebabkan dia ditendang keluar daripada kendaraan.
“Barangan peribadinya termasuk telefon pintar, jam tangan, wang tunai serta kad pengenalan dirampas,” katanya.
Mangsa yang ditinggalkan bersendirian, pulang semula ke rumah dengan bantuan anggota RELA yang menemuinya di kawasan berhampiran, sebelum membuat laporan polis di Balai Poilis Dengkil, Sepang, untuk tindakan lanjut.
Difahamkan polis kini sedang giat menjejaki kesemua suspek yang terlibat dalam kejadian itu. 
Sumber: MYNEWSHUB.CC

Selasa, 14 November 2017

Tembikai empat segi terus menjadi popular di Jepun, namun adakah ia boleh di makan dan apakah rasanya?

Buah dianggap sebagai ‘mewah’ di Jepun dan memainkan peranan yang penting dalam amalan pemberian hadiah yang menjadi amalan masyarakat di Jepun.
Peribahasa “keanehan memberikan nilai tinggi” telah membuktikan kebenarannya. Tiga puluh tahun sejak penciptaannya, tembikai empat segi ini masih mendapat sambutan dan bernilai antara RM635 hingga RM740 sebiji di tempat kelahirannya di Jepun.
Kenapa ia begitu mahal? Jawapannya adalah ia sebenarnya dicipta untuk dijadikan hiasan, bukannya untuk di makan dan hanya dihasilkan 200 biji sahaja setahun.
Sesetengah jurujual berpendapat bahawa tembikai empat segi ini dicipta sebagai perhiasan dan bukannya untuk dimakan.
“Tembikai empat segi bukan untuk dimakan, ia dijual sebagai barang perhiasan untuk hiasan rumah. Ia dapat bertahan sekurang-kurangnya satu hingga enam bulan pada suhu bilik,” kata Mura Kengo, pemilik kedai Shibuya Nishimura Fruit Parlor.
Namun baru-baru ini terdapat seorang warga Jepun yang ingin tahu apa rasa sebenar tembikai empat segi ini, jadi dia nekad untuk membeli dan merasai tembikai berkenaan.
Namun setelah tembikai itu dipotong, dia terkejut apabila mendapati tembikai ini sebenarnya dituai sebelum matang. Rasanya tidak begitu enak dan pahit kerana ia belum matang sepenuhnya. Tembikai ini sememangnya hanya sesuai dijadikan perhiasan dan tidak boleh dimakan.
Jepun adalah pusat kepada beberapa buah yang paling mahal di dunia. ‘Buah-buahan dirawat secara berbeza dalam budaya Asia, terutamanya di Jepun’, kata Soyeon Shim dari University of Wisconsin-Madison School of Human Ecology kepada CNN.
Buah-buahan merupakan antara perniagaan memberikan keuntungan besar di Jepun dan petani menghabiskan banyak masa untuk menjaga buah sehingga besar dan menciptanya dengan berbentuk aneh untuk dijual kepada pelanggan dengan nilai yang tinggi.
Sumber:Era Baru