ads1

Selasa, 14 November 2017

Tembikai empat segi terus menjadi popular di Jepun, namun adakah ia boleh di makan dan apakah rasanya?

Buah dianggap sebagai ‘mewah’ di Jepun dan memainkan peranan yang penting dalam amalan pemberian hadiah yang menjadi amalan masyarakat di Jepun.
Peribahasa “keanehan memberikan nilai tinggi” telah membuktikan kebenarannya. Tiga puluh tahun sejak penciptaannya, tembikai empat segi ini masih mendapat sambutan dan bernilai antara RM635 hingga RM740 sebiji di tempat kelahirannya di Jepun.
Kenapa ia begitu mahal? Jawapannya adalah ia sebenarnya dicipta untuk dijadikan hiasan, bukannya untuk di makan dan hanya dihasilkan 200 biji sahaja setahun.
Sesetengah jurujual berpendapat bahawa tembikai empat segi ini dicipta sebagai perhiasan dan bukannya untuk dimakan.
“Tembikai empat segi bukan untuk dimakan, ia dijual sebagai barang perhiasan untuk hiasan rumah. Ia dapat bertahan sekurang-kurangnya satu hingga enam bulan pada suhu bilik,” kata Mura Kengo, pemilik kedai Shibuya Nishimura Fruit Parlor.
Namun baru-baru ini terdapat seorang warga Jepun yang ingin tahu apa rasa sebenar tembikai empat segi ini, jadi dia nekad untuk membeli dan merasai tembikai berkenaan.
Namun setelah tembikai itu dipotong, dia terkejut apabila mendapati tembikai ini sebenarnya dituai sebelum matang. Rasanya tidak begitu enak dan pahit kerana ia belum matang sepenuhnya. Tembikai ini sememangnya hanya sesuai dijadikan perhiasan dan tidak boleh dimakan.
Jepun adalah pusat kepada beberapa buah yang paling mahal di dunia. ‘Buah-buahan dirawat secara berbeza dalam budaya Asia, terutamanya di Jepun’, kata Soyeon Shim dari University of Wisconsin-Madison School of Human Ecology kepada CNN.
Buah-buahan merupakan antara perniagaan memberikan keuntungan besar di Jepun dan petani menghabiskan banyak masa untuk menjaga buah sehingga besar dan menciptanya dengan berbentuk aneh untuk dijual kepada pelanggan dengan nilai yang tinggi.
Sumber:Era Baru

Tiada ulasan:

Catat Ulasan