Setiap masyarakat mempunyai kepercayaan tahyul tersendiri. Kepercayaan ini mungkin diwarisi sejak turun-temurun, atau muncul akibat kejadian-kejadian tertentu.
Ada juga kepercayaan pengamal ilmu hitam yang kononnya boleh menjelma pelbagai bentuk termasuk menjadi binatang tertentu.
Yang terbaru satu insiden berlaku di Ebolowa, Cameroon kononnya seorang lelaki mampu menjelma menjadi lipas.
Seorang lelaki separuh umur berbaju jersey bolasepak Cameroon dan berseluar jeans dijumpai duduk termenung di atas tunggul pokok. Orang ramai yang berkerumun hairan bagaimana rim trak boleh tersangkut di pinggangnya.
Selepas ditanya dia memberikan jawapan yang tidak masuk akal dan melucukan.
“Semalam saya menjelma menjadi lipas.Akibat merasa mengantuk dan penat, saya tidur di dalam rim ini. Pagi tadi semasa terjaga, saya terus menjelmakan diri menjadi manusia. Pasal itu saya tersangkut dalam rim ni,” ujarnya.
“Sepatutnya saya keluar dulu dari rim baru menjelma semula menjadi manusia,” tambahnya lagi.
Sudah tentu alasannya mengundang tawa bagi yang tidak mempercayai perkara-perkara mistik.
Jadi buat para pembaca budiman, janganlah gelakkan pakcik ni. Mungkin dia kurang siuman sehingga merasakan dirinya mampu menjelma menjadi lipas. Barangkali dia lupa makan ubat.
ATAU mungkin juga dia benar-benar mampu bertukar menjadi lipas. Karut? Lucu? Ah! Kalau cerita manusia bertukar jadi babi, perempuan melahirkan ular, anak derhaka disumpah menjadi biawak korang percaya, mengapa tidak yang ini?
sumber: gempakonline
Tiada ulasan:
Catat Ulasan