ads1

Selasa, 9 Januari 2018

SubhanAllah!! 8 Makhluk Aneh Ini Membuktikan Lautan Memang Penuh misteri

Berbeza dengan kawasan daratan yang hampir-hampir sudah diterokai oleh manusia, lautan dalam masih kekal misteri dengan pelbagai tanda tanya yang masih tidak dijawab.
Meskipun teknologi yang dikecapi oleh manusia ini sudah berada di paras terbaik yang pernah dicapai oleh mana-mana tamadun, kegelapan yang menyelubungi lautan dalam menjadikannya misteri yang sukar untuk dirungkaikan.
Beberapa spesis haiwan aneh yang menjadi penghuni lautan dalam yang pernah dirakamkan oleh lensa kamera ini membuktikan bahawa lautan itu memang penuh bermisteri.
California, AS
Pada bulan Julai yang lepas, kemunculan dua ekor makhluk aneh ini di persisiran sebuah pantai di California, Amerika Syarikat telah mencetuskan tanda tanya.

Sakhalin, Russia
Seekor haiwan laut yang berbulu lebat yang muncul di sebuah pantai di Pulau Sakhalin, Russia pada tahun 2015 ini turut mencetuskan tanda tanya.
Dunagat, Filipina
Pada bulan Mac, 2017 yang lepas, seekor haiwan aneh telah dijumpai terdampar di tepi pantai di sebuah pulau yang dikenali sebagai Dunagat. Berukuran hampir 6 meter, haiwan gergasi ini turut dilitupi dengan bulu yang panjang.

Texas, AS
Setelah dilanda taufan Irma baru-baru ini, seekor haiwan aneh yang mengerikan dengan gigi yang tajam dan tanpa mata ini telah dirakamkan terdampar di sebuah pantai di Texas, Amerika Syarikat.

Benbecula, Scotland
Bangkai seekor haiwan yang aneh telah ditemui terdampar di tepi pantai Benbecula. Haiwan yang memiliki bilangan kaki yang banyak ini semestinya bukanlah sebuah spesis yang biasa ditemui di dalam laut.
Los Muermos, Chili
Ditemui di pantai Los Muermos, Chili, para pakar telah membuat kesimpulan bahawa haiwan aneh ini adalah merupakan saki-baki bangkai seekor sotong kurita gergasi.
Montauk, New York
Bangkai seekor haiwan aneh yang telah dijumpai di sebuah kawasan yang berhampiran dengan pantai Montauk, New York ini telah dijumpai oleh pada sekitar tahun 2008.
St Augustine, Florida
Bangkai seekor haiwan aneh yang dijumpai orang ramai di tepi pantai St Augustine, Florida pada tahun 1896. Oleh kerana kondisi bangkai iniu yang sudah mereput, tiada siapa yang dapat mengesahkan spesis haiwan tersebut.
Sumber: http://ceritaviralhub.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan