ads1

Sabtu, 6 Januari 2018

Kasih suami hingga saat akhir! Isteri diikat di pokok supaya tidak dibawa arus bah yang deras. Saat selanjutnya akan mengharukan anda


Kebelakangan ini, terdapat pelbagai musibah dan bencana alam yang melanda dunia dan menarik perhatian masyarakat. Malang itu tidak berbau. Musibah dan bencana yang melanda kadangkala meruntun jiwa. Lebih lagi yang melibatkan nyawa. Seperti kejadian banjir yang melanda bandar Jingmen, wilayah Hubei di China ini.
Kisah ini berlaku tidak lama dahulu, tetapi apa yang mahu yang dijadikan pengajaran dalam kejadian ini ialah kasih sayang yang ditunjukkan oleh sepasang suami isteri warga emas yang telah terperangkap di dalam arus banjir yang sedang melanda dengan deras.
Ini adalah saat di mana seorang wanita warga emas di China yang telah diselamatkan oleh pasukan penyelamat selepas terlepas genggaman suami yang paling disayangi dalam satu kejadian banjir di bandar Jingmen, wilayah Hubei.
Anggota penyelamat terpaksa mengambil masa untuk meyakinkan wanita berusia 70-an ini untuk melepaskan pautan di pokok dengan anggota badannya yang telah diikat di situ oleh suami dengan pakaiannya sebelum beliau dibawa pergi bersama arus banjir yang deras.
Menurut laporan dalam iFeng.com, suami kepada wanita ini berada dekat dan berpaut dengannya sebelum anggota penyelamat bergegas ke pokok tersebut dan memberikan bantuan.
Suami wanita ini menyedari dirinya tidak dapat bertahan dan berpaut dengan lebih lama di pokok itu, lalu beliau telah mengikat satu benda dari pakaiannya pada anggota badan isterinya bagi membolehkan isterinya itu dapat berpaut erat pada batang pokok itu dari dibawa arus yang deras.
Ketika pasukan penyelamat dan kecemasan tiba, semuanya sudah menjadi terlambat apabila lelaki ini telah tidak lagi dapat bertahan dengan pautannya di pokok itu lalu telah dibawa pergi oleh arus air banjir yang deras.
Dalam rakaman tersebut, dilihat pasukan penyelamat yang menaiki bot penyelamat menghampiri wanita warga emas ini. Arus yang sangat deras dapat dilihat melalui wanita ini yang semakin lemah dan tidak berdaya menahan arus.
Pasukan penyelamat itu yang terdiri dari anggota tentera telah mendekati, membantunya meleraikan pautan di pokok dan menariknya ke dalam bot penyelamat. Kemudian wanita ini telah dibawa ke tempat yang selamat untuk menerima rawatan lanjut.
Malang dan amat sedih sekali, suaminya telah tidak dapat diselamatkan. Sebelum pergi, suami ini telah berkorban kasih buat kali terakhir untuk isteri tersayang.
Para netizen yang melihat kejadian ini di iFeng.com berasa sangat tersentuh dan memberikan komen seperti berikut,
“Ini adalah tanda cinta hebat dan sejati!”
“Amat menyentuh hati!”
Pada kejadian banjir di wilayah ini, seramai 164 orang telah dilaporkan meninggal dunia dan 125 orang lagi telah hilang. Beribu penduduk telah dipindahkan ke pusat pemindahan.
Paling mengharukan apabila melihat suami ini begitu menyayangi isterinya sehingga pada saat terakhir. Soal keselamatan dirinya tidak lagi dihiraukan melainkan bagi memastikan isterinya menjadi keutamaan untuk diselamatkan terlebih dahulu. Dirinya dibawa arus yang deras tetapi cintanya tetap kekal bersama isterinya dengan pautan pakaiannya pada batang pokok itu.
Kredit : iFeng.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan