ads1

Jumaat, 26 Januari 2018

Melucukan! Gigi palsu “terbang keluar” dan terkena muka jurulatih ketika gadis cantik ini membuat terjunan udara…


Sukan lasak menjadi semakin terkenal sejak akhir-akhir ini. Ia bukan sahaja diminati oleh kaum lelaki tetapi juga kaum wanita.
Namun baru-baru ini, tular satu video yang memperlihatkan seorang wanita di Amerika Syarikat sedang cuba pengalaman terjun udara.
Apa yang menyebabkan video tersebut menular di laman sosial adalah apabila gigi palsunya turut sama ingin ‘melakukan terjunan udara’ dan terbang melayang di langit yang tinggi.
Menurut laporan media, wanita tersebut melakukan terjunan dengan bantuan seorang jurulatih. Namun, sebaik sahaja dia menjerit ‘Oh Tuhanku’, satu objek aneh berwarna jingga dilihat melayang keluar dari mulutnya.
Rupa-rupanya, objek berkenaan adalah gigi palsu dan anda dapat lihat giginya sudah lopong!
Apa yang lebih melucukan adalah, gigi palsu tersebut terbang dan terkena pada jurulatih berkenaan! Sebaik sahaja menyedari giginya sudah hilang, gadis ini terus kelihatan seperti tidak teruja dan tidak lagi berani untuk menjerit.
Oleh kerana peristiwa yang memalukan ini, keterujaannya turut lenyap berterbangan bersama-sama gigi palsunya itu. Pasti gadis ini berasa amat malu dengan situasi yang tidak dijangka itu.
Sumber: Kwongwah
Tonton video di bawah:
Kredit:Era Baru

Tiada ulasan:

Catat Ulasan