KEJAM dan tidak bertamadun. Itu yang berlaku dalam kes ini, apabila seorang wanita bertarung nyawa selepas dirodok dengan batang besi dalam serangan seksual oleh sekumpulan lelaki.
Ini turut mengakibatkan ususnya terkeluar dari alat sulitnya. Wanita itu yang berusia dalam lingkungan 19 ke 30 tahun, ditemui di bawah jambatan di selatan Dinajpur, India.
Dia dipercayai terbaring di situ selama 18 jam sebelum ditemui oleh orang ramai.
Menurut polis, objek besi dimasukkan ke dalam badannya.
“Saya melihat seorang wanita terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri. Saya telah merenjiskan air ke mukanya dan dia mengerang kesakitan.
“Pada masa itu saya melihat ususnya terkeluar dari alat sulitnya. Dia memberitahu dia telah diculik dan dirogol di tempat yang terpencil.
“Selepas merogol wanita itu, penyerang telah menggunakan batang besi hingga menyebabkan ususnya terkeluar,” kata saksi.
Wanita itu telah dikejarkan ke hospital dan keadaannya kini kritikal selepas menjalani pembedahan manakala dua lelaki, yang dikenalpasti oleh mangsa sebagai penyerangnya, telah ditangkap.
Kredit: MYNEWSHUB.CC
*Video sekadar hiasan…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan